Isnin, Disember 14, 2015

Lakaran Cinta



INAI di jari itu aku kerling. Tak lama lagi hidup aku akan bertukar.

Jadi indah atau sebaliknya? Tak tahulah.

"Achik, jom keluar." Ajak ibu. Aku membuntuti ibu tanpa bantahan.

Aku lihat dia yang membelakangiku. Tenang saja dia berdepan dengan tok kadi.

"Aku terima nikahnya Wafa Thahirah binti Abdul Aziz..."

Kedengaran sah di bibir para saksi.

Welcome to your new life, Wafa.

***

AKU berdiri di tepi tingkap. Malam yang pekat itu sunyi tanpa bulan dan bintang. Kalau bulan tak ada, bintang pun malu-malu aje nak keluar.

Aku mengeluh lemah.

"Haih, mengeluh nampak." Suaranya tiba-tiba memecah kesunyian bilik itu. Lantas aku menoleh. Eh? Elok aje dia berdiri tepi almari.

"Sejak bila kau masuk?" Soalku.

"Dari tadi lagi, kau aje tak perasan." Dia sudah menanggalkan baju-bajunya. Dia nak mandilah tu.

"Kau dah mandi ke?" Soalnya. Aku hanya mengangguk.

"Kenapa kau terima pinangan mama?" Soalnya ketika dia baru keluar dari bilik air. Maklumlah, bilik aku aje yang ada bilik air dalam bilik selain bilik abah dan ibu. Princess lah katakan.

Dia yang hanya bertuala dengan titisan air itu aku pandang kejap. Tiada perasaan.

Bukan macam dalam novel, asal suami keluar aje dari bilik air dengan bertuala mesti nak blushing lebih. Neyy, aku tak macam tu kut. Pasalnya aku dah biasa sangat tengok Along, Angah dengan Acu bertuala aje. Sampai naik muak aku tengok 3 manusia tu bertuala, macam tak reti nak pakai baju.

Halamak, Wafa. Relaks ah. Nama pun baru habis mandi logiklah bertuala aje. Ke kau harap dia orang tu pakai baju dari bilik air. Dia orang bukan anak daralah. Oops! Aku lupa, aku sorang je anak dara Pak Cik Abdul Aziz.

"Pasal aku dah sesuai nak kahwin kut." Jawabku acuh tak acuh.

"Tapi kau kan baru 20. And I'm 26 years old." Dia sudah mengenakan T-shirt.

"Nenek moyang kita dulu kahwin masa 13 tahun 14 tahun, okay aje." Balasku. Dia ketawa kecil. Apa yang lucu?

"Saya suka cara awak fikir, luar dari kotak. Not like the typical teenage girl." Eh? Aku ni duduk dalam kotak ke apa?

Dia sudah mengambil tempat di sebelah ku di kepala katil. Kami sama-sama bersandar di katil sambil merenung siling.

"Then kenapa kau tak bantah? Manalah tau kut-kut kau ada calon sendiri ke?" Soalnya lagi tapi mata masih di siling.

"Buat apa nak bantah, one day aku kena kahwin juga kan? Lagipun kalau aku ada calon sendiri, tak adanya aku kahwin dengan kau. Kau sendiri, tak ada calon ke?" Aku soal dia balik.

"Calon aku tu kaulah." Jawabnya sambil diiringi gelak kecil.

Aku malas nak sambil port kenapa dia ketawa. Aku cuma nak.

"Aku nak tidur. Good night." Tidur. Satu je aku nak, tidur.

"Good night sayang. Sleep well and sweet dream." Ucapnya. Aku dengar dia panggil aku sayang tapi aku abaikan.

Hidup aku bukan novel, kalau kahwin paksa aje terus nak tergagap-gagap, lepas tu panggilan pun honey bee sugar water coffee lah. Tak perlu kut.

Mungkin sebab aku ni tak ada sense of humour kut.

Aku dengar orang sebelah menyanyi kecil. Tak sampai 5 minit, dunia aku gelap.

"You're like a rose in the bunch of sunflowers. Tiny but attractive." Dikucupnya dahi gadis yang sudah nyenyak di alam mimpi itu. Gadis itu punya saya tarikannya tersendiri.

Dia curi-curi mendaratkan bibirnya di bibir mungil gadis itu. Ala, tak dosa pun. Mereka dah punya ikatan yang sah.

"I'm your first kiss, sayang." Lelaki itu menguntum senyum sebelum turut berlabuh tidur. Heh! Kejilah kau ni Akif.

***

"WEY, pengantin baru." Along dan Angah dah start enjine nak mengusik. Ni aku rasa nak debik ni.

"Macam mana first night Chik?" Along sudah menyoal dengan sengihan nakal. Ish! Otak kuning betullah lelaki ni.

"Macam tulah. Tidur nyenyak tanpa gangguan nyamuk." Jawabku sambil rakus mengunyah roti. Lapar kut. Dahlah semalam tak dapat nak makan banyak, baru nak makan katering dah angkat makanan. Ingat pengantin tak payah nak makan ke?

"Eh, chik. Mana suami hang? Awat tak ajak dia turun makan sekali?" Soal ibu yang baru muncul. Eh, iyalah. Aku lupa aku ada suami kat bilik. Sorry, Akif.

"Tak tau." Jawabku. Aku lapar, aku nak makan. Heh! Bunyi macam jual ikan pun ada. Jual ikan. Selfish.

"Hei, budak ni. Kamu tu dah kahwin, buat cara kahwin." Ibu sudah mengomel. Aku hanya tersengih.

"Pagi." Sapa Akif dari tangga atas dengan senyuman manisnya. Yang lain menjawab sapaan Akif itu.

"Hah Kif, ibu nak tanya ni. Bila korang nak balik KL?" Soal ibu tiba-tiba.

"Dalam 2-3 hari lagilah kut bu. Rasa macam tak nak keluar dari kampung pulak. Best aje, tenang, damai." Yang tu aku setuju. Kampung aku ni memang best giler-giler. Tapi jawapan dia tu aku tak taulah jujur ke dak.

Dan soalan ibu pun berhenti, diganti dengan usikan-usikan miang dari lelaki berbulu. Siapa lagi kalau bukan Along dengan Angah. Akif pun naik sekaki join gelakkan aku. Tagune betul.

***

"AKU nak keluar. Kau nak ikut tak?" Aku sudah siap bertudung. Peralatan pun semua dah lengkap. Tinggal nak gerak aje lagi.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya. Matanya melekat di iPad. Aku pun tak tau apa dia tengok. Suka hatilah.

"Nak pi bendang." Aku sudah terbayang sawah padi yang menghijau itu. Huwaaaaa, tunggu daku sayang. Hehh! Overlah kau Wafa.

"Nak ikut." Terus dia melompat dari katil. Macam lipas kudung aje bersiap, lipas pun tak mengaku macam dia.

***

"WAHHHHHHHHH." Mulutnya sudah melopong. Aku tau dia nak cakap cantik. Sawah padi tu memang sangat cantik.

Aku sudah duduk bersila. Keluarkan barang apa yang perlu dan patut.

"Kau selalu ke lepak sini?" Soalnya yang juga ikut bersila.

"Selalu jugalah." Jawabku. Tangan pantas mengambil pensil dan mengasahnya.

Dan tangan mula bekerja. Mata silih berganti diangkat dari pemandangan di depan dan diturunkan ke permukaan putih itu.

"Wah, pandainya kau lukis." Emmm. Dia puji aku ke tu?

"Kau memang minat lukis eh?" Soalnya. Aku mengangguk.

"Kenapa kau minat melukis?" Soalnya lagi.

"Sebab aku boleh hasilkan sesuatu benda yang mustahil untuk terjadi." Jeda.

"Aku suka berangan. Kalau aku melukis, walaupun benda yang aku angankan tu tak mungkin jadi.  At least, kalau aku lukis aku rasa benda tu seolah-olah betul-betul jadi." Jelasku.

Sama juga macam menulis. Melukis dengan menulis ni hampir sama aje. Dua-dua perlukan imaginasi yang tinggi. Tapi aku tak boleh nak jadi penulislah, sebab aku tak hebat berkata-kata. Kalau aku buat novel, confirm syarikat tu rejek punya. Nanti aku buat ayat merapu-rapu, orang pun pening nak baca.

Dia yang mendengar hanya mengangguk.

'She's different.' Gumam hati Akif.

"Lukis aku boleh?" Pinta orang sebelah.

Huh? Lukis dia?

Tapi aku tak pernah lukis orang.

"Tapi aku tak pernah lukis orang." Ujarku.

"Biarlah aku jadi orang pertama yang kau lukis. Sweet kan? Kau lukis gambar husband kau." Erk? Sweet ke?

"Okay, aku cuba. Tapi kalau buruk, kau jangan gelak eh." Putusku. Dia sudah meloncat gembira. Heh! Peliklah lelaki ni.

Dia kemudian sudah membuat pose ala-ala model. Lawaklah. Aku bantai gelakkan dia.

"Janganlah over sangat pose tu." Tawaku masih bersisa. Sumpah lawak. Sampai berair mata aku dibuatnya.

"You look cute when you're laughing." Kata-katanya buatkan aku berhenti gelak. Seram wey. Aku cuba fokuskan diri kembali. Dan tangan sekali lagi bekerja.

Tanpa sedar, ketika si gadis itu leka melukis. Dia ralit memandang wajah gadis itu.

'She's pretty when she is in her focus mood.' Sekali lagi Akif memuji dalam hati.

"Okay, siap." Dia halakan sketch booknya di hadapan lelaki itu.

"Not bad huh?" Dia mengangguk-angguk.

"Bak sini buku tu. Pen sekali." Arahnya.

Huh? Buat seketika, aku blur.

"Buku dengan pen." Ulangnya lagi sekali.

Aku serahkan apa yang dia minta. Dia mencoret sesuatu. Dan kembalikan sketch book aku semula.

'I love you to the moon and back, Wafa Thahirah.'
'Your lovely husband, Akif Zayyad.'

Dua coretan itu buat aku terkedu. Ergh?

"Jomlah balik." Dia menghulurkan tangannya. Sekali lagi aku terkedu.

"Hold my hand sayang." Kali kedua dia panggil aku sayang. Aku masih teragak-agak.

"I'm your husband now. Tak perlulah nak takut." A'ah kan. Dia suami aku, buat apa aku nak takut. Eceh, poyo punya Wafa.

Aku dan dia balik bergandingan tangan. Serupa macam budak tadika pun ada. Tapi apa aku kisah? Kami halal apa.

Tak macam pasangan kat luar tu, belum kahwin tapi bersentuhan macam dah kahwin 10 tahun. Husnudzon Wafa. Mungkin dorang tu tak tahu apa maksud 'muhrim'. Ataupun mungkin dorang tak tahu 'neraka' tu apa, tu pasal bersentuhan sampai tak ikut hukum agama.

Walaupun perkahwinan ni bukanlah atas dasar perasaan, tapi kami tak adalah isu nak gaduh. Lagipun, dia baik dengan aku so tak ada sebab aku nak buat jahat dengan dia.

Aku baik dengan orang baik dan jahat pada yang jahat aje.

***

IBU dan abah aku pandang silih ganti. Berat rasanya. Aku tak nak!

Untuk kesekian kalinya, aku peluk ibu. Dan abah.

Air mata sudah meleleh.

"Kif, jaga anak abah baik-baik eh kat sana." Abah menepuk-nepuk bahu Akif. Dia hanya mengangguk.

"Chik, kena ingat tau. Dengar cakap suami. Jangan ingkar cakap suami. Syurga Achik sekarang kat Akif." Ibu mengusap-usap kepala aku. Aku rasa aku macam masih anak kecil dan tak nak tinggalkan keluarga.

Tapi tempat aku sebelah Akif sekarang. Susah senang, aku kena berada di sisinya.

Along dan Angah pun aku pandang. Aku peluk mereka erat. Lepas ni dah tak ada dah kawan gaduh aku.

Air mata aku kesat dengan hujung baju.

"Chik, kalau rasa rindu nak gusti dengan kitaorang. Chik bergusti dengan Akif je lah." Hek eleh, pesanan Along ni luar alam betullah.

"Tapi gusti kat katil ajelah." Sambung Angah. Cis! Otak kuning. Tagune punya abang. Dan kedua-dua abang aku dah gelak mengalahkan beruk Pak Meon kat hujung kampung tu.

Aku dan Akif mula meninggalkan halaman kampung.

Jemariku digenggam erat.

"Nanti ada masa kita balik jumpa abah dengan ibu eh." Ucapnya. Aku hanya mengangguk.

"That's my girl." Genggaman dilepaskan. Kepala dan pipiku diusapnya sebelum dia fokus pada pemanduan.

Bye, kampung. Nanti kita jumpa lagi eh.

***

"NI lah rumah kita." Ucapnya ketika sampai di halaman rumah.

Satu kata. Cantik.

Dengan profesionnya sebagai pensyarah, tak mustahillah dia dapat beli rumah secantik ni.

"Nak bilik asing ke sama?" Lawaklah soalan dia ni. Adakah patut tanya soalan tu. Tapi mungkin logik juga, mungkin dia nak jaga privasi aku.

Masuk akallah juga sebab kami mana pernah.

"Dari kau aje." Putusku. Tak naklah aku demand lebih, nanti dikatakannya aku ni isteri tak bertanggungjawab biarpun tanggungjawab isteri yang itu tu belum dilaksanakan. Ah, malaslah nak cakap. Biar masa aje tentukan.

Lagipun aku ingat pesan ibu, katanya jangan sampai suami isteri tidur bilik berasingan. Macam tau-tau aje niat aku yang satu tu.

"Kalau macam tu, sayang dengan abang ajelah." Dia sudah memeluk pinggangku. Ergh? Ooookay.

"Kau kenapa?" Soalku sambil menolak dadanya tapi tak berdaya. Manalah aku yang kecik cekeding ni mampu lawan tenaga dia.

"Takde, saja nak manja dengan sayang." Jawabnya sambil mengenyit mata.

"Peliklah kau." Yeap, dia memang pelik sekarang. Tak pernah-pernah buat perangai pelik macam ni.

"Sayang, abang nak sayang biasakan suasana kita ni aje. Tak naklah sayang asyik panggil abang kau-aku aje." Jelasnya sambil memegang kedua bahuku agar berdepan dengannya.

"Jadi aku kena panggil kau abanglah?' Soalku polos. Dia ketawa kecil. Aik? Aku punya serius tanya, dia boleh gelakkan aku pula.

"Dari sayang aje, kalau sayang dah sedia panggil abang, abang. I will be the happiest person ever." Dan aku sangat suka dengan sikapnya yang ini. Sangat memahami dan tak pernah paksa aku.

"So shall we start now?" Soalnya.

"Aye aye captain." Aku tiru suara macam dalam cartoon span kuning berseluar empat segi itu.

Tak dinafikan, bersama dia ni. Aku dapat kikiskan sikit demi sikit sikap aku yang serius memanjang itu. Taklah serius, tapi macam yang aku pernah cakap. I have no sense of humor.

***

"SAYANG.." Panggilnya ketika dia balik dari kerja.

"Ye captain." Aku dah tak panggil dia 'kau' dah. Tapi aku masih malu nak panggil dia abang, jadi aku panggillah dia captain.

Aku melabuhkan duduk disebelahnya. Dia lenggokkan kepala di bahuku. Dan tanganku digenggam. Aku suka kalau dia genggam tangan aku. Aku rasa selamat.

"Apa dia captain?" Soalku sambil meramas jemarinya.

"Sayang... Abang rasa macam nak makan asam pedaslah." Renggeknya. Aloo, kesiannya suami aku.

"Nak sayang masakkan." Dia renung aku. Aku dah rasa semacam. Rasa macam ada rama-rama berkepuk dalam perut.

"Errrr.. Ta.. Tapi bahan-bahan tak ada captain." Jawabku tergagap-gagap. Aku tak tau pula aku ada penyakit gagap.

"Jomlah beli." Dia pantas berdiri.

"Eh, captain tak penat ke?" Soal ku.

"Abang tak akan penat kalau melibatkan sayang." Dia pandang aku dengan mata bersinar. Mustahil aku nak tolak.

***

KERETA Audi miliknya meluncur di jalan raya menuju pasar raya terdekat.

Aku kini sibuk berada di bahagian barang basah dan tugasnya hanya menolak troli.

"Zayyad!!" Panggil seseorang. Aku masih leka.

"Hey it is you Zay." Aku menoleh. Oh, panggil suami aku rupanya. Eh yelah, nama suami aku kan Akif Zayyad. Hek eleh, buat-buat lupa pulak kau eh Wafa.

"Sayang.." Aku segera mendapatkan Akif dan gadis yang memanggil suami aku tadi.

"Let me introduce you, this my wife. Wafa." Ucapnya pada gadis itu.

"Kayla." Dia menghulurkan tangan dan aku sambut dengan mesra.

"She's cute, Zay." Aku dikatanya cute? Haha! Dia orang ni rabun agaknya.

"I know she is." Dia kerling aku disebelah. Ni medan nak puji aku ke apa ni?

"How old is she? She looks young."

"20."

"Wow." Kenapa kalau umur aku baru 20? Salah ke?

"Well, Zay. I've got to go. Nice meeting with you and your little cute wife." Ucapnya sebelum berlalu meninggalkan kami. Hairanlah, dia ni. Sepatah pun tak cakap melayu.

***

"CAPTAIN, tadi tu siapa?" Soalku ketika kami berada di kereta.

"Kayla." Jawabnya. Hish! Kalau aku hempuk kang jadi isteri derhaka pula.

"Nama dia Wafa taulah. Dia ada sebut tadi." Dan aku pun tak lagi membahasakan diri aku 'aku', lagi elok Wafa. Kan lebih sopan tu.

Dia ketawa kecil.

"Maksud Wafa, dia tu siapa pada captain?" Macam mesra aje semacam. Yang tu aku sambung dalam hati.

Dia ketawa lagi. Dia ingat aku masuk raja lawak ke apa? Asyik-asyik nak ketawa.

"Kenapa sayang nak tahu?" Soalnya. Macam tak nak bagi aku tau aje.

"Tak nak bagitau dahlah." Aku putus asa. Dia ketawa lagi. Stresslah dengar dia ketawa aje dari tadi.

"Sayang cemburu eh?" Tebaknya.

"Mana da. Orang curious ajelah." Jawabku. Curiosity kills the damn cat huh?

"And you look cute when you're jealous." Usiknya. Aku sudah memuncung. Dia ni kalau tak nak bagitau cakap ajelah, tak payah nak putar belit.

"Abang bukan tak nak bagitau, abang saja nak usik sayang." Erk? Macam mana dia tau? Dia ni ada sixth sense ke apa?

"Kayla tu kawan abang dulu masa kat university. Kiranya abang dengan dia rapat jugalah." Dia mula bercerita.

"Abang ni dah macam bodyguard dialah dulu. Mana ada Kayla, situ ada abang. Sebabnya Kayla ni hot stuff, dulu kat U. Semua nak tackle dia." Semangat dia bercerita.

Dah tu kenapa tak tackle dia aje? Hati sudah panas membara.

"Tapi abang tak tackle dia. Sebab abang tak suka dia pun. Abang anggap dia kawan aje." Okay, sekali lagi aku tergamam sebab dia macam tau aje apa dalam hati aku.

Eleh, yelah tu kawan. Kawan ke rapat macam tu? Kalau dah namanya cantik, mestilah semua pun nak. Lelaki kan pantang nampak cantik.

"Sayang, daripada sayang kutuk abang dengan dia. Baik sayang baca zikir." Erk? Kena lagi. Macam mana?

Aku pandang dia yang memandu. Macam mana?

"You're face tell me everything sayang." Dia ketawa lagi. Ish! Baik kau buat selamba ajelah Wafa, kang free-free aje kantoi dengan dia.

***

"SAYANG..." Panggilnya.

"Kenapa?" Soalku. Mata masih melekat depan TV melayan Oscar Oasis.

Bengonglah cicak ni. Asyik nak curi telur ayam aje kerjanya. Dahlah asyik kena buli dengan tiga gangster gurun tu.

"Feelingnya sayang tengok katun tu." Alahai, dia dah merajuklah. Nasiblah kau ni suami aku, kalau tak rela lagi aku layan Oscar Oasis tu.

"Ada apa captain?" Aku lembutkan suaraku. Dan aku lentokkan kepala di dadanya. Wah, Wafa dah masuk fasa berani dah. Hehe!

"Sayang..." Panggilnya lagi sambil mengusap rambutku.

"Captain..." Aku membalas.

"Sayang suka tak kalau kita bercuti kat Pulau Sipadan?" Badan yang terlentok elok di dadanya terus menegak.

"Suka." Aku menjawab dengan penuh semangat. Amboi, kalau bercuti no 1 kau eh Wafa.

"Amboi, sukanya dia. Next week kita pergi." Aku sudah bertepuk-tepuk tangan. Weehuuu! Cuti tu, siapa tak suka. Lagi-lagi aku dengar, pulau tu memang cantik. Heh! Mangsa lukisan baru aku.

Selama aku kat sini, paling-paling pun aku lukis bangunan aje. Sedih tak?

***

MULUTKU sudah melopong.

Subhanallah. Cantiknya pemandangan laut itu.

"Ini ucapan terima kasih abang pada sayang sebab terima abang dalam hidup sayang." Dia menyangkutkan dagunya di bahuku. Aku geli tapi aku tahan aje. Takkan pula aku nak buka langkah kuda-kuda aku kat sini.

"Sudi tak sayang jadi peneman hidup abang buat selamanya? Dan jadi ibu kepada cahaya mata kita?" Ibu? Erk?

"Captain, Wafa rasa Wafa... Wafa dah sedia." Putusku. Cukuplah penantiannya selama 6 bulan. Dia ada hak.

"Sayang..." Panggilnya lagi.

"Hmmmm." Sahutku.

"Abang sukalah kalau sayang panggil abang captain aje.  Don't change it anymore. Kalau sayang panggil abang captain, abang rasa special." Ujarnya.

"Kenapa pula?" Soalku pula.

"Sebab kalau abang, semua pun sayang boleh panggil abang. Bangla angkat gas pun sayang panggil abang. Penjual ikan pun sayang panggil abang. Tapi kalau captain, mesti abang aje yang sayang maksudkan." Lawaknya penerangan dia ni. Dengan segala bangla pun diangkutnya.

Aku hanya mengangguk.

Dia memusingkan badanku menghadapnya.

"Do you love me?" Soalnya. Alamak. Skru kaki macam longgarlah pula.

Wajah aku tundukkan. Malu.

"Kenapa tengok bawah? Abang kat sini, bukan kat bawah." Pelan-pelan aku angkat kepala.

"Do you love me?" Soalnya lagi.

"Amo-te. Para todo o sempre." Harap-harap dia tak faham.

"Eu também. Always and forever." Gulp! Dia faham.

"Macam mana?" Aku sudah buat muka terkejut beruk. Mati-mati aku ingat dia tak tahu.

"Abang pernah menetap sana beberapa bulan." Jawabnya. Ish! Menyesal aku. Malu.

"Sayang pula, macam mana sayang tau cakap Portuguese?"

Aku sengih.

"Macam orang juga, kalau minat Kpop belajar bahasa Korea. Tapi Wafa tak. Wafa minat Cristiano Ronaldo, tu pasal Wafa belajar bahasa Portuguese."

"Semangatnya sayang belajar bahasa dia. Bukan sayang dapat jumpa dia pun."

"Memanglah. Tapi dia handsome, lagip..."

Belum sempat aku menghabiskan ayatku. Bibirnya sudah terlebih dahulu mendarat di bibirku. Erk?

"You're blushing. Abang handsome tak?" Huh! Nafas aku dah turun naik. Tak teratur.

Aku mengangguk.

"Abang mungkin tak pandai melukis tapi abang nak lakarkan kisah kita menjadi cinta paling manis. Love until Jannah?"

Dan aku mengangguk lagi. Cinta sampai syurga.

***

"CAPTAIN..." Rengekku. Sejak disahkan hamil, aku dah makin manja. Perangai serius yang dulu pun dah tak ada.

Bila Wafa ada dengan Captain, Wafa akan jadi macam kucing Parsi. Eh, teori apa ni Wafa?

"Apa sayang?" Lembut suaranya. Ini yang buat aku sayang dengan captain aku ni.

"Nak remote." Aku buat suara-suara manja. Eh, bukan buat-buat tapi ini betul-betul.

Akif merenung isterinya pelik. Nak kata bini dia mengidam, itu bukan makanan.

Setelah aku mendapat remote itu, aku pandang wajahnya dengan mata berkaca-kaca.

"Tukarlah, kalau sayang nak." Yes. Persetujuan dah dapat. Jari segera memicit nombor yang diingini.

Yeay. Oscar Oasis.

Aku terus memeluk erat tubuhnya.

"Sayaaaaaaaaaaaang Captain." Mata sudah melekat di TV.

"Kata sayang tapi tak tengok abang pun. Apa specialnya cicak tu dari abang?" Dia dah buat-buat merajuk.

"Oscar special tapi Captain lagi special."

Cuppp!

Satu ciuman singgah di pipinya.

Ada-ada ajelah isteri dia ni. Selalunya isteri orang bila mengandung akan mengidam makanan, tapi isteri dia ni mengidam tengok katunlah pula. Katun cicak. Dah tu, tak nak tengok sorang-sorang, mesti nak ajak dia. Tak lama Akif mesti masuk dalam Fan Club Oscar Oasis punya. Haha!

Ruang tamu itu gamat dengan gelak ketawa dari pasangan suami isteri itu.

Siapa kata, perkahwinan tanpa cinta itu tak membuahkan hasil. Kisah kita, kita yang lakarkan dan manusia lain hanyalah watak sampingan untuk mengindahkan lagi lakaran tersebut. Destiny is written before our birth, but is it our choice to be loved or not.

-----------------------------------------------------

Oscar Oasis memang cute. Tak pernah walau sekali episode dia tak lucu.

Rasa macam sewel lak senyum sensorang masa menaip. Jangan2 Jad dah gila. Hahaha

Kalau Wafa dah jumpa captain dia, siapa captain Jad. Huwaghhhhhhhhhhh haha


Tiada ulasan: