'BEGITU banyak bintang di langit
Namun kau tetap pujaan hati
Kan ku tunggu sampai kau mengerti'
'CINTA adalah anugerah
Rasakan dia dan jaga perasaannya
Jangan kau salahkan takdir
Bila cinta kita berakhir'
TANGAN ligat mengacau Milo di cawan dan bibir pula riang mendendangkan lagu Anugerah dari Akim & The Magistret. Riang? Bukan ni lagu slow ke? Apa-apa jelah.
'JIKA kau sia-siakan
Kesempatan yang telah kau dapatkan
Usah kau berharap lagi
Aku selalu ada untukmu'
BARU nak ambil feeling nak ulang korus terus mulut ternganga melihat susuk tubuh di sisi pintu itu. Erkk? Syoknya dia menyandar. Dia dengar aku menyanyi ke tadi?
"Errr.. Boss, sejak bila boss kat pintu?" Soalku. Jangan cakap dari tadi sudah.
"Sejak usaha kau nak banjirkan KL ni dengan suara sumbang kau." Selamba dia jawab sambil menyilangkan tangan.
"Erk? Boss buat apa kat sini?" Terkeluar soalan bodohlah pula. Ni malu punya pasallah ni.
"Erk? Boss buat apa kat sini?" Terkeluar soalan bodohlah pula. Ni malu punya pasallah ni.
"Buat apa lagi aku nak datang ke pantri kalau bukan nak minum. Lagipun ini syarikat aku, suka hati akulah nak pergi mana." Dia ni kalau perli aku nombor 1. Nasib dia ni boss kalau tak dah lama aku buang ke laut biar jerung makan.
Aku hanya tersenyum sungging mendengar jawapannya. Hati menyumpah-nyumpah, bilalah dia nak balik bilik dia.
"Buatkan aku kopi. Jangan pula kau letak jampi." Arahnya lalu terus berlalu. Ishh! Apa barang letak jampi, lagi elok kalau aku letak racun terus biar kau goodbye selamanya. Eh, istighfar Sara. Tak baik mendoakan benda yang tak baik. Astaghfirullah al azim.
Biarpun sebal melanda hati, aku tetap melaksanakan arahannya.
Sejak aku memberi khidmat di syarikatnya, tak pernahlah sekali dia buat baik dengan aku kalau buat jahat tu berkali-kalilah juga. Nasiblah aku fikirkan zaman sekarang ni susah nak cari kerja kalau tak dah lama aku layangkan notis 24 jam kat muka dia. Hehhh!
Kaki menghentak kuat di lantai menuju pejabatnya.
Pintu yang tertulis 'Ng Tian Ern' itu aku pandang tajam. Kalau aku kejam, sudah lama aku cekik lelaki cina itu.
Dulu aku memang terkejut habis dengan melayu dia, lurus habis weh. Bahkan lebih lurus dari melayu asli. Sampaikan aku bingung dia tu cina ke melayu?
"Come in." Arahnya setelah aku mengetuk pintu.
"Boss, kopi boss."Aku meletakkan cawan kopi itu dimejanya lalu terus mengambil langkah untuk keluar.
"Woi, nak pergi mana?" Soalnya. Woi? Punya cantik nama aku, dia boleh selamba badak panggil aku woi. Sabar Sara sabar.
"Kenapa boss? Nak pergi balik biliklah." Jawabku sambil memaniskan muka. TERPAKSA.
"Siapa suruh kau keluar?" Cantiknya bahasa dia.
"Tunggu kejap." Tegas suaranya. Aku lihat dia menghirup kopi itu.
"Puikkkk? Apa ni? Ini ke yang kau cakap kopi? Rasa macam air longkang aje!" Bentaknya. Terkedu aku sesaat. Adakah patut kopi aku dicakapnya air longkang. Rosak deria rasa kut lelaki ni.
"Buat baru! Baru suruh buat kopi, bukannya suruh kau buat bangunan pun." Dia marah lagi. Aku macam dah nak nangis dimarah begitu. Aku tahulah dia tu arkitek, tak payahlah nak sindir-sindir bagai sampai nak suruh buat bangunan pula.
Lagipun aku ni bukannya coffee lady dia pun!
"Buat baru! Baru suruh buat kopi, bukannya suruh kau buat bangunan pun." Dia marah lagi. Aku macam dah nak nangis dimarah begitu. Aku tahulah dia tu arkitek, tak payahlah nak sindir-sindir bagai sampai nak suruh buat bangunan pula.
Lagipun aku ni bukannya coffee lady dia pun!
Walaupun hati memberontak tapi tangan tetap menyambar cawan itu.
***
KETIKA melangkah ke pantri, ada Fatihah juga di dalam.
"Asal monyok Sara? Macam tikus mondok dah aku tengok." Soal Fatihah. Hairan dengan muncung si Sara itu.
"Tak ada apalah Fat." Keluhan berat dikeluarkan. Hati cuba disabarkan.
"Gaduh dengan cik abang ke?" Soalnya sambil tergelak.
"Cik abang mana lagi?" Otak sudah tepu nak berfikir.
"Banyak sangat ke cik abang kau Sara. Wahh! Bagilah aku satu. Alaa, abang sayang leng chai kau tulah." Fatihah masih galak mengusik.
Merujuk kepada boss cina mereka itu. Yalah, hari-hari mesti dengar dua orang tu bertekak. Tak salah kalau tak gaduh kecuali Sabtu dan Ahadlah sebab dua hari tu cuti.
Merujuk kepada boss cina mereka itu. Yalah, hari-hari mesti dengar dua orang tu bertekak. Tak salah kalau tak gaduh kecuali Sabtu dan Ahadlah sebab dua hari tu cuti.
"Banyaklah leng chai kau. Kau nak aku simbah kau air panas ke, biar melecur satu badan." Sedar Fatihah mengusiknya. Dia ni pun satu, sudahlah aku baru kena marah, ni saja nak bagi aku panas lagi.
"Tapi aku tengok korang sesuailah. Macam pinang dibelah dua." Fatihah berlalu dengan gelak tawanya. Syoknya gelakkan member sendiri.
Cehhh! Bagai pinang dibelah apanya, bagai diblender adalah. Kalau diminum, kelat. Kelat!
Hampir 10 kali jugalah aku ulang-alik dari pantri ke pejabatnya semata-mata untuk memuaskan hatinya terhadap kualiti kopiku. Baru dia puas hati. Penat sungguh!
***
INTERKOM yang berbunyi itu aku tekan untuk menerima panggilan.
"Masuk bilik." Arahnya. Aku sudah buat muka kucing nak beranak.
Kaki laju menuju ke bilik itu.
"Teman aku pergi site." Matanya tetap menunduk ke meja melihat fail.
"Tapi boss..." Jeda.
"Boss, saya tak pakai baju sesuailah. Mana boleh pakai macam ni pergi site. Tak payahlah eh boss." Aku mula meraih simpati. Adakah ajak aku pergi site time aku pakai baju kurung. Buang tebiat ke apa?
"Siapa boss, aku ke kau? Siapa patut dengar cakap siapa?" Serius. Aku telan air liur. Tawar.
"Bosslah yang boss. Saya yang patut dengar cakap boss." Jawabku.
"Dah tu. Tak reti-reti nak prepare lagi? I give you 10 minutes to prepare everything." Titik.
Laju aku menyiapkan segalanya yang diperlukan. Sabar ajelah jadi civil engineer under dia ni.
***
BIBIR diketap geram. Bapak harimau punya boss! Adakah patut bossnya laju menonong tinggalkan dia.
Keluar aje dari kereta terus dia pergi jumpa kontraktor di tingkat berapa entah dia cakap tadi, then apa kejadahnya dia angkut aku pergi site ni.
Dalam hati menahan geram, kakinya laju melangkah tanpa tujuan.
'Alang-alang aku dah ada kat site. Bagus aku tinjau kawasan ni.' Hati memberi cadangan. Otak menerima impuls untuk bersetuju.
Kaki terus naik sampai ke tingkat tiga bangunan separa siap itu.
Tiba-tiba terdengar bunyi suara bergelak-ketawa.
Tiba-tiba terdengar bunyi suara bergelak-ketawa.
'Oh, harimau tu gelak. Dengan aku tak pernah pula nak gelak macam tu. Eh eh, nak sangat ke kau nak bergelak dengan dia?' Gumam hati Sara.
Baik aku turun sebelum dia nampak aku. Sedang asyik menuruni tangga.
"Qaisaraaaa Nadiraaa!" Gulp! Bapak harimau nampak aku.
Aku apalagi, takut punya pasal tangga yang tinggi pun main lompat aje.
"Aduhhhhh." Aku mengosok kaki aku. Padan muka kau Sara. Itulah tak hati-hati, kan dah jatuh tergolek kat tangga.
"What's happen?" Soalnya yang menghampiri ku.
"Oh tak boss, saja nak test duduk kat sini. Macam best aje." Aku loyar buruk. Kan dah kena, tak nampak ke aku sakit kaki sini.
"Kau jatuh ke?" Berubah riak wajahnya. Errr, dia risau ke?
"Taklah boss. Mana ada jatuh. Saja nak feeling hindustan, golek-golek kat tangga." Aku bagi lagi sedas.
"Aduhhh boss." Muncung terkeluar sebaik sahaja lelaki di depan itu dengan selamba saja mengetuk kepala aku. Bapak harimau betul.
"Orang tanya betul-betul, jawablah betul-betul." Dia mendengus geram. Dia membebel dalam bahasa Mandarin yang dia aje tahu.
"Sakitlah boss. Dah orang terlentang kat sini, ingat saya gila ke nak duduk kat sini tanpa sebab." Aku rasa macam nak menangis aje.
"Kau boleh berdiri tak?" Soalnya lagi.
"Boleh kut." Jawabku sambil cuba berdiri tapi tak sampai lima saat, aku terduduk kembali. Sakitnya cuma Allah yang tahu.
"Aku rasa kau terseliuh ni." Dia mengosok-gosok dagunya.
"Mungkin kut." Aku hanya mengiyakan.
"Habis macam mana kau nak jalan?" Ya juga, macam mana aku nak jalan kalau macam ni.
"Habis macam mana kau nak jalan?" Ya juga, macam mana aku nak jalan kalau macam ni.
"Sini aku angkat." Dia sudah mula menghampiri. Serta-merta aku tolak badannya sambil menggeleng perlahan.
"Tunggu kejap. Aku pergi kereta." Aku hanya mengangguk.
Tidak sampai lima minit, dia kembali. Dengan kot?
"Boss nak buat apa dengan kot?" Soalku.
"Lapiklah." Dia jawab sepatah.
"Lapik?" Ulangku.
"Iyalah. Buat lapik. Aku nak gendong kau." Jawapannya buat aku terkedu.
"Ta... Tapi... Boss... Sa... Saya tak..." Tergagap-gagap aku.
"Tak payah nak tapi-tapi. Kau tu tanggungjawab aku." Keras suaranya.
Aku nak lawan pun tak boleh sebab keadaan aku tersangatlah darurat. Nak berdiri pun memang tak boleh. Hailah nasib. Memang feeling hindustan tu dah in bila dia dengan gigihnya mengendong aku.
Aku nak lawan pun tak boleh sebab keadaan aku tersangatlah darurat. Nak berdiri pun memang tak boleh. Hailah nasib. Memang feeling hindustan tu dah in bila dia dengan gigihnya mengendong aku.
Aku kadang curi-curi tengok juga masa dia gendong tu. Peluhnya yang menitik lagi buat dia nampak sexy.
Aippp! Behave Sara, tak manis tenung anak teruna orang.
Aippp! Behave Sara, tak manis tenung anak teruna orang.
Aku sudah selamat dimasukkan di kereta. Haihhh! Finally.
Tapi...
Tapi...
Tak semena-mena mataku dan matanya bertembung. Matanya berwarna hazel coklat cair.
Satu saat...
Dua saat...
Lima saat...
Kami masih memandang sesama sendiri. Lama-lama kedudukannya makin hampir sampai deruan nafasnya pun aku boleh dengar. Hidung kami hampir bertembung.
"Errrr.. Boss. Kliiiii... nikkkk." Nafas aku pun hampir putus ketika bercakap dengannya yang begitu dekat jarak antara kami.
"Oo... Okay..." Dia yang tersedar dengan kedudukan itu terus beralih ke tempat duduk pemandu.
"I'm... I'm sorry. Pasal tadi." Ujarnya tapi perhatiannya tetap di jalan raya.
Aku hanya mengangguk.
Dadaku seperti sempit. Cukup sempit untuk aku menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida. Diagfram pun seolah-olah tidak mahu mengecut. Jantung pula seolah diletak bom pemasa yang hanya tunggu masa untuk meledak.
***
"IS she's okay doctor?" Kalut lelaki itu berbicara. Macam lawak pun ada bila lelaki itu gelabah.
Doctor muda itu turut tertawa.
"She's okay. She only need a lot of rest. Otot dan ligamen dia tak koyak, cuma agak trauma sikit. Elakkan dia berjalan terlalu banyak." Terang doctor muda itu. Dikerlingnya pasangan di depannya itu berkali-kali.
"Such a cute couple." Ujar doctor itu. Aku hanya tersengih, tiada jawapan. Erk? Couple? No! Nak cakap baik-baik dengan aku pun tak, ni kan pula couple. O...kay Sara, are you falling in love with that guy? No!! Aku tak! Jerit cik puan hati Sara.
Setelah segalanya selesai, dia menghantar aku balik.
"Boss, kereta saya macam mana?" Soalku. Alahai, myvi kesayangan aku masih kat office.
"Tak payah risaulah. Tahulah aku nak urus." Serius.
"Aku bagi kau cuti seminggu. Rehat. Jangan banyak gerak. Kalau kau tak dengar cakap, aku potong kaki kau." Hailah, aku ingat penyakitnya yang suka mengarah cuma wujud di office, rupanya luar office pun wujud juga.
"Tulah aku suruh kau jangan jalan, kau nak jalan juga. Alih-alih kaki terseliuh. Menyusahkan ajelah kau ni." Dia masih membebel. Aku terkedu. Lebih tepat, terasa hati sebenarnya.
"Habis tu kalau boss rasa saya menyusahkan, kenapa bawa ke site? Alih-alih boss buat saya macam tunggul juga. Dahlah tinggalkan orang." Bidasku. Luahkan semua yang tak puas hati. Aku dengar orang sebelah itu mendengus.
"Kalau orang kata tunggu tu, tunggu ajelah. Tak payah nak bantah." Balasnya. Eih, berdebat dengan dia ni kan buat aku tambah sakit hati aje.
***
"YA Allah, Sara apa jadi ni?" Terkejut ibu melihat aku yang terhinjut-hinjut berjalan.
Aku tidak menjawab. Hanya tersengih lantas menyalam tangan ibu.
"Assalamualaikum." Abah memberi salam.
Serentak aku, ibu dan lelaki cina itu menoleh. Salam ayah dijawab.
"Laa, ni apa pasal kaki berbalut ni? Sara gaduh dengan gangster mana pulak ni? Sapa menang Sara ke gangster tu?" Ayah ni sempat lagi nak mengusik. Ayah mesti baru balik dari surau ni, maklumlah guru pencen.
"Sara gaduh dengan Ip Man, yah. Tapi Ip Man menang. Silat dia hebat yah." Aku bo layan.
"Ewah. Ewah, dua beranak ni. Kalau dibiarkan, melalut tak sudah. Ha, bagitau ibu, kenapa dengan kaki Sara ni?" Serius. Baru nak acah-acah gurau dengan ayah, terus tak jadi.
"Errr. Maafkan saya pak cik mak cik, Sara ni tak sengaja terjatuh kat site tadi. Maafkan saya sekali lagi sebab tak mampu jaga keselamatan Sara." Lelaki yang dari tadi diam kini bersuara.
"Boyfriend Sara ke? Handsome." Bisik ayah. Konon-konon tak mau bagi dengar tapi tak guna juga sebab aku tau dia curi dengar.
"Tak ada maknanya ayah." Jawabku. Biar dia dengar.
"Anak ni siapa?" Soal ibu.
"Saya boss Sara. Brian. Brian Ng." Dia memperkenalkan diri. Ibu dan ayah hanya mengangguk.
"Eh, tak sedar pula masih kat pintu. Jomlah, masuk dalam dulu." Jemput ibu.
"Eh, tak apa. Saya perlu balik ke office lagi sebenarnya. Mungkin lain kali ya mak cik pak cik." Tuturnya sopan.
"Terima kasih la ya Encik Brian sebab sanggup hantar Sara. Maaflah kalau dia menyusahkan encik." Amboi ibu. Aku susahkan dia? Dia tu yang susahkan aku. Agak-agak apa reaksi ibu eh kalau tau si bapak harimau yang 'penyebab' aku jatuh.
"Terima kasih la ya Encik Brian sebab sanggup hantar Sara. Maaflah kalau dia menyusahkan encik." Amboi ibu. Aku susahkan dia? Dia tu yang susahkan aku. Agak-agak apa reaksi ibu eh kalau tau si bapak harimau yang 'penyebab' aku jatuh.
"Tak ada apalah, sudah tanggungjawab saya. Tak perlulah berencik-encik. Panggil Brian aje. Saya minta diri dulu ya mak cik pak cik. Pasal Sara, saya bagi dia cuti seminggu ni untuk rehat." Dia menyalami tangan ayah sebelum balik.
"Laa, ayah ingat dia boyfriend Sara. Ingatkan dah jumpa calon menantu." Ucap ayah seraya menghantar pemergian Brian yang sudah jalan. Ibu sedari tadi sudah masuk ke dalam rumah.
"Menantu? Merepek ajelah ayah ni. Dia cina kut." Bidasku.
"Eh, apa salahnya kalau dia cina. Orang juga kan? Sara tak nak kahwin dengan orang ke?" Usik ayah lagi.
"Ayah ni kan, tok sah mimpi tinggi sangat. Dia tu boss Sara, Sara ni kuli dia aje." Apa hal ayah ni macam berkenan sangat? Aihhh.
"Tapi kalau dia jadi menantu ayah, KLIA tu ayah tadahkan." Ayah bantai gelakkan aku sambil kakinya laju menapak masuk ke dalam rumah.
Hishhh! Ayah ni kan, cubalah bagi orang lain. Kut-kut Aeril Zafrel ke Shukri Yahaya ke, nak juga aku. Kalau tu bukan setakat KLIA aku tadahkan, Gunung Kinabalu sekali aku tadahkan siap pakej Gunung Everest lagi.
***
"WEHHH, rindunya aku dekat kau. Sunyi office ni seminggu kau tak ada." Pagi-pagi lagi Ainan dah menengek di bilikku. Dia ni gamaknya macam dah setahun tak jumpa aku.
"Ye ke rindu? Overlah kau ni." Selorohku.
"Eh, betullah. Bukan pekerja aje rindu, boss pun rinduuuu." Sengaja Ainan panjangkan harkat 'rindu' itu sambil senyum penuh makna.
"Eih, dahlah kau. Malas aku nak layan. Pi balik tempat sendiri. Tok sah nak curi tulang kat sini. Karang aku baling kau dengan tulang." Sengaja aku tak nak panjangkan topik itu. Berdesing telinga aku tiap kali cakap pasal bapak harimau tu.
"Amboi, terserlah eh aura-aura nak jadi bini boss kau ni. Yalah mem, aku balik la. Siapalah aku ni." Makin menyakat Ainan dengan aku. Eih! Bencilah.
***
TOK! Tok! Tok!
Jam tepat ke arah nombor 12. Harap-harap dia belum keluar.
"Come in." Arah suara dari dalam.
Dia menjongketkan keningnya dengan muka 'apahal?'.
"Err.. Ni boss." Aku meletakkan paper beg itu didepannya.
"Apa ni?" Tangannya yang tadinya bekerja terus terhenti lalu mengambil paper beg itu.
"Itu... Itu ibu saya kirim tadi. Katanya suruh bagi dengan boss." Ucapku. Aduhai, malunya. Kenapa aku rasa malu sangat ni. Dulu tak pernah pula aku rasa macam ni.
Aku lihat dia membentukkan bibirnya dengan huruf O.
"Kerja, kerja juga boss. Tapi makan jangan lupa. Saya keluar dulu boss." Ujarku sebelum kaki laju menapak keluar.
Aku dengar dia ada memanggil tapi aku biarkan. Arghhh! Segan, malu. Kenapalah ibu suruh aku bagi menatang tu dengan dia?
Aku dengar dia ada memanggil tapi aku biarkan. Arghhh! Segan, malu. Kenapalah ibu suruh aku bagi menatang tu dengan dia?
Tanpa sedar, lelaki itu mengukir senyum sambil mengeleng kepala.
"Orang nak cakap thanks aje pun, tapi lari macam kena kejar hantu." Brian tertawa melihat tingkah Qaisara.
Kerja tadi dia tinggalkan sekejap, alang-alang dah ada makanan bagus isi perut dulu.
Kerja tadi dia tinggalkan sekejap, alang-alang dah ada makanan bagus isi perut dulu.
***
"TOK sah tenung pintu tu lama-lama Sara nanti tembus pula. Orangnya tetap tak ada." Sindir Fatihah.
Salah kau juga Sara, adakah patut tenung pintu tu lama-lama kan dah kantoi.
Salah kau juga Sara, adakah patut tenung pintu tu lama-lama kan dah kantoi.
"Merepek aje. Tak. Aku tengok tombol pintu tu. Tombol pintu baru ke?" Ayat cover baik punya. Terima kasih jugalah pada tombol tu sebab selamatkan aku.
"Eleh tombol konon." Fatihah mencebik.
"Tak kemana orangnya Sara. Tulat adalah dia tu." Ainan menyampuk.
Eih, dua orang ni kalau aku rebus boleh juga aku makan sup manusia. Geram pula.
Eih, dua orang ni kalau aku rebus boleh juga aku makan sup manusia. Geram pula.
"Merepek makan kerepek." Ujarku lalu meninggalkan mereka.
Hailah Sara, janganlah kau nak buat statement berani mati bila kau cakap kau macam rindu bapak harimau tu. Dah empat hari bapak harimau tak ada, katanya dia ke Tokyo untuk outstation.
Tapi macam aje kan? Bukan rindu betul-betul.
Hailah Sara, janganlah kau nak buat statement berani mati bila kau cakap kau macam rindu bapak harimau tu. Dah empat hari bapak harimau tak ada, katanya dia ke Tokyo untuk outstation.
Tapi macam aje kan? Bukan rindu betul-betul.
***
"KENAPA ni ayah, ibu. Macam berat aje Sara nengok muka ayah ibu ni. Macam masalah negara aje." Aku buka bicara malam itu. Katanya ayah dan ibu ada benda nak cakap.
"Ayah... Ayah... Ayah nak Sara kahwin. Sara pun dah 25 tahun. Elok sangatlah nak bina keluarga." Terbeliak mataku mendengar tutur kata ayah.
"Kenapa tiba-tiba ayah? Sara belum puaslah bermanja dengan ayah ibu." Aku terus memeluk ibu.
Konon-konon nak tunjuk perasaan tak nak kahwin.
Konon-konon nak tunjuk perasaan tak nak kahwin.
"Kakak nak kahwin dengan siapa ayah?" Soal Nadhim Qays, adik lelaki aku satu-satunya.
"Dengan oranglah. Takkan nak kahwinkan kakak kamu dengan monyet pula? Biar perangai aje macam monyet, jangan sampai berkenan dengan monyet asli." Automatic aku dan Nadhim memuncung.
Nak kenakan Nadhim, dengan aku sekali terpalit. Mana aci. Tahulah aku suka berhuhu-haha dengan Nadhim kalau kat rumah, tapi adakah patut gelar aku monyet.
Nak kenakan Nadhim, dengan aku sekali terpalit. Mana aci. Tahulah aku suka berhuhu-haha dengan Nadhim kalau kat rumah, tapi adakah patut gelar aku monyet.
Ayah dan ibu dua-dua pakat gelakkan aku dan Nadhim.
"Tapi ayah..." Jeda.
"Tak boleh juga sebab Sara tak pandai masak, Sara tak suka buat kerja kat rumah, Sara selalu bangun lewat. Macam mana nak jadi isteri kalau perangai pun macam monyet." Sengaja aku tekankan perkataan monyet. Aku siapkan berjuta alasan lagi.
"Kalau tak pandai, belajar. Percaya dengan ayah Sara. It doesn't kill to try." Haaa, tu dia. Cikgu Qarim dah speaking.
Ni yang susah nak bahas kalau berdebat dengan guru pencen ni.
Ni yang susah nak bahas kalau berdebat dengan guru pencen ni.
Aku lihat mata ayah bersinar. Alahai, ni lemah lutut ni. Ayah ni macam ada aura aje yang buat aku susah nak tolak permintaan ayah.
***
”AKU terima nikahnya Qaisara Nadira binti Mohammad Qarim..."
Sah!
Kini aku sudah sah jadi isteri orang. Suami aku pun aku tak kenal.
Alahai Sara, nampak sangat kau masih tak dapat terima kenyataan yang kau tu dah kahwin sampai-sampai suami sendiri pun tak nak kenal langsung.
"Sara, sesi pembatalan air sembahyang." Bisik ibu perlahan disebelah.
Aku angkat kepala. Suami aku...
Manisnya senyumannya. Tanpa sedar, aku pun ikut tersenyum.
Manisnya senyumannya. Tanpa sedar, aku pun ikut tersenyum.
***
"MAK buyong ni, dahlah sarat perut tu memboyot. Masih lagi nak datang kerja. Cuti ajelah Puan Sara oii." Fatihah membebel. Dia ni tak sah kalau tak membebel. Aku mencebik.
"Cebik, cebik. Karang keluar baby tu, ikut perangai mak dia." Usik Fatihah.
Aku jeling Fatihah. Hailah Fatihah, dari zaman aku bujang sampailah aku dah memboyot macam ni, dia tetap suka usik aku.
***
TOK! Tok! Tok!
"Come in." Jerit suara itu.
"Abangggg." Masuk-masuk aje terus aku merengek. Dia yang sibuk tadinya terus mengangkat wajah.
"Apa dia sayang?" Panjang harkatnya menyebut 'sayang'. Ni buat aku tambah jatuh-jatuh-jatuh cinta dengan suami aku ni.
"Abang kata nak bawa Ira makan. Ira nak makan itik pangganglah bang. Teringinnn sangat." Aku merayu.
"Kesiannya isteri abang ni." Dia datang ke arahku dengan senyuman manis.
Persis senyuman manis tatkala kami sah diijab qabul dulu.
"Kesian anak babah. Nak makan itik panggang eh." Perutku yang memboyot diusapnya lalu diciumnya. Ni yang buat adrelin aku bertambah laju.
Persis senyuman manis tatkala kami sah diijab qabul dulu.
"Kesian anak babah. Nak makan itik panggang eh." Perutku yang memboyot diusapnya lalu diciumnya. Ni yang buat adrelin aku bertambah laju.
"Jom. Babah nak ajak umi dating." Dia tatap anak mata aku. Alahai, romantiknya lelaki cina ni. Tak sangka ayah pilih dia sebagai imamku.
***
MASA lalu
Dia tersenyum manis melihatku yang malu-malu itu.
"Hai, dah jadi suami isteri yang sah pun masih malu-malu ke? Kalau dulu, pantang nak diam. Asyik nak melawan aje." Usiknya. Aku terdiam kaku.
Mata terus tunduk ke bawah. Malu sebetulnya.
"Cik adik, awak ni bisu ke? Tak tahu pula saya kahwin dengan orang cacat." Mata yang tadinya tunduk terus merenung dia tajam. Aku dikatanya cacat?
"Kalau saya ni cacat, kenapa awak nak juga kahwin dengan saya?" Aku bagi dia jelingan maut. Geram!
"Awak ni kalau melawan, muka tu boleh bertukar jadi incredible hulk tau tak." Dia ni kan asyik nak usik aku aje.
"Tapi incredible hulk ni juga isteri awak." Balasku.
"Eh, mengaku juga isteri saya rupanya." Sindirnya sambil bersandar di kepala katil.
"Ish! Bencilah cakap dengan awak ni." Baru aku nak berdiri, terus tangan aku ditariknya sehingga aku terduduk semula di katil.
"Hailah, merajuk pula." Ucapnya lembut.
"Kenapa saya?" Soalku. Dari tadi aku simpan soalan itu.
"Kenapa awak pilih saya?" Ulangku lagi.
"Sebab awak anugerah terindah." Jawabnya. Aku masih blur untuk menghadam jawapannya.
"Meh, duduk sini. Biarkan abang explain semuanya." Dia menepuk-nepuk ruang katil yang masih kosong itu.
"Sayang nak abang start dari mana?" Terkedu. Abang? Sayang?
"Cantik rambut sayang." Aku tepis tangannya yang bermain dengan rambutku. Ish! Lelaki ni kan, sempat lagi.
"You owe me an explanation, Mr Brian Ng Tian Ern." Tangan aku silangkan dengan kening yang sengaja aku jongketkan.
"Siapa Brian Ng? Scandal sayang eh? Sampai hati sayang duakan abang."
Aku cubit pinggangnya.
"Orang seriuslah cik abang oii. Yang depan ni siapa kalau bukan Brian Ng."
"Nope sayang. Brian Ng dah tak wujud, yang ni Qaiser Ng. Your beloved husband and most romantic guy in town ever." Dia mendepangkan tangannya. Overnya dia ni.
"Nope sayang. Brian Ng dah tak wujud, yang ni Qaiser Ng. Your beloved husband and most romantic guy in town ever." Dia mendepangkan tangannya. Overnya dia ni.
"Sayang pernah dengar tak?" Tangan menjalar di segenap keningku.
"Orang kata, cintailah orang yang mengenalkan cinta Allah kepada kita. Cintailah Agamanya, bukan kerana rupa ataupun harta." Tangannya sudah menuruni batang hidung. Jantung, please be nice to me. Saluran darah saya tak cukup luas kalau awak nak pam darah laju-laju.
"Dan abang jumpa orang tu dalam diri sayang. Sebenarnya lepas abang hantar sayang ke rumah masa sayang terseliuh tu, disitu semuanya bermula. Abang ajak ayah jumpa. Man to man talk. Abah yang banyak tolong abang, abah yang ajar abang erti sebenar Islam. Dan alhamdullilah, Allah beri hidayah pada abang untuk masuk Islam. Dan temukan abang dengan tulang rusuk abang." Jemarinya kini bermain di bibir. Jantung pula makin mengada-ada.
"Abang ni kan saja komplot dengan abah." Aku cubit pipinya kuat.
"Mana ada komplot. Memang sayang dilahirkan untuk bersama dengan abang pun. Lagipun sayang mana ada usaha nak kenal abang. Mulut aje kata nak kahwin tapi nama suami sendiri pun tak tahu." Dia memuncungkan bibirnya. Alolo, cutenya.
"Sorry abang." Aku menyandarkan kepalaku di dadanya. Entah keberanian mana aku dapat. Mungkin sebab dalam hati ni memang ada ruang kecil untuknya.
Dan dia anugerah terindah yang Allah hadiahkan buat aku.
***
MASA hadapan
"Hey, budak kecil. Janganlah disembur adik tu. Ya Allah, budak ni." Si ibu membebel-bebel dari depan pintu. Tak padan dengan perut yang memboyot.
Alis keningnya diurut-urut. Hailah, budak-budak ni. Sungguhlah memeningkan kepala.
"Sayang, janganlah membebel aje. Kesian baby dalam perut. Nanti esok-esok keluar, bukan menangis tapi membebel terus. Hairan karang doktor tu." Lelaki yang baru muncul itu terus memeluk pinggangnya erat.
Tangan ketam bertindak pantas mencubit pinggang lelaki itu. Hah, kan dah kena satu. Lelaki itu mengaduh sakit.
"Mana belajar teori baby keluar terus membebel." Pipinya sudah merah dek usikan suaminya.
"Sayang ni kan kalau membebel, nampak makin sexy macam nak cium aje." Usik lelaki itu lagi dengan sengihan lain macam.
Pappp! Bahu dipukul.
"Jangan nak menggatal depan budak-budak eh." Amaran mandatori diberi. Tapi sengihan si suami makin menjadi-jadi.
"Abang, tengoklah tu anak abang tu. Adakah patut disiramnya adik tu macam siram pokok bunga, sampai menangis dibuatnya." Dia mengadu manja dengan suaminya.
Suaminya hanya mengekek ketawa. Hailah, isteri aku ni.
"Shafhah Ng, Syauqi Ng, come here." Panggil si suami pada 2 budak itu. Terkedek-kedek mereka berlari, si budak lelaki yang berumur 5 tahun masih bersisa ketawanya manakala budak perempuan 3 tahun itu tersekat-sekat penafasan dek menangis.
"Napa buat adik nangis ni? Sian adik." Soal lelaki itu sambil mengusap pipi budak perempuan tu.
"Along gurau dengan adik ajelah bah." Jawab si abang. Hailah, anak-anak umi dan babah ni.
"Dah. Dah. Along, adik, pergi mandi. Hari ni kita nak celebrate birthday umi." Arah si suami. Si isteri sudah menepuk dahi, tarikh lahir sendiri pun boleh lupa.
"Aye aye, captain." Serentak dua-beradik itu menjawab, kembali ceria. Kalau ajak keluar, nombor satu. Macam-macamlah budak ni. Senyum terukir di kedua bibir.
"Ira lupalah hari ni birthday Ira." Qaisara sengih seperti kerang busuk.
"Kesian isteri abang, sibuk uruskan rumahtangga sampai lupa tarikh penting sendiri. Biar Ira lupa, tapi abang tak pernah lupa. Terima kasih sebab setia dengan abang selama ni." Kedua telapak tangannya melekap di kedua pipi isterinya dan bibir dibawa ke dahi. Lama. Tersentuh hati isteri bila diperlakukan begitu.
"Hati Ira ada pada abang, hati abang ada pada Ira, dan Ira akan sentiasa jaga hati abang. Tapi ini penyatuan hati Ira dan abang." Tangannya tadi Sara bawa ke perut. Untuk merasa nyawa kecil yang ada didalam. Bibir mekar dengan senyuman bahagia.
***
MASA lalu
Inna robbiyalloohu Huwalladzii laa ilaaha illa Huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa Robbul 'arsyil 'adhim. Maa sya Alloohu kaana wamaa yasyaa-u laa yakuunu, laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'aliyyil 'adhiim. Asy hadu innallooha 'alaa kulli syai-in qodiir. Wa annallooha qod ahaatho bikulli syai-in 'aliima. A'uudzu billadzii yumsikus samaa-i an taqqo'a 'alal ardhi illaa bi-idznih min syarro kulli daabbatin robbiya aakhidzi binaashiyatihaa. Inna robbii' alaa shirootin mustaqiim.
"Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakinya tidak akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas Bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka Bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus." (HR. Tirmidzi)
Usai selesai membaca doa, Sara melipat telekungnya. Pada ibu dan ayah sudah dikhabarkannya yang dia akan balik lewat. Seminggu cuti sebab kaki terseliuh, seminggu jugalah kerja bertimbun di meja. Alahai, tak baik mengeluh, itu kan rezeki dari Allah.
Dia sengaja solat Maghrib di pejabatnya, cuak juga kalau nak ke surau. Dahlah dia seorang aje yang belum balik. Takut juga kalau terserempak benda lain.
Tapi tanpa sedar, dia tidak keseorangan sebenarnya. Sepasang mata khusyuk melihatnya di balik pintu.
Pegun. Terdetik perasaan kagum dalam diri.
'Macam tu ke orang Islam sembahyang?' Sungguh dia bingung apa yang meresap dihatinya kala ini.
Hatinya seperti berbicara. Dia juga terasa ingin bersujud. Bersujud pada Tuhan yang satu. Tapi macam mana?
Pada mulanya, dia sangka dia cuma berseorangan. Yalah, workaholic macam dia mana reti nak tangguhkan kerja. Tapi, ada sesuatu yang menariknya untuk menjenguk bilik Sara. Dan inilah takdirnya.
Hidup ini misteri. Bila mana hati terasa dicari, carilah Tuhan untuk mencari jawapan.
Hati sudah merencanakan sesuatu. Bibir memancar senyum pengharapan.
Kaki melangkah kembali ke biliknya. Bak kata Hlovate, the rest is history.
***
KITA dilahirkan kerana Allah, maka dimatikan kerana Allah dan harus meletakkan kisah hidup kerana Allah. Tapi aku juga ditakdirkan jatuh cinta padamu kerana Allah. Sesungguhnya, aku memiliki rasa ini kerana Allah.
Betullah kata orang, bila kita sayangkan seseorang itu kerana Allah nescaya kebahagian itu terletak pada redha Allah.
Cinta yang Allah redha adalah cinta yang disemai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan pada-Nya, iaitu cintanya seorang lelaki kepada isterinya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan puji, juga manusia akan puji!
(Ibn Qayyim)
--------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan