Sabtu, Disember 12, 2015

You're My Doctor, Forevermore! (Part 3)



"AM!!! Kenapa Am balik tak bagitau mama?" Aduh! Pecahlah gegendang telinga kalau macam ni.

Adik dan mamanya baru pulang bercuti dari Bali. Papa pula outstation ke Dubai. Patutlah masa aku sampai hari tu. Rumah sunyi gila. Gumam hati Ilham.

"Ma... Ma... Am, tak boleh bernafas ma." Ilham cuba mengendurkan pelukan Datin Marina.

"Rindunya mama dengan anak mama ni." Habis pipi dicium bertalu-talu. Adiknya hanya mentertawakannya dari belakang. Tergamam juga dia melihat penampilan adiknya sekarang.

Payah juga nak melepaskan diri dari mama. Akhirnya mama melepaskannya juga.

"Adhriana, woww. Adik nampak lagi cantik kalau bertudung." Tidak habis-habisan dia memuji adiknya. Yalah, penampilan adiknya berubah 380 darjah. Dari terdedah sana sini ke penampilan yang menutup aurat. Sejuk mata memandang.

"Adik dari dulu memang cantik okay." Adhriana sudah masuk almari tutup sendiri.

"Eleh, perasannya." Dilukunya kepala adiknya itu sampaikan adiknya mengaduh.

"Ini pun kak Fiz yang ajar tau." Ujarnya.

"Kak Fiz? Who's kak Fiz?" Soal Ilham. Siapa pula tu?

"Huk aloh, tunang abang..." Belum sempat Adhriana menghabiskan bicara tiba-tiba.

"Dhia." Keras suara Fahmi. Fahmi ni pun asal muncul mesti dari tangga atas, asal dari tangga atas mesti muncul.

"Eh, bila abang Mi balik? Bukan abang patut duduk dengan kak Nina ke kat kampung?" Terkejut jugalah tengok abang sulungnya di rumah itu. Bukankah patutnya dia temankan kakak iparnya di kampung, alih-alih ada kat sini pula.

"Abang dah balik 4 hari lepas. Kak Nina masih kat kampung, abang saja balik KL bawa Zahra pergi appointment kat hospital. Zahra pula abang minta tolong kak Fiz kamu tu jagakan sementara." Panjang lebar Fahmi memberi penjelasan.

Dahi Ilham sudah berkerut seribu. Sumpah, dia bingung dengan perbualan adik-beradiknya itu. Kak Fiz? Kak Nina? Siapa tu? Kalau Zahra dia tahulah, Zahra tu kan anak saudaranya. Erk?

"Wait. Wait. Siapa Fiz? Nina?" Soal Ilham bingung. Wajah Fahmi dan Adhriana dipandang silih ganti.

Andriana meminta jawapan dari Fahmi dengan pandangan 'Nak buat macam mana ni? Nak jujur ke tak?'. Fahmi pula menggeleng dengan wajahnya 'Jangan dulu. Biar abang yang settle.'

O...kay. Ilham rasa macam dia ni halimunan pun ada. Apahal adik dengan abang dia ni?

"Dhia naik atas dululah." Baik dia blah.

"Abang, soalan Am yang tadi belum terjawab lagi." Ilham cuba meminta jawapan.

"Nantilah. Ada masa Am tau juga semuanya." Fahmi masih cuba berdolak-dalih.

***

"AM, boleh tolong abang tak? Abang ada meeting petang ni. Tapi Zahra ada appointment dengan doktor. Am tolong temankan dengan Dayang." Pintanya selamba ketika memasuki bilik adiknya itu. Semenjak isterinya mengandungkan Zahra, dia dengan rela hati berhenti berkhidmat sebagai doktor dan membantu Dato' Iskandar menguruskan syarikat.

"Tap... Tapi... Bang, takkanlah Am." Ilham cuba berdolak-dalih. Takkanlah dia nak pergi dengan isteri abangnya itu, sedangkan hatinya masih belum sembuh sepenuhnya.

"Alaa Am, please." Fahmi sudah merayu. Harap-haraplah adiknya tidak membantah.

"Ooo..kay." Lemah dia bersetuju.

Dalam hati Fahmi bersorak. Fasa pertama sudah berjaya.

***

"ZAHRA Liyana binti Fahmi Izzamudin." Nama si bayi kecil itu sudah dipanggil. Pasangan itu terus berdiri menuju bilik doktor.

"Encik ni siapa ya?" Soal doktor muda itu. Mungkin sebab baru pertama kali melihat Ilham. Selalunya Fahmi yang menghantar Zahra sendiri tiap kali Zahra ada appointment.

"Saya Ilham, adik Fahmi." Jawab Ilham.

Doktor itu kelihatan mengangguk-angguk. Pandangannya pula beralih pada gadis disebelah Ilham itu.

"Okay Cik Dayang, saya check Zahra ye." Ujar doktor muda itu lalu mengambil Zahra dari pegangan Dayang.

O...kay. Bab ni, Ilham dah bingung. Kenapa doktor tu panggil Dayang 'Cik'? Bukan sepatutnya 'Puan' ke? Penuh tanda tanya ni. Ini yang musykil ni.

Setelah selesai, mereka dibenarkan keluar. Kerana tidak puas hati, dia masuk ke dalam lagi dengan alasan ada barang tertinggal konon-kononnya.

"Sorry doctor. Saya ada pertanyaan sikit." Ilham mula membuka bicara.

"Ye encik. Apa dia?"

"Kenapa ya tadi doktor panggil perempuan tadi tu 'Cik'? Sorry kalau soalan ni macam ridiculous tapi saya curious sebenarnya." Jujur Ilham. Ternyata soalan Ilham mengundang tawa doktor itu.

"Sebab dia belum kahwin lagi." Jawapan mudah.

"Belum kahwin? Maksud doktor? Bukan itu baby dia ke?" Ilham makin bingung. Semua ini buat dia pusing. Bukan dulu mama kata abang dah selamat dinikahkan dengan Dayang ke? Atau ada Dayang lain?

"Haha. Macam yang encik tau, ayah baby Zahra tu abang enciklah. Ibu baby Zahra tu Puan Dayang Nur Amanina bukan Cik Dayang Nur Fizrani." Penjelasan doktor itu buat Ilham hampir melompat. Melompat sebab apa? Sebab Dayang belum kahwin. She is still solo. Yeeeehuuuu!

Tapi kejap, Fiz? Laa, Fiz tu Dayang rupanya. Dayang tu Fiz. Lembapnya kau Ilham. Bibir sudah menguntum senyuman tapi rasanya dia masih perlu berlakon ni. Berlakon yang dia masih tak tahu tentang ini semua.

***

"AWAK macam mana? Mesti bahagia kan kahwin dengan abang?" Ilham mula membuka mulut ketika berada di kereta. Acah-acah nak berlakon dululah.

"Oohh. A'ahh. Ha'ah. Bahagia." Kelu lidah Dayang untuk berkata lebih. Ish! Kalaulah bukan sebab permintaan Fahmi untuk menipu, tak adanya dia terjebak dalam situasi ni.

"Oh, baguslah. Untung Zahra kan dapat mama hot macam awak ni." Ilham sudah tersenyum sungging.

Gulp! Apa pasal topik dia ni lain macam? Aku pula yang malu.

"Cantik blusher awak. Kena dengan kulit." Sakat Ilham. Huwarghh! Umi, nak balik. Tak nak naik satu kereta dengan dia ni.

Aik? Gadis disebelah sudah diam. Takkan usik sikit dah kaku kut.

"Kita singgah makan dululah. Laparlah." Saja aje tu. Nak berdua-dua eh salah nak bertiga-tigaan dengan Zahra dan Dayang. Dah lama tak nampak wanita itu kan, nak juga rasa macam happy family ni. Pinjam Zahra jadi anak sendiri dulu. Ekekeke

"Oh, okay." Kenapalah jawapan semua serba pendek.

***

"AWAK apa khabar?" Terjongket kening orang depan. Punyalah lama baru sekarang dia tanya khabar. Heh!

"Baaaik." Panjang harkatnya ketika menjawab. Dikerlingnya sebentar Zahra disebelah.

"Awak pula? Lama merantau, ingatkan tak nak balik Malaysia dah." Yeah, go Dayang. Kasi sentap dia sikit.

"Macam bunyi tak nak saya balik aje." Suapan di mulut terhenti. Dia memandang tepat gadis di hadapannya itu, tapi gadis itu boleh pula buat-buat sibuk melayan Zahra.

"Awak terkilan ke sebab saya putuskan pertunangan dulu tiba-tiba?" Soalan dia ni macam menyekat air liur jatuh ke kerongkong pula. Mangai.

"Yang sudah tu sudahlah. Tak payah dikenang-kenang lagi." Buat sakit hati aje. Sambungku dalam hati.

"Sorry." Ucapnya.

"Sorry." Ucapnya lagi.

"Tak apalah mungkin dah takdir yang kita ni tak ada jodoh." Ucapku selamba. Dah penat dah mengharap benda yang tak akan jadi.

"Tapi kita bo..." Baru ingin menjelaskan keadaan, kata-katanya telah dipotong.

"Awak dah ke? Kalau dah, jomlah balik. Kesian Zahra." Aku sengaja beralih topik. Tak nak berlamaan di situ dengannya.

Dan mereka sama-sama diam dan tenggelam bersama perasaan masing-masing.

***

"ABANG, Am nak tanya something." Soal Ilham ketika melihat abangnya di balkoni rumah. Sengaja dia datang melawat abangnya di kediaman abangnya hari itu. Dia perlukan jawapan yang pasti.

"Hmmm. Padia?"

"Mana Dayang? Korang gaduh eh?" Soalan warming up dulu. Jangan gelojoh sangat Ilham.

"Oh... Oh... Dayang... Dayang err, dia on call hari ni." Hentam ajelah labu. Tak kisahlah betul ke tak. Gila nak suruh Dayang tinggal sini, nanti tak pasal-pasal kahwin free. Dayang kat kampung tu pun tak terjaga, nak tambah satu lagi Dayang. In your dream ajelah Fahmi ooii.

"Abang bahagia tak dengan Dayang?" Soal Ilham lagi.

"Err.. Bahagia. Bahagia sangat, dia baik, dia jaga semua keperluan abang. Pokoknya, abang bahagia gilerr. Itu belum tambah daun akar semua tu lagi." Dah melalut dah si Fahmi ni. Bibirnya tersenyum setiap kali teringat Dayang Nur Amaninanya. Hailah Nina, rindunya abang dekat Nina.

"Woii, sempat lagi berangan." Ilham menyiku abangnya. Okay, last question. Hembus nafas tarik nafas Ilham.

"Abang, please tell me the truth. Siapa Dayang Nur Amanina? Abang ni kahwin dengan siapa sebenarnya?"

Aik? Baru aje tadi dia cakap pasal isterinya, dah Ilham sebut pula. Eh, dah kantoi ke? Nak jujur ke tak nak jujur ni eh?

"Mana Am dapat tahu?" Mesti bijak bagi soalan okay Fahmi.

"Hari tu, masa hantar Zahra pergi check up. Am tanya doktor yang check Zahra tu."

Fahmi tersenyum. Pandai pula Ilham dalam bab korek-mengorek rahsia ni. Dia ambil masa sebelum menjawab kata-kata adiknya itu.

Dan kini semuanya bukan lagi rahsia.

***

'JOM dinner malam ni.'

Pesanan ringkas dari Ilham itu mengerutkan dahinya. Apa hal lagilah dia ni?

'Kenapa mesti dinner?'

Dia tak tahu ke status aku ni 'isteri' abang dia.

'Alaa, please. Anggap je ajakan dari kawan.'

Bengong. Ajakan kawan konon, tapi dia tak sedar dia ajak ni 'isteri' orang. Gumam hatiku.

Malaslah pula nak keluar dengan dia ni. Tapi Fahmi pula dah inform awal-awal kalau Ilham ajak, pergi aje katanya. Ish! Susah betullah berurusan dengan dua beradik ni.

Akhirnya tanpa rela, nak atau tak, aku tetap tiada pilihan lain. Jumpa ajelah Dayang ooii, tak luak mana pun.

***

"KENAPA?" Soalku sebaik pesanan air sampai.

"Wuish, relaxlah. Chillax." Ujarnya sambil ketawa. Eei, karang aku tinju dia. Baru dia tau.

"Makanlah dulu sayang ooii." Ucapnya. Dah muak dah aku dengar sayang dia tu. Sayang tak ada makna!

"Berbalik kepada benda yang saya nak cakapkan tu." Jeda. Setelah selesai mengisi perut masing-masing, Ilham mengambil nafas sebelum meneruskan kata-katanya.

Dia pantas mengeluarkan sekotak cincin dari poket seluarnya.

Erk? Aku terkedu sebentar. Dia buat apa ni?

"I'm sorry sebab saya pergi tanpa pamit dulu. Tapi sekarang saya nak tebus balik." Ucapnya setelah mengatur nafas.

Tiba-tiba datang seorang pelayan memberikan sejambak bunga rose.

Eh tak, kalau dikira semuanya ada 15 kuntum. Dah adalah beberapalah kuntum bunga primrose.

Kenangan menjengah fikiran. Oh man! Disebabkan kenangan-tak-berapa-nak-indah dulu aku dengan Ilham, buatkan aku belajar bahasa bunga. Tapi taklah sampai tahap jadi minah bunga. Tahu sikit-sikit dahlah.

"Awak ni memang mat bunga ke?" Soalku dengan kening terjongket.

Dia ketawa.

"Itu tanda saya ni romantic orangnya." Jawabnya masih dengan sisa tawanya.

"Romantic apanya kalau tinggalkan tunang sendiri. Huhh!" Ucap ku perlahan. Tak tahulah kalau dia dengar atau tak. Tapi serius, aku masih sakit hati gila dengan dia.

"Huh? Awak cakap apa?" Soalnya.

"Tarappapa." Aku terus mengambil minuman ku lalu pura-pura meminumnya dengan perlahan.

"Saya tak tahu nak tebus salah saya macam mana tapi kali ni saya nekad." Jeda lagi.

"Will you marry me?" Soalan maut.

"Tapi saya 'isteri' abang awak." Jawabku.

"Tak payah tipulah Dayang Nur Fizrani. I know you're not. Isteri abang saya Dayang Nur Amanina." Erk? Ilham dah tahu ke? Kalau dia dah tahu kenapa Fahmi tetap suruh aku berpura-pura jadi 'isteri'nya. Jangan cakap ini semua rancangan Fahmi. Oh tidak!

Mataku yang tadi lurus kehadapan kini menunduk bawah melihat jemari. Gugup. Ya, gugup sebenarnya. Dilamar buat kali kedua. Tapi mungkin kali ini lebih direct berbanding dahulu. Tapi?

"Taa... Tapi... Saya.." Baru aku nak susun kata-kata, orang di depan dah tak ada. Hampeh. Sejak bila pula dia lari, kenapa aku tak sedar. Heh!

"Attention everyone." Erk? Macam kenal aje dengan suara tu.

"Tonight I would dedicate a song for a beautiful woman over there." Dia menunjuk ke arah meja kami. Oh man, awkwardnya jadi tatapan mata manusia lain. Dan sejak bila Ilham naik pentas? Dia sudah mula mencapai gitar. Pelanggan di meja lain mula bersoksek-soksek.

Tiada lagi bunyi bicara di cafe itu, yang kedengaran hanyalah irama dari petikan gitar Ilham saja. Dan Ilham mula bernyanyi.

"Another day without your smile,
Another day just passes by,
But now I know how much it means,
For you to stay right here with me.

The time we spent apart will make our love grow stronger,
But it hurt so bad I can't take it any longer.

I wanna grow old with you,
I wanna die lying in your arms,
I wanna grow old with you,
I wanna be looking in your eyes,
I wanna be there for you,
Sharing in everything you do,
I wanna grow old with you.

A thousand miles between us now,
It causes me to wonder how,
Our love tonight remains so strong,
It makes our risk right all along."

Ugh, kenapa merdu sangat suara Ilham ni. Baru aku tahu, dia ni rupanya ada bakat menyanyi. Kenapa tak jadi penyanyi aje?

"The time we spent apart will make our love grow stronger,
But it hurt so bad I can't take it any longer.

I wanna grow old with you,
I wanna die lying in your arms,
I wanna grow old with you,
I wanna be looking in your eyes,
I wanna be there for you,
Sharing in everything you do,
I wanna grow old with you.

Things can come and go,
I know but baby I believe,
Something's burning strong between us,
Makes it clear to me."

Hailah, tubir mata dah panas. Wahai mata, awak janganlah nangis kat sini.

"I wanna grow old with you,
I wanna die lying in your arms,
I wanna grow old with you,
I wanna be looking in your eyes,
I wanna be there for you,
Sharing in everything you do,
I wanna grow old with you.

I wanna die lying in your arms,
I wanna grow old with you,
I wanna be looking in your eyes,
I wanna be there for you,
Sharing in everything you do,
I wanna grow old with you."

Tepukan gemuruh diberikan kepada Ilham. Nyanyiannya tadi memang memukau semua orang. Aku? Entahlah. Perasaanku berkecamuk lagi-lagi bila dia nyanyi lagu Westlife - I Wanna Grow Old With You itu tadi.

Kalau saja tiada kenangan-tak-berapa-indah itu antara kami dulu, mungkin aku dah meloncat-loncat kegembiraan. Tapi semua tu tak semudah itu.

"I wanna grow old together with you. Will you grow old with me, Dayang Nur Fizrani. Can we make our own paradise?" Ucapnya yang masih di atas pentas.

Arghhh! Empangan mata tidak dapat ditahan lagi. Air mata sudah menitis.

Meja lain sudah memandang kami bersilih ganti. Ada yang tersenyum, ada yang berbisik.

Getaran jiwa tak dapat ditahan. Kaki ku bawa melangkah meninggalkan cafe itu. Aku masih terkejut dengan semua ini. Ada yang melopong aku lari macam tu aje, tapi ada aku kisah. Mereka tak tahu perasaan aku. Mereka tak tahu.

***

AKU menangis teresak di stereng kereta. Emosi aku masih tak stabil untuk aku bawa kereta. Bahaya kalau aku bawa sekarang. Gila nak tempah maut.

Kak Nina.

Nama itu tiba-tiba muncul di minda.

Pantas telefon mendail nombor itu.

"Kakkk..." Aku masih menangis.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Dayang Nur Amanina. Nadanya jelas kerisauan.

"Fiz, takut kak. Fiz takut kalau kejadian lama berulang lagi." Dalam tangis aku menuturkannya. Sakit rasanya ditinggalkan tanpa khabar oleh sang tunang, sedangkan majlis berbaki tidak sampai 2 minggu. Sakit.

Tiba-tiba, kenangan lama menjengah.

"Fiz, abbi ada benda nak bagitau Fiz ni. Tapi Fiz jangan emosi ya." Tersusun rapi ayat abbi.

"Apa dia abbi, cakap aje." Bibir menguntum senyum. Yalah, siapa tak bahagia. Tak lama lagi bakal bersatu dengan orang tercinta walaupun tak sempat nak kenal lama. Ala, istilah bercinta lepas kahwinlah katakan.

"Dato' Iskandar ada call abbi tadi." Gusar dia macam mana nak bagitau puterinya itu.

"Kenapa abbi? Ada masalah apa?" Tak pernah-pernah bakal ayah mertuanya itu menelefon. Ini mesti ada apa-apa ni.

"Errr.. Am.. Am.. Ilham katanya nak pergi luar negara. Dia sambung belajar." Rahangku terjatuh serta-merta.

"Tapi... Majlis Fiz dengan Am?" Soalku. Tubir mata sudah panas.

"Dia tak batalkan pertunangan tapi dia suruh abang dia, Fahmi gantikan." Terluah juga akhirnya.

What? Ilham ingat dia apa? Barang yang boleh ditukar ganti?

"Go to hell dengan abang dia." Emosi tiba-tiba naik. Tanpa sengaja, aku tak sengaja tercarut di depan abbi. Berubah terus muka abbi.

"Dayang Nur Fizrani, your language." Ucap abbi keras. Aku menggigit bibir bawah. Aku terus berlalu meninggalkan abbi di ruang tamu.

"Fiz, nak pergi mana?" Soal abbi melihat aku yang terburu-buru.

"Nak cari jantan tak guna tu abbi." Tanpa sengaja lagi. Abbi sudah menggeleng kepala.

"Dia dah pergi Fiz. Dia dah tak ada kat Malaysia." Terduduk terus aku di pintu rumah mendengar jawapan abbi. Dia dah pergi. Sampai hati kau Ilham buat aku macam ni. Apa salah aku? Apa aku dah buat? Air mata laju menuruni pipi. Kau kejam Ilham.

"Tapi Fiz masih sayang dia kan?" Soalan Kak Nina mengembalikan aku ke alam realiti.

"Tak tahu kak. Fiz bingung dengan perasaan Fiz."

"Hello dik." Aik? Tiba-tiba ada suara Fahmi pula. Suara abang ipar aku.

"Dik, abang tahu dulu abang salah. Abang buta. Abang terlalu pentingkan diri sampai abang sanggup terfikir nak rampas Fiz dari Am." Fahmi berhenti seketika.

"Abang lupa yang jodoh tu Allah dah tetapkan. Abang silap. Dan sekarang abang nak betulkan kesilapan abang."

"Abang tahu Fiz masih sayangkan Am, Am pun macam tu Fiz. Dulu Am pergi pun sebab dia salah faham. Dia buat keputusan terburu-buru tanpa dengar penjelasan dari abang dan Fiz sendiri."

"Bagi peluang pada Am untuk betulkan kesilapan dia dulu. Dan beri peluang pada diri Fiz untuk rasa kebahagiaan." Lembut tutur kata Fahmi. Bicaranya sudah matang, bukan seperti Fahmi dulu yang dia kenal.

Ya, manusia boleh berubah seiring waktu kan.

"Betul cakap abang Mi ni Fiz. Jangan nafikan perasaan tu. Kejar bahagia Fiz tu." Kali ini giliran kakaknya bersuara. Biarpun mereka tidak berkongsi darah, tapi dia sayang kak Nina macam kakak kandungnya sendiri.

"Kejar kebahagian Fiz." Ulang kak Nina.

'Kejar kebahagian.'

'Kejar kebahagian.'

Ayat itu seperti sudah melekat di minda seorang Dayang Nur Fizrani. Sukar untuk dihapuskan lagi.

Jodoh : Kau lari sepuluh langkah ke Selatan, dia lari sejuta langkah ke Utara, akhirnya jumpa di titik Longtitud yang sama dan garisan Mediterranean yang sama.

----------------------------------------

Tiada ulasan: