Selasa, Disember 01, 2015

Manisnya Cinta Dia


"TAMAT riwayat aku lepas ni." Jam sudah entah berapa kali dikerling. Padahnya juga layan movie sampai subuh. Penangan movie dari Philippines. And I have to admit it that Philippines guy were so damn hot.

Kaki laju melangkah ke dewan 4B.

"Lajunya macam baru nampak hantu." Tegur satu suara garau dari belakang.

"Makkkkkkkk!" Tidak semena-mena aku terteriak. Mana sempat nak toleh belakang. Aisehhmen. Siapa pula ni?

"Oii cik kak, awak nak buat konsert ke kat sini teriak awal pagi macam ni." Bahu ku ditepuk-tepuk. Aku sudah tenang. Aku menoleh.

Ishh! Dialah pula. Gumamku dalam hati.

"Tak reti nak bagi salam ke?" Perliku pada lelaki itu.

"Assalamualaikum adik manis." Ucapnya lalu memberi senyuman paling manis. Manislah sangat.

"Waalaikumsalam." Mendatar suaraku. Tak ada mood terus bila nampak mukanya.

"Laju je? Nak pergi mana?" Soalnya. Penampilannya hari ini memang segak. Eh, tak. Sebenarnya hari-hari pun dia segak tapi saja malas aku nak puji. Kihkihkih

"Nak pergi airport. Flight saya kejap lagi. Nak pergi Philippines, cari calon suami." Aku mula berloyar buruk. Sudah tahu ini area universiti. Lagi mau tanya ka?

"Calon depan mata tak nak, nak juga cari yang jauh-jauh." Mulutnya terkumat-kamit tapi bunyi tak dak. Pelan giler suara.

"Huhh?" Mesti muka aku time ni blur giler.

"Ermm.. Nothing." Dia bagi lagi aku senyuman manisnya. Dia ni nak bagi aku kencing manis ke apa?

Lantas aku teringat sesuatu. Terbeliak mata sambil menilik jam.

"Oh man! Bala! Wey, aku gerak dulu." Syok sangat bersembang sampai lupa perkara lagi penting. Syok? Bukan menyampah ke?

"Pergi mana?" Dia soal lagi.

"Kelaslah. Nak pergi mana lagi?" Aik? Aku jalan, dia pun jalan. Dia ni nak pergi mana sebenarnya?

"Kelas siapa?" Hish! Dia ni banyak soallah.

"Prof Mardhiyah." Kata menyampah tapi dijawab juga.

"Nak aku tolong ke supaya kau tak kena marah?" Dia bagi aku tawaran ke ni?

"How?" Kening terjongket.

"We'll see. Tapi ada syarat." Dia senyum smirk.

"Apa?" Nampak sangat tak ikhlas nak tolong. Harapkan balasan!

"Nantilah kau tahu." Hampeh punya jawapan. Baik tak payah bersyarat-syarat kalau nak berahsia.   
               
***

NAFAS ditarik sebelum pintu dewan itu aku tolak.

"Adelia Keisha! Why are you late?" Harimau sudah mengaum.

"Errr.. Errr.." Dan penyakit gagap pun muncul.

Tok! Tok! Tok!

Dia masuk ke dewan itu dan kedudukannya kini sudah disampingku.

Minah-minah gedik tak payah cakaplah, semua dengan aksi yang tersangatlah over bila nampak dia masuk. Macam tak pernah nampak orang aje lagaknya.

"Sorry for interrupting Prof but she was with me just now. I hope you don't mind that I'm borrowing your student." Senyuman manis dilayangkan pada harimau di depan. Prof Mardhiyah yang tadi tegang terus memaniskan mukanya. Cehhhh! Nak mengatallah tu. Aipp! Takkan jealous kut?

"It's okay doctor." Lembut suara Prof Mardhiyah. Mentang-mentang bercakap dengan lelaki hensem terus nak jadi ayu. Piiirahh!

"Adelia Keisha, take your seat now." Arah si harimau.

***       
                    

"DEL, kau ni ada something ke dengan Dr Fayyadh?" Soal Naqeera. Sudah. Tak ada soalan lain ke? Kenapa mesti pasal dia.

"Tak ada." Jawabku. Kalau pun aku ada hubungan dengan dia, perlukah aku hebahkan. Rasanya tak perlu kut.

"Ye ke? Tapi nampak macam ada something aje." Soal Maya lagi kurang percaya.

"Tak adalah." Jawapan yang sama.

3 pasang mata itu cuba mencerna jawapan yang baru aku beri. Nak pertimbangkan sama ada patut percaya atau tak.

"Bella do you have anything to ask?" Giliran aku menyoal. Bella terus mengeleng laju, mungkin tak jangka aku nak tanya dia.

"Good! Sebab aku nak focus!" Mata aku pandang ke depan. Aku kena sehabis daya semester ni, dahlah ini semester last sebelum praktikal. Naya aku kalau tak lepas.   
    
***

"WILL you marry me?" Lelaki kacak didepan ku itu menghulurkan sekotak cincin. Dia melamar dan aku mencair. Waduh.

Aku mengangguk kegembiraan.

"Del." Aik? Macam suara Bella. Tapi mana Bella? Kepala ke kiri. Tiada. Kepala ke kanan. Pun tiada.

"Adelia Keisha." Suara Bella lagi. Mana Bella ni? Main nyorok-nyorok ke apa si Bella ni?

"Adelia Keisha." Bella sudah geram.

Aku buka mata perlahan. Mata masih mamai. Eh mana ni? Aku lihat sekeliling. La, masih kat dorm. Mimpi rupanya.

"Ala, kau ni. Aku baru mimpi James Reid lamar aku. Kacau daun betullah kau ni." Suara serak basah tanda baru bangun.

"Banyaklah James Reid kau. Peduli apa aku James Blue ke James Black Brown Rainbow kau ke. Ni ha phone kau. Dari tadi asyik melalak aje. Nak biar, takut emergency pula." Bella menghulurkan telefonku yang tadinya berada dimeja. Lalu dia kembali ke katilnya.

Nombor ni lagi? Tak bosan ke call aku?

"Assalamualaikum. Ada apa call?" Sejurus talian disambung terus aku menyoal. Serius.

"Waalaikumsalam. Wuish, ganasnya." Sahut lelaki itu dengan gelak ketawa.

"Nak apa?" Soalku lagi malas-malas.

"Nak awaklah." Sah! Memang sah,orang ni gila.

"Betul-betullah." Aku sudah geram. Aku dengar dia ketawa. Ish! Apa yang lucu?

"Belanja aku makan." Ucapnya.

"Huhh?" Blur.

"Sebab aku tolong kau hari tu supaya Prof Mardhiyah tak marah kau so kau kena belanja aku." Jelasnya. Nampak sangat dia ni tak ikhlas.

"Tak ada duit." Jawabku sengaja. Keluar berdua dengan dia? Memang tak arr.

"Kalau macam tu aku belanja. Teman aku makan." Taktik lain pula dicuba.

"Huhh?" Blur lagi.

"Kau ni 'hah' 'huh' dari tadi. Kau nak aku ketuk kepala kau ke baru otak kau berfungsi. Aku suruh kau teman aku makan." Geram juga si Fayyadh dengan tahap blur gadis itu.

"Tak nak." Jawab Adelia.

"Macam ni ke cara kau balas budi? Baik aku tak payah tolong kau hari tu." Dia mula mengungkit dah.

"Aku tak nak keluar berdua." Jelasku agar dia mengerti. Dia ketawa lagi. Dia ni normal ke? Dari tadi ketawa aje kerjanya.

"You're so cute." Dia menghabiskan sisa ketawanya.

"Huhh?" Blur kuasa dua.

Kali ni Fayyadh rasa macam nak hempuk betul-betul kebluran gadis itu.

"Fia dan Iman ada sekalilah." Jawabnya.

"Fia kata nak jumpa kau. Rindu katanya. Abang dia pun rindu kau." Diselangi dengan gelak poyonya. Cehhh. Nak aje aku balas, tapi aku tak rindu abang dia, aku menyampah dengan abang dia. Tapi aku balas dalam hati ajelah.

"Jam 7 aku jemput kau kat kolej. Get ready and don't be late." Dia mengeluarkan perintah.

"Huhhh?" Blur laaagi.

"Tak payah nak 'huh' 'hah' sangat. Jam 7." Persis komander dia bagi arahan.

Aku kerling jam. Baru 4.25 petang. Sambung tidurlah manalah tahu dapat mimpikan James Reid balik. Dalam mimpi pun jadilah. Haha

***

7.12PM

"You're late. 12 minutes late." Suaranya keras. Marah ke?

"Ala, sorrylah. Aku tak sengaja terlajak tidur tadi." Gugup juga aku kalau lelaki itu marah.

"Fia, Iman sorry eh. Kak Sha tak sengaja terlewat." Sengaja aku tekan perkataan TER itu. Saja nak bagi dia dengar.

Sofia dan Iman hanya mengangguk dan senyum tanda tak kisah.

"Aik? Dorang aje? Dekat driver tak nak say sorry ke?" Kami berdua hanya bertukar pandang melalui cermin. Sempat lagi dia ni nak kenakan aku.

"Sorry awak. Saya tak sengaja." Pelan aku menuturkannya. 

"Tak dengar." Ish! Lelaki ni, kang aku luku kepala dia baru dia tahu. Aku bergerak ke depan lalu mendekatkan diri padanya.

"Sorry. Lewat." Aku volume upkan suaraku di telinganya. Padan muka!

"Kau ni nak bagi aku pekak ke apa?" Dia mula mengosok-gosok telinganya. Nasib gegendang telinga tak pecah.

"Along, Kak Sha kalau korang gaduh lagilah kita lambat. Kesian cacing pita Fia dah nak pitam dah sebab lapar." Sofia yang duduk di sebelah pemandu bersuara.

Serentak aku dan Fayyadh tersengih ke arah Sofia.

"Orang tua-tua kata kalau orang tu suka gaduh, nanti akan kahwin tau." Sofia bersuara lagi sambil tersenyum simpul. Erk? Kahwin? Dengan abang kau? Tak nak aku.

"Along okay aje nak kahwin ni.  Dapat juga rasa keluarga sendiri." Senyumannya meleret. Aku perasan matanya mengerling aku di belakang tapi aku buat derk aje.

"Itu orang tua Fia. Kak Sha ni masih muda, jiwa remaja so that quote won't apply on me." Jawabku.

"Eleh perasan muda." Aku dengar dia perli aku.

Malam itu hampir separuh aktiviti aku adalah bertekak dengan Fayyadh. Lagi separuh, aku habiskan dengan Sofia dan Iman dengan bergelak-ketawa. Lupakan si malaun itu kejap. Walaupun si malaun itu ada bersama.

***

JANGAN bergaduh, nanti terkahwin.

Ayat itu buat aku rasa sesak nafas. Ayat itu buat aku pitam. Ayat itu terjadi kepada aku.

3 bulan kemudian...
Kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Fayyadh Nadeem, lelaki yang aku tak suka.

Bukan tak suka cuma menyampah aje.
Aku taklah cakap aku benci dia tapi aku boleh kata yang aku memang tak suka dia. Complicated kan?

***

2 BULAN sebelumnya...

Nenek sudah berpesan kepada kami sekeluarga untuk balik ke rumah nenek hujung minggu itu, sementelah mama satu-satunya anak nenek. Anak tunggallah katakan.

Setibanya di rumah nenek. Alangkah terkejutnya bila ada nek su, adik bongsu nenek serta Fayyadh sekeluarga.

'Apa apa sebenarnya ni?' Pelbagai persoalan dan tanda tanya di ruang minda.

Kata nenek, biarlah kami semua rehat dulu. Esok baru bincang. Aduh! Ni buat suspen ni. Aku tak suka.

Keesokan harinya, ruang tamu sudah dipenuhi kami semua. Puan Azimah sekeluarga, mama aku dan Puan Marissa atau Auntie Rissa sekeluarga, mama Fayyadh. Mama dan Auntie Rissa itu sepupu. Jadi hubungan aku dan Fayyadh itu dua pupu.

Dengan tenang, nenek selaku kakak sulung kepada nek su membuka cerita. Hanya sesekali sahaja nek su buka mulutnya.

Diceritakan dulu nenek pernah menghadapi leukemia dan satu-satunya cara untuk menyelamatkan nenek ialah dengan pemindahan tulang sum-sum. Setelah ahli keluarga yang lain menjalani pemeriksaan, cuma nek su sahaja yang sesuai menjadi penderma kerana tahap kesihatan yang berada dalam keadaan baik.

Kiranya cerita nenek ni berhutang nyawa dan tulang sum-sumlah.

Dipendekkan  cerita, nenek dan nek su telah buat perjanjian tidak rasmi yang mereka akan mengahwinkan cucu mereka. Dan bravo, watak hero dan heroin yang terpilih ialah aku dan Fayyadh. Klise sangat. Kerana Fayyadh cucu sulung nek su dan aku cucu bongsu nenek.

Hailah kenapalah aku?

"Adelia Keisha." Nenek panggil aku dan aku sahut 'ya nek.'.

"Fayyadh Nadeem." Giliran Fayyadh dipanggil oleh nek su dan aku lihat dia pun sahut 'ya nek.'.

Kami berpandangan.

"Nenek akan kahwinkan kamu berdua. Ada bantahan ke?" Soal nenek.

"Eem setuju." Dia mengangguk dengan laju dan yakin.

"Kamu Sha, setuju tak?" Semua mata menatap aku menunggu jawapan.

Aku kaku. Binggung. Aku lihat muka mama seperti mahu aku mengiyakan. Tapi hati kata?

Dengan nafas yang berat, aku turut mengangguk.

Aku tahu mama memang nak sangat berbesan dengan Auntie Rissa kerana mereka memang rapat sedari kecil.

Hailah nasib. Kahwin aturan keluarga.

"2 bulan lagi kamu akan disatukan. Pagi tunang, petang nikah." Kata-kata nenek buat aku terkedu.Kenapa cepat sangat?
Oksigen pun seperti malu-malu nak masuk ke rongga hidung sehingga buat aku sesak nafas.

***

"HAI, assalamualaikum." Sapanya sebaik memasuki bilik. Bilik pengantin kami. Gosh!

"Waalaikumsalam." Aku cuma jawab salamnya. Tak jawab, dosa.

"Kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?" Soalnya sambil menanggalkan satu-persatu persalinan pengantin. Rimas badan sehari pakai benda alah tu.

"Err... Sebab..." Okay. Sebenarnya aku pun tak tahu apa sebab aku setuju.

"Sebaaaaab?" Ulangnya.

"Sebab aku percaya dengan perancangan Allah." Jawabku.

"Tapi kau kan tak suka aku?" Banyak soal pula daa.

"Dah tertulis di Luh Mahfuz." Hantam ajelah labu. Dia ketawa. Apa yang lucu dengan jawapan tu?

"Well. Thank you." Ucapnya lalu tersenyum manis kepada aku.

"Huhhh?" Tak lari imej blur dari aku ni.

"Asyik blur aje kau ni. Aku kata thank you. Kalau kau tak faham juga, aku cakap terima kasih sebab terima aku jadi suami kau." Dengan selambanya dia ketuk kepala aku. Binawe punya laki. Aku tahulah apa maksud 'thank you' tu apa. Aku terus memuncungkan bibir tanda tak suka. Suka hati dia aje kan nak ketuk kepala aku. Ingat kepala aku meja ke apa?

"Muncung. Muncung. Cium kang." Ugutnya mendekatiku. Aku apalagi macam lipas kudunglah masuk tandas.

Dia gelak lagi. Terhibur juga hatinya dengan tingkah isterinya itu.

***

"KAU keluar kolej. Tinggal dengan aku." Ucapnya ketika kami dalam perjalanan balik dari rumah nenek ke KL.

"Huhhh?" Blur tahap kritikal.

"Tinggal dengan aku." Ayat tadi diulang lagi.

"Tapi aku nak tinggal dekat kolej. Situ aku ada kawan. Lagipun kan sekarang mid sem, alang-alang kalau keluar." Jawabku. Sebetulnya nak mengelak.

"Syurga kau bawah tapak kaki kawan kau ke bawah tapak kaki suami?" Tegas suaranya. Aku telan air liur. Tak ada rasa. Dia guna kuasa veto dia.

"Suami." Macam nak menangis aje aku jawab.

"Jadi?" Dia main tarik tali pula.

"Okay. Aku pindah." Mengalah pun akhirnya.

"That's my girl." Senyuman diabetes lagi dia kasi.

***

"KENAPA kau kena pindah Del? Tinggal 2 bulan aje lagi sebelum final exam." Soal Maya. Dia hanya memerhatikan aku yang sibuk kemas barang. Dia duduk berteleku di katilnya.

Nak jawab apa eh? Nak jawab, Dr Fayyadh nak aku pindah masuk rumah dia ke atau suami aku nak kami duduk sama-sama. Huih! Tak boleh. Aku geleng-geleng kepala.

"Kau dah biul eh Del. Baru seminggu kita cuti kau dah putus wayar. Aku tanya dia, dia dok geleng-geleng pula." Geram Maya.

"Mama papa aku suruh pindah masuk rumah mak cik aku." Jawapan paling selamat.

"Mak cik mana pula? Mama kau bukan anak tunggal ke?" Naqeera yang khusyuk baca novel terus teralih perhatiannya.

"Mama memang anak tunggal. Mak cik aku ni sepupu mama, so kira mak cik jugalah kan?" Semua mengangguk mengerti. Baru faham. Tapi jawapan yang tu tak berapa nak tepat, paling tepat aku pindah rumah anak mak cik aku. Dr Fayyadh kesayangan korang tu tapi biarlah aku saja yang tahu.

"Bye korang. Assalamualaikum." Tubuh sahabatku itu aku peluk satu-satu. Aku bersahabat dengan Maya, Naqeera dan Bella sejak dari semester 1. Banyak memori antara kami tercipta.

"Bye. Mesti kami sunyi kau tak ada. Waalaikumsalam." Pemergianku dihantar dengan anak mata mereka yang melihatku semakin menjauh.

***

"HOME sweet home. Welcome to our paradise." Dia mendepangkan tangannya dihadapan rumah teres semi-D 2 tingkat itu. Boleh tahan juga rumah dia ni.

Aku melangkah dengan berhati-hati di rumahnya.

"Ini rumah abang. Ini rumah sayang. Ini rumah kita." Laju dia berkata-kata sambil memeluk erat pinggangku. Erk? Awkward.

"Bi... Bilik mana?" Soalku sedikit tergagap terkejut dengan kedudukan kami yang rapat. Jantung pula tak henti-henti nak pam darah.

"Amboi sayang. Tak sabar tunggu malam ke?" Dia sudah tersenyum nakal.

"Hish! Orang panaslah. Nak mandi." Orang sebelah itu aku jeling. Tapi itu alasan aje tu yang sebetulnya aku panas sebab tingkahnya sampai pipi aku pun naik panas. Dia melangkah naik sambil ketawa.

"Ni." Dia memasuki sebuah bilik. Bilik utama aku agak. Tapi serba lengkap pula. Aku lihat sekeliling. Binawe betul. Aku nak bilik aku, bukan bilik dia.

"Ni bilik kau. Bilik aku mana?" Geram aku dibuatnya.

"Ni lah bilik sayang. Bilik kita." Aduh! Mati aku.
       
"Share? Nak bilik sendiri boleh?" Ucapku mulai kendur. Ni aku nak nangis ni.

"Sayang kita kan dah kahwin. Apa salahnya share. Tempat seorang isteri itu disisi suami. Mana belajar isteri dengan suami tidur bilik asing-asing?" Dia menghadapkan badanku mendepaninya. Dia lagi tinggi, aku cuma paras dada dia aje. Dada bidangnya ajelah jadi santapan mataku.

"Sayang, look at my eyes." Dia menaikkan daguku dengan jemarinya agar mata kami saling bertemu. Nak tatap mata dia yang buat aku nak terkucil ni. Mata dia cukup bersinar. Lagi terang dari matahari.

"I won't do anything to you. Abang akan tunggu sayang sampai sayang bersedia sepenuhnya. Promise. Unless..." Jeda. Ya, memang itu perjanjian aku dan dia kerana aku masih belum bersedia untuk ke arah itu. Dan ternyata dia memahami. Baguslah kalau dia tak paksa.

"Unless?" Soalku balik.

"You call me abang. ABANG." Dia sudah senyum nakal. Apa punya syarat tu? Meski jarak umur aku dan dia cukup jauh. Tapi mulut ni susah sangat nak panggil dia abang.

"Tak nak." Aku larikan mataku dari matanya. Nak tengok mata dia pun aku malu. Panggil dia abang lagilah aku malu.

"Okay. Then abang pun tak janji yang malam ni sayang selamat." Jahatnya bunyi gelak dia. Binawe!

"Okay! Fine! Aa... Ab... Abang." Terketar-ketar aku menuturkannya untuk pertama kali.

"That's my girl." Dia senyum manis. Kalau hari-hari dia senyum macam ni, memang sahlah kaki dan tangan aku kena potong sebab kencing manis.

"Tapi yang basic tu abang tak janji eh." Basic? Bibirnya pantas mendarat di pipi kanan aku sebelum dia keluar dari bilik dengan gelak sihirnya. Inikah yang dimaksudkan basic? Arghhhh!

"Aabangggg!" Aku pegang pipiku. Hangat. Geram tapi ada rasa bahagia.

***

SUASANA di universiti itu makin sibuk. Maklumlah minggu depan dah minggu study week. Semua pun terkejar-kejar, inilah bahana kerja minit-minit akhir.
Kami sengaja lepak di perpustakaan untuk cover mana-mana subjek yang masih kami belum faham sepenuhnya.
Sedang khusyuk menulis, tiba-tiba Bella bersuara.

"Eh, kenapa aku tak perasan kau ada pakai cincin?" Soal Bella.

"Errr... Oh, cincin ni?" Blank. Mati aku. Apa nak jawab ni? Memanglah baru perasan sebab baru seminggu aku rajin pakai. Tiap kali aku berpisah dengan Fayyadh di universiti, pasti aku buka. Simpan dalam dompet. Sampailah suatu hari dia perasan akan ketiadaan cincin kahwin kami di jari manisku.

"Sayang, mana cincin?" Soalnya. Matanya tepat ke jariku.

"Errr... Cincin? Cincin tinggal kat rumah." Selamba aku jawab sambil tersengih. Tipu sunat.

"Sayang ni kan. Careless. Tahu tak cincin tu tanda kita? Tanda sayang tu milik abang, abang milik sayang. Sayang memang tak ikhlas eh nak bersuamikan abang." Keras suaranya tapi kedengaran sayu. Mukanya juga tegang, tak pernah lagi aku lihat wajahnya setegang itu. Hanya kerana cincin.

"Abang, Sha minta maaf. Lepas ni, Sha janji I won't take off that ring anymore. Promise. Abang smileeeee." Pujukku. Hai, sang suami merajuk pula.

"Ermmm." Tiada reaksi. Beku betullah.
Aku tarik tangannya lalu aku genggam kemas. Aku sandarkan kepalaku di bahunya.

"I'm sorry okay. Please don't make that face." Aku buat suara lunak habis.

"Sayang... Jangan goda abang. Abang tengah drive ni. Kang abang terkam sayang sekarang. Siapa susah?" Dia sudah menjeling sambil tersenyum nakal.

"Ish! Abang ni, gatal semedang." Aku pukul lengannya, jemari juga aku renggangkan tapi ternyata dia makin mengeratkan genggaman.

"Eh, don't put the blame on me. Sayang yang mulakan dulu." Dia sudah mula ketawa.

"Orang pujuklah bukannya menggatal." Jawabku sebal.

"Ala, gatal dengan sayang apa salahnya. Ke sayang nak abang menggatal dengan orang lain? Abang on aje." Usiknya.

"Ni lah lelaki ni. Tak cukup dengan satu, nak juga cari lain. Agaknya ka...."

Cuppp!
                          
Senyap.

Aku terkedu. Apa dia buat tadi? Aku dengar suara ketawa.

"Sayang ni, baru usik sikit. Dah blushing lebih." Dia masih galak ketawa. Baru sebentar tadi bibirnya mendarat di bibirku. Kenapa aku rasa panas sedangkan dalam kereta ada air-con?

"Ihh, abang ni tipulah. Mana aci main curi-curi macam tu." Sekali lagi pukulan mendarat di lengannya. Dalam menunggu traffic light bertukar hijau sempat lagi dia mengambil kesempatan.

"Kalau tak buat macam tu, sayang tak pandai diam. Membebel macam mak nenek. Oh, tak aci eh. Tak apa, nanti kat rumah kita sambung eh." Usiknya lagi. Makin merona gadis itu dibuatnya.

"Ish! Gatal. Gatal. Gatal. Gaaa..." Perkataan itu sentiasa berulang.

"Bising lagi, abang cium lagi kang." Automatik mulut terkunci. Pembulinya suami aku ni. Huwaaaa. Dia pula galak mentertawakan aku.

"Hooii. Hoii. Berangan kat mana dah? Dahlah berangan, senyum-senyum pula tu. Angau eh?" Suara Naqeera mengembalikan aku ke alam nyata.

'Ha'ah, aku angau dengan suami sendiri. Aku angau dengan Dr Fayyadh Nadeem.' Hati kecilku meronta.

"Soalan Bella tadi kau belum jawab. Pasal cincin tu." Naqeera mengingatkan perihal sebentar tadi.

"Macam cincin kahwin aje? Kau dah kahwin eh?" Soalan maut dari Maya.

"Ni mama bagi." Jawabku. Mereka semua mengangguk. Tertipu. Eh mana ada tipu. Betullah dari mama, tapi mama Fayyadh.

"Kak Adelia Keisha ke?" Tegur seseorang.

Aku lihat budak perempuan itu. Junior barangkali.

"Ya. Kenapa ya?" Soalku.

"Dr Fayyadh nak jumpa akak." Usai menyampaikan pesan, budak itu terus berlalu.

"Asal Dr Fayyadh nak jumpa kau?" Soalan panas.

Malas nak jawab. Aku hanya jongketkan bahu. Sebelum berdiri, aku membetulkan tudung yang sudah senget sedikit.

***

TOK! Tok!

"Masuk."

"Yes doctor, anything that I can help?" Aku lihat wajahnya yang tenang itu.

"Saya nak awak cari sesuatu." Jawabnya tegas.

"In sha Allah doctor."

"Saya nak awak cari isteri saya. Dia kata dia nak lunch dengan saya tapi tak muncul-muncul pula." Aku tilik jam. Ya Allah, dah jam 12.55 rupanya. Aku lupa pada janji semalam nak jumpa jam 12.

"Abang... Sorry Sha tak sengaja. Sha lupa. Khusyuk sangat study kat library tadi." Jelasku. Aku tak nak dia bermasam muka, dahlah wajah dia asyik muncul di otak kebelakangan ni.

"Awak isteri saya ke?" Soalnya dengan suara mendatar. Cettttt!

"Okay. Fine." Aku mula ambil langkah untuk keluar.

"Ops. Lajunya nak keluar. Comel isteri abang merajuk." Sebelum aku dapat keluar, dia pantas memaut pinggangku. Terasa hangat pelukannya dari belakang. Dagunya disangkut di bahuku.

Oh Allah, bahagia dapat suami macam ni. Manisnya macam gula.

"Jom makan. Abang lapar." Dia menarik aku ke meja yang memang disediakan dalam biliknya. Kasihan suamiku, rupanya lapar dari tadi. Sekali lagi aku meminta maaf.

***

"ABANG, Sha pergi library balik eh. Nanti pelik pula yang lain kalau Sha lewat." Aku meminta diri.

Tapi sebelum aku dapat memintasnya, lenganku ditarik sampai aku terduduk atas ribanya.

"Abaang." Dadanya aku pukul mesra lalu kepala terlentok di bahunya. Aip! Tadi kata nak balik library tapi nak pula sambung bermesra dengan encik suami.

Sekali lagi, aku dilambung ombak bahagia.

"Ala, tak boleh ke sayang stay lama sikit. Nanti abang rindulah." Rayunya. Hailah encik suami, kat universiti pun nak berkasih-sayang.

"Abang, lepaslah." Rayuku.

"Boleh tapi bersyarat." Dia tersenyum nakal.

"Apa?"

"Kiss dulu." Dia menunjukkan pipi kirinya. Hailah, nasib badan kaulah Adelia Keisha dapat suami gatal macam ni. Gatal-gatal tapi sweet.

Tanpa menunggu masa terus aku halakan bibirku ke pipinya dan tanpa semena-mena dia meluruskan kepalanya. Dan.

Cuppp!

Tergamam. Aku tak sengaja mendarat dibibirnya.

"Abang, ni kan suka main tipu. Bencilah macam ni." Muncung itik sudah terkeluar.

"Eeh, tak malu. Cium orang." Galak dia mengusik. Pipinya aku cubit sekuat hati. Geram. Padan muka!

"Dr Fayy..." Prof Dr Hilman tiba-tiba muncul dibalik pintu. Dan tentu saja dia terkejut melihat aku yang duduk di riba Fayyadh.

"Fayyadh!!!" Bagai halilintar suara Prof Dr Hilman memenuhi ruang bilik Fayyadh.

Bagai terkena renjatan elektrik, aku dan Fayyadh terus tegak berdiri. Dan mata memandang lantai. Seperti pesalah yang akan dijatuhkan hukuman mati.

***

"MACAM ni rupanya kelakuan kamu Fayyadh? Di mata saya, kamu seorang pensyarah yang cukup bertauliah dan profesional rupanya saya salah."

"Dan kamu, siapa nama kamu? Pelajar jurusan apa?" Suara Prof Dr Hilman buat aku macam nak bersembunyi di belakang Fayyadh.

"Aa... Ade... Adelia Keisha. Mar... Marketing." Tergagap-gagap aku menjawab. Kalau Prof Mardhiyah garang, yang ini seribu kali lebih garang.

"Sorry to say, but awak tahukan penampilan awak. Awak seorang yang bertudung. Tapi kelakuan awak macam ni. Mana harga diri awak?" Aduhh! Berdesing telinga. Macam nak aje jerit di telinga Prof tu yang aku ni isteri Fayyadh. Arghhh! Air mata aku tahan dari gugur.

"Stop it Prof. You're insulting my wife." Marah benar si Fayyadh bila isterinya dikatakan tiada harga diri.

Muka Prof Dr Hilman memang tercengang habis. Mungkin terkejut.

"Are you married?" Soal Prof. Hish! Dia tak faham ke apa maksud wife tu. Wife tu isteri. Mestilah dah kahwin.

"Yeah. 2 months ago." Jelas Fayyadh. Serius. Siapa tak marah wei bini kena hina depan-depan.

"I'm... so sorry. Saya tak tahu. I'm sorry Dr Fayyadh and wife." Menyedari kesilapannya. Inilah manusia, apa dia nampak main tuduh aje. Tak reti nak siasat.

Aku sabarkan hati. Nasib tak kena penampou orang tua ni. Istigfar Sha. Astagfirullah al azim. Tak baik tampar orang lebih tua. Hormat walaupun dia yang salah.

"Maaf, saya pergi dulu." Aku terus meminta diri.

Selepas 2 minggu kejadian aku dan Fayyadh diherdik secara tak sengaja oleh Prof Dr Hilman, heboh satu universiti pasal aku dan Fayyadh.

Minah-minah gedik yang dulu minat kat Fayyadh semuanya menangis tak berlagu termasuklah Prof Mardhiyah sebab aku tahu dia ada hati dengan suami aku. Tapi sayangnya itu semua musnah sebab lecterur paling hensem sudah berpunya. Dan akulah yang punya. Aku pun gelak jahat dalam hati. Haha

Maya, Bella dan Naqeera pula habis-habisan menyoal aku pasal Fayyadh. Sorry kawan tak bagitahu. Bukan tak nak bagitahu tapi time tu aku pun tak bersedia lagi. Everything happened too fast.

***

Akhirnya penantian aku berakhir, tiba masa yang paling berharga buat aku.

Selepas selesai menjalani praktikal selama 6 bulan.

Jeng jeng jeng.

Here, I come graduation day.

"Cepatlah sayang." Aku terkedek-kedek berjalan ke arahnya. Karang aku luku juga kepala laki aku ni. Dia tak nampak ke keadaan aku macam mana.

"Abang ingat perut ni ringan ke nak bawa?" Sejak disahkan mengandung, aku sensitif sikit. Dia hanya tersengih.

"Siapa suruh perut sayang besau." Ewah. Galak dia ketawa. Ini yang nak marah ni.

"Besau besau pun anak abang juga kat dalam ni, bukannya anak kucing." Air mata tinggal nak jatuh ke Bumi. Hailah air mata, kenapa senang sangat awak nak jatuh.

"Aloo, sayang. Comelnya isteri abang kalau marah." Dia memujukku. Aku tumbuk dadanya kuat. Geram.

"Auch sayang. Habislah dada abang kalau macam ni, sayang tumbuk selalu." Dari dulu asyik nak buli aku aje. Benci! Kata benci, tapi sayang juga.

"Amboi, amboi laki bini ni. Mesra sangat. Jealous aku." Sapa Naqeera. Di sampingnya ada Bella dan Maya.

"Berapa bulan Del?" Maya mengusap perutku.

"4." Orang tanya isteri, suami pula yang menjawab.

"Besarnya. Macam 6 bulan aje." Terkejut Bella.

Aku dan Fayyadh hanya tersengih.

***

"ABAAAAAAAANGGGG." Seluruh dewan pembedahan itu bingit dengan suaraku.

"Ya sayang." Fayyadh dari tadi menggengam erat jemariku.

"Kalau sayang mati, abang jangan kahwin lagi." Dalam meneran sempat lagi aku bercakap.

"Tak sayang. Abang takkan kahwin."

"Kalau abang nak kahwin juga, cari yang lagi hodoh dari sayang." Hairan Fayyadh dengan isterinya. Merepek aje isteri aku ni. Dia hanya mengangguk.

Seorang bayi perempuan selamat lahir ke di dunia. Aku tersenyum.

Tiba-tiba...

"Adooooiiii." Sekali lagi aku berteriak.

"Sekali lagi puan. Push! Push!" Doktor bagi arahan.

Dengan sekuat tenaga aku meneran dan akhirnya seorang lagi selamat.

***

BULAN yang bulat itu aku tenung. Cantik sungguh ciptaan Allah.

"Tengok apa tu sayang?" Fayyadh muncul dari belakang lalu memeluk erat pinggangku.

"Bulan." Mata tetap menatap keindahan sang bulan.

"Sha suka tengok bulan, lagi-lagi bulan yang bulat."

"Abang pula suka sayang, lagi-lagi sayang yang bulat." Ewah! Sedap mengata aku. Mentang-mentanglah dulu aku bulat, debab.

"Tipu." Aku mencebik.

"Betul. Abang suka sayang lama dah. Dari sayang sekolah menengah lagi. Tapi tu lah, siapalah kita ni kan langsung tak kena pandang." Suara taktik nak raih simpati.

"Bukan abang suka dengan Kak Zahira ke?" Aku terus memusing badan berdepan dengannya.

Lantas dia ketawa. Apa yang lucu?

"Sayang.. Sayang.. Itu best friend abanglah." Jawabnya setelah reda dari ketawa.

"Tak mustahil best friend boleh jatuh cinta antara satu sama lain."

"Sayang ni kan, nope. She's my best friend and always be my best friend. While my wife is my super mega best friend." Hidung aku ditariknya. Ish! Apa ni, main hidung ni.

"Elehhh." Aku mencebik lagi.

"Buatlah lagi macam tu. Cium kang." Usiknya. Dia ni tak ada ayat lain ke selain cium? Ish! Gatal.

"Yang sayang tu, kenapa sayang benci abang dulu?" Soalnya. Hailah, dari benci jadi cinta.

"Bukan bencilah tapi annoying aje." Jawabku.

"Samalah tu. Kenapa sayang annoying?" Soalnya lagi ingin tahu dengan rahsia hati si isteri.

"Sebab abang suka buli Sha. Dan abang tu poyo. Bajet bagus. Bajet hensem. Bajet baiklah. Itulah. Inilah." Terangku.

"Amboi, sedapnya mengata suami."

"Sedap. Sedap sangat sampai menjilat jari." Aku terus membuat aksi konon-konon tengah jilat jari macam iklan KFC tu.

"Abang suka tengok muncung itik sayang tu, itulah abang buli sayang. Rasa nak cium aje. Tapi tak boleh sebab masa tu tak halal lagi." Maksudnya dia memang tunggu aku dari dulukah?

"Tapi sekarang abang boleh buat lebih dari itu kan." Dia sudah tersenyum nakal. Gatalnya. Suami siapa ni?

"Gatal semedang." Aku terus meloloskan diri tapi belum seminit, aku sudah dicempungnya. Aku terteriak tapi tersenyum bahagia.

"Amboi, senyum sampai telinga nampak." Tegur Fayyadh. Risau juga dengan isterinya itu. Kut-kut disampuk jin ke apa ke.

"Teringat masa lalu. Masa tengok bulan hari tu." Lengannya aku peluk. Selesanya peluk lengan suami sendiri.

"Terima kasih sayang." Ucapnya lalu mengucup ubun-ubunku.

"Huhhh?" Penyakit blur aku dah kembali.

"Sayang tahu tak, kalau sayang blur nampak cute sangat." Usiknya.

"Is that insulting or compliment?"

"Sayang ni, ini pujian ikhlas dari hati tau. Percayalah." Sambil dia memegang dadanya itu.

"Terima kasih sebab hadiahkan abang hadiah paling bermakna, Fatihah Nadira dan Aizriel Khaalif dalam hidup abang." Sekali lagi, ubun-ubunku dikucupnya tapi lebih lama.

"Anything for you abang." Aku bagi dia senyuman paling manis biar dia yang kencing manis.

Cupppp!

Kali ini, aku yang mula dulu. Lama bibirku mendarat dibibir merah itu.

"Makin nakal eh sayang ni."

"Well. I've learned it from my handsome and awesome lecturer."
Dia terus mencubit pipiku.

Lalu kami tertawa. Bahagia disulami kasih-sayang dan cinta yang halal. Biarkan cinta kami berpaksikan Allah dan Sunnah agar semua kebahagian ini dapat kami kekalkan hingga ke syurga firdausi.

-----------------------------

Tiada ulasan: