Sabtu, Disember 05, 2015

You're My Doctor, Forevermore! (Part 1)



BIDANG psikiatri memang bukan bidang aku sebab aku tak suka kaji emosi orang. Emosi aku sendiri pun aku tak pernah nak kaji, inikan pula emosi orang lain.

Tapi yang menghairankan, macam manalah boleh ada pesakit mental sesat kat sini? Dan aku adalah orang yang malang bila harus pikul tanggungjawab untuk pantau keadaan pesakit mental tu.

Jam tangan jenama Casio itu aku tilik. Okay, rutin harian. Sekejap lagi aku kena check pesakit di bilik VIP A5 itu. Bilik paling berpuaka yang aku rasa ada kat sini. Dan cuma aku yang rasa betapa berpuakanya bilik itu.

Pintu bilik aku tolak perlahan. Oh, penghuninya tengah baca buku. Boleh tahan juga si gila ni. Dia memang stok kaki buku jugalah.

"Eh, hai doktor." Bukunya tadi sudah diletakkan di sisi katil setelah menyedari kehadiranku.

"Assalamualaikum. Jangan terikut budaya barat sangat. Bagi salam, bukannya hai hello holla." Sindir secara halus sebenarnya.

Dia hanya tersenyum lalu membalas salam tadi.

"Ni makan ubat awak." Aku hulurkan ubat padanya. Serius. Renungan tepat mengena anak matanya. Tajam persis burung helang.

"Saya handsome sangat ke doktor sampai doktor tengok saya macam nak makan? Jangan doktor, saya masih teruna." Jawabnya selamba. Eleh, setakat muka kau tak adalah handsomenya. Banyak kut kat luar.

"Eh, jangan nak perasan boleh tak? Saya suruh makan ubat, bukan suruh awak melalut." Aku tahan geram dalam hati.

"Tak nak." Jawabnya tanpa nada.

"Eihh, tolonglah Encik Ilham. Saya penat tau tak nak layan mengada-ada awak ni. Awak perlu makan ubat tu aje. Bukannya suruh awak terjun bangunan pun." Dia ni kan memang saja nak sakitkan hati aku. Dahlah demand lebih, 'Saya tak nak doktor lain, tak nak nurse lain. Saya nak doktor Dayang aje bagi saya ubat!', demand yang sangatlah demand. Urghhhh!

"Tolonglah Encik Ilham makan ubat tu." Separuh merayu aku pada dia. Separuh lagi rasa macam nak nangis bila terpaksa handle pesakit macam ni.

"T.A.K N.A.K! TAK NAK!" Boleh-boleh lagi dia eja satu-satu perkataan tu.

"Makanlah." Suaraku makin mengeras.

"Tak nak." Sengaja dia panjangkan harkat. Hati dah makin panas.

"Hish! Susahlah layan orang gila macam kau ni. Kau kata tak suka hospital, tapi orang bagi ubat tak nak makan." Aku sudah membebel. Bahasa pun sudah bertukar kasar.

'Memang. Memang aku tak suka hospital. Tapi sekarang aku suka.' Dan ayat itu hanya dapat didengari oleh hati Ilham sendiri.

"Saya boleh makan ubat tapi doktor kena suap." Hailah, dia ni. Kalau ada 10 pesakit macam ni, memang letak jawatanlah jawapannya.

"Encik Ilham tak cacatkan? Makanlah sendiri." Hati cuba disabarkan.

"Tak nak, nak doktor suap juga." Kalau dia ni bukan pesakit aku, dah lama dah aku WWE-kan dia. Dia ni saja nak buli aku.

Aku mengeluh lemah.

"Awak masukkan ubat tu kat mulut. Saya tolong awak pegang gelas aje." Putusku.

Laju dia memasukkan ubat itu dan menunggu aku. Dengan separuh rela, aku ambil gelas yang berisi air kosong itu lalu aku suakan ke mulutnya.
Dia tersenyum.

"Terima kasih doktor. Saaaayang doktor." Dia tersenyum manis tapi aku tak nampak sisi mana manisnya tu. Tak ada maknalah manisnya tu, menyakitkan hati adalah.

"Urghhhhhh! Gila!" Aku mendengus kasar.

"Saya tau awak gilakan saya." Alahai, jawapannya macam nak minta kena hempuk aje. Sabar hati sabar. Sod ba ro Dayang.

Kenapalah ada species pesakit macam dia ni? Tak lama memang aku yang gilalah kalau macam ni!

***

AKU mengeluh perlahan sambil menyandarkan badan di kerusi yang disediakan di ruang pejalan kaki berdekatan kaunter pertanyaan itu.

"Haih doktor, keluh berat nampak." Tegur doktor senior itu.

Aku tersenyum melihatnya.

"Runsing pasal pesakit aje." Jawabku kemudian menegakkan badan semula.

"Kenapa dengan pesakit awak?" Soalnya terus mengambil duduk disebelahku.

"Pesakit saya terlalu mengada-ada sampai buatkan saya pening. Baru aje nak freedom sebab lepas azab housemanship, alih-alih dapat pesakit gila." Aku tertawa kecil. Beraninya kau Dayang panggil pesakit kau gila depan doktor ni.

Dia turut tertawa. Terserlah lesung pipitnya di pipi kanannya.

Alahai, kalaulah Dr Fahmi ni bukan tunangan orang dah lama aku masuk jarum. Aishhh! Ada hati ke Dayang?

"Kerja sebagai doktor ni tanggungjawab dia berat. Orang luar nampak aje doktor ni hebat tapi cuma kita yang faham. Bukan senang nak jadi doktor. Hati kena kuat, kalau lembik memang payahlah. Mana nak layan patient lagi. Kalau perangai elok, senang juga hati. Kalau yang perangai hodoh, di situlah cabaran. Kalaulah orang boleh nampak dari mata kasar, mesti orang akan nampak bahu doktor ni kebanyakan senget sebelah, even benda remeh pun semua letak atas bahu doktor. Jangan cepat melatah bila dapat patient yang pelik-pelik. Assobru minal iman, Dayang." Panjang lebar dia berbicara. Bila part dia sebut nama aku, hidung yang kecik terus mengembang 10cm.

"Jangan ikutkan sangat emosi tu. Tak baik. Saya gerak dululah, kang nampak dek pengarah hospital. Habis kita." Dia tertawa kecil. Alahai, comelnya awak Dr Fahmi kalau gelak macam tu.

Tak diakui Dr Fahmi, salah satu MO senior yang aku jumpa yang tersangatlah baik. Kalau MO yang lain, haram. Asyik nak marah orang aje kerjanya.

Aku pun turut berdiri mengikut jejak langkah kakinya.

***

"DR DAYANG, patient bilik A5 mengamuk, meraung-raung." Cemas Kak Aisyah selaku staffnurse di aras itu.

"Kenapa?" Mataku turut ikut membulat.

"Tak tahu. Dia mengamuk macam tu aje. Tak ada siapa dapat tenangkan dia. Dia nak doktor yang handle dia." Nafas Kak Aisyah sudah tidak teratur.

Apalah lagi kes dia kali ni? Hailah. Kaki laju menuju ke destinasi. Pintu bilik tu aku tolak kasar.

Baru saja masuk, bantal tepat mengenai mukaku. Kuat pula balingan tu. Nasib baik tak ada gegaran otak. Ni yang buat aku naik angin ni.

"HEYYY!! What's wrong with you Ilham Azzamudin!? Kau gila ke hah!!?" Suaraku memenuhi ruangan bilik VIP itu. Asap berkepul-kepul mula keluar dari telinga. Serpihan kaca pecah aku lihat berserakan dilantai.

Nurse-nurse lain yang turut ada di sana ikut kecut perut mendengar aku menjerit. Harimau tidur jangan dikejutkan.

"KELUAR SEKARANG!!" Suara nyaring si penghuni bilik turut membingitkan telinga.

"Yang lain keluar dulu, let me handle this." Ucapku keras tanpa memandang mereka.

"Tap... Tapi... Doktor." Tersekat bicara Janice, nurse muda disebelahku itu.

"Tak apa. Just let me be alone with him." Aku mengendurkan suaraku. Tak boleh emosi Dayang. You have to cool down your emotion first.

Yang lain dengan berat hati ikutkan juga permintaan doktor itu. Berharap ajelah tiada apa-apa yang buruk berlaku.

"Apahal kau ni mengamuk tiba-tiba?" Soalku keras.

"Saja mengamuk. Nak panggil awak datang sini. Kalau saya panggil elok-elok, awak tak datang. So, saya fikir kalau saya jadi Tarzan. Mungkin awak datang. Kalau saya Tarzan, awaklah jadi Jane." Selamba dia menjawab sambil tersenyum ke arahku.

What the fish!!? Ini alasannya?? Darah yang tadinya normal terus mencanak naik.

"Saya ada banyak kerja lagilah kat luar, bukan nak urus awak seorang aje. Awak ingat saya tak ada kerja lain ke?" Hati memang sudah tidak dapat dikawal.

"Tu kerja untuk awak." Dia menunjuk ke arah lantai. Lantai yang penuh serpihan kaca itu. What? Dia nak aku sapu lantai ni? What the?

"Awak ingat saya orang gaji awak ke?" Geram! Urat-urat di dahi sudah berkeluaran.

"Awak tak sesuailah jadi orang gaji. Jadi isteri saya. Yang tu sesuai." Jawabnya sambil tersengih.

"HEYYY! Kau tau tak kau ni menyusahkan! Kau boleh keluar dari hospital nilah kalau hidup setakat nak menyusahkan orang! Kecik-kecik tak nak mampus, besar-besr menyusahkan! You're such an idiot dumb jerk freaky insane bloody patient!" Amarah yang ditahan-tahan terkeluar semuanya.

"Doktor..." Dia menunjuk sesuatu dibelakangku. Aku menoleh.

Oh my Allah. Rahang terjatuh. Muka bertukar jadi biru. Hijau. Dan ungu.

***

"APA yang awak dah buat?" Soal Dr Arash.

"Apa saya dah buat?" Aku ulang lagi.

"Awak cuba halau patient? Dan tengking patient? Awak tahu tak dalam bilik A5 tu siapa?" Keras suara Dr Arash. Bibir bawah aku gigit tanda geram.

"Yes. I know who is he. And I'm alert with that too. Tapi doktor, dia buat kacaulah." Aku bela diri. Kurang asam jawa punya pesakit.

"Kekacauan apa? Did he touch you? Or did he touch other staff?" Dari tadi Dr Arash cuma menyoal.

"No. No. Bukanlah kacau yang macam tu. Tapi dia ganggu kerja kami." Aku masih membidas.

"Ganggu like what?" Cermin mata yang hampir jatuh itu dinaikkan semula ke batang hidungnya.

"Yalah. Mengamuk tak tentu pasal. Bila ditanya, dia kata dia saja-saja mengamuk. Dia tu gilalah doktor. He's such an attention seeker." Aku meluahkan rasa hati tanpa sedar.

"Language, Dr Dayang."

Aku ketapkan gigi. Menahan amarah dalam diam.

"Awakkan doktor, itu kerja awak. Apa guna belajar tinggi-tinggi, benda kecil macam tu pun awak tak boleh handle. Dia pesakit disini Dr Dayang. And you surely know what he can do. Dia antara orang berpengaruh di sini. And one more thing, please don't make a mess with him." Tegur Dr Arash. Arghhhh! Sakit jiwalah begini. Hailah, kalaulah Dr Arash tau masa si gila tu mengamuk aku tengah urus pesakit lain. Agaknya macam ni ke reaksi dia? Nasib baik Dr Devi tak banyak soal bila aku minta tolong dia ganti tempat aku tadi.

Mentang-mentanglah si gila tu berpengaruh kat sini semua nak tunduk bawah kaki dia. Hehhh! Manusia. Asalnya namanya yang berduit, yang berpengaruh semua nak junjung melangit.

"I won't Doctor." Mahu tak mahu, aku terpaksa juga.

"Good. They can take an act to you, so don't be too daring young woman." Aku hanya mengangguk.

Mendidih hati.

***

"LAWAKLAH awak ni doktor." Sampai berair mata aku mendengar lawak bodohnya itu.

"Kan cantik awak ketawa macam tu, tak adalah macam tikus tertelan tulang ayam, asyik monyok aje." Dr Fahmi leka menilik wajah doktor muda di sebelahnya itu. Cantik. Desis hati lelakinya. Wajahnya yang ada ciri-ciri Arab tapi dengan mata yang sepet persis mata gadis cina. Unik.

"Errrrr... Dokkk.. Torr.." Aku mengawang-gawangkan tanganku diwajahnya. Hailah, dia ni. Sempat lagi berangan.

"Doktor, patient bilik A5 panggil." Janice tiba-tiba datang mendekat.

Mood yang tadinya ceria terus hanyut dilambung ombak. Kejadian 2 hari lalu masih terbayang. Apa lagi masalah dia ni?

Kaki menapak macam rela tak rela aje.

"Nak apa?" Soalku tanpa nada. Mata aku halakan ke luar bangunan. Tak nak kornea mata aku rosak kalau terpandang dia.

"Teman aku makan." Ajaknya dengan senyuman manisnya.

"Tak nak." Aku tunjuk muka beku. Menyampah.

"Alaa, jomlah. Ini kira permohonan maaf saya. Okay, I'm sorry kalau saya buat awak terjebak dengan masalah. Saya nak gurau dengan awak aje hari tu. Tak sangka pula jadi serius." Aku mencebik mendengar kata-katanya.

"Alaaa. Pleaseeee. Pleaseeee." Dia merapatkan kedua telapak tangan sambil membuat mata gaya ala-ala The Pussy Cat in Boot. Kau ingat kau comel?

'Please don't make a mess with him.' Suara itu bagai diulang tayang. Aduh. Terjepit.

"Ookay." Sahutku lemah. Dia sudah menepuk-nepuk tangannya. Betul-betul kanak-kanak ribenalah dia ni.

***

DENGAN bersyaratkan yang aku harus menemankan si gila makan selama seminggu, dan siapa sangka dalam tempoh tu aku dan dia sudah boleh bergurau senda. Walaupun kadang-kadang bertekak tu ada, tapi tak adalah sampai berperang.

Dia taklah gila sangat macam orang sakit mental tapi kadang dia memang macam pesakit mental bila perangai mengada-adanya keluar. Aku bo layan aje kadang-kadang.

Tapi aku selesa berkawan dengan dia. Kalau dulu, yalah mata hati dah ditutup dengan benci, mana nak nampak benda baik orang tu kan. Lagipun lumrah manusia, suka menilai sesuatu secara terburu-buru.

Bak kata Hlovate, don't judge a travel plan from it's dossier. To know, be there.

Ketika aku sedang leka menilik buku log di kaunter, bola mata terperasankan kelibat seorang gadis masuk ke dalam bilik A5.

Woah. Dengan dress singkat paras lutut yang sleevess berwarna biru lembut, rambut yang berkepok-kepok. Memang buat lelaki pandang 2 3 kali. Nasiblah aku ni straight. Kalau tak dah lama aku terkam. Astagfirullah al azim Dayang. Takkan kau nak jadi umat Nabi Luth? Nauzubillah min zalik.

Okay, it's time for check up. Kaki laju melangkah ke bilik A5.

Aku dengar bunyi gelak tawa. Amboi, mesranya.

"Sorry ganggu. Saya nak check patient sekejap. Saya curi masa sekejap eh." Ucapku lembut. Wajah dimaniskan.

"Eh, don't worry. Curi banyak pun tak apa. Saya pun dah nak balik." Jawab gadis itu. Manisnya senyuman. Kalau aku lelaki, dah lama aku cair.

"Bye darling. See you soon." Walaw! Free-free aku dapat tengok wayang live. Mesranya kiss pipi. Si gila ni pun tak fikir ke, dosalah weh bersentuhan dengan bukan  muhrim. Naik cuak aku tengok.

"Bye sayang." Si gila ni pun melambai mesra siap bagi flying kiss lagi. Cis! Terbakar pula hati den nengok.

"Awak nak check saya ke? Nak jadi tunggul kat situ?" Tegurnya, menyentakkan lamunanku.

Aku pantas menjalankan tugas. Kalau boleh nak keluar cepat. Panas! Terbakar.

***

"Huhhh! Dasar playboy! Tergedik-gedik nak layan perempuan. Nampak perempuan seksi aje terus nak bermesra. Piiirahhh! Kau hengat kau tu handsome sangat ke? Monyet lagi handsomelah." Aku membebel sendiri. Serupa macam orang gila pun, ya.

"Haih, doktor. Marah sakan nampak." Tegur Dr Fahmi. Timbul lesung pipitnya. Tapi lesung pipitnya pun tak dapat redakan kebakaran dalam hati.

"Doc, kalau anak-anak korporat ni macam anak-anak Tan Sri ke Dato' ke, memang playboy eh? Dia orang ni tak boleh lari dari imej playboy ke? Asal playboy, kaya. Asal kaya, playboy." Laju bibir menuturkan ketidak-puasan hati. Dr Fahmi agak bingung.

"Oo..kay. Who are you referring to?" Soal Dr Fahmi. Si gila, Ilham tu lah. Tapi aku jawab dalam hati.

"Anak Dato' Iskandar ke? Jealousy?" Tepat. Memang dialah. Ilham Azzamudin bin Dato' Iskandar.

"Eh, bukan dialah. Sorry doc, I've got to go." Aku terus matikan topik. Ergh? Aku? Cemburu? Mustahil?

***

DAH 5 hari dah, asyik-asyik muka yang sama. Rajin pula eh gadis tu lawat si gila. Special girlfriend kut. Gumam hatiku.

Tapi adalah rasa tak puas hati sikit sebab bila ada gadis tu, Ilham dah jarang panggil aku. Dah jarang lepak dengan dia. Aihhh! Dayang, takkan rindu kut. Yalah rindu. Siapa tak rindu dengan kawan sendiri? Kau anggap dia kawan ke? Bukan lebih dari kawan? Suara dari hati dan minda saling berpadu buatkan aku makin bingung. Bingung dengan perasaan sendiri.

Bila dah macam tu, apalagi Dr Fahmilah yang aku cari. Hahaha. Terasa diri ni macam jahat pula. Mencari bila perlu.

"Asal monyok aje ni? Saya dah nak keluar pun dah. Cerialah sikit." Hairan Ilham melihat gadis depannya itu. Macam tak ada semangat aje.

"Tarappappalah." Aku cuba memaniskan muka. Hey Dayang, kau sedih sangat ke bila tau yang si gila ni dah nak keluar. Lagipun dia kan dah semakin pulih dari kemalangan yang dialaminya. Eloklah dia keluar, dah tak ada yang menyusahkan. Tapi hati aku berat.

"Then, what is the problem? Ke awak suka saya keluar?" Duganya.

"Ha'ah, saya suka. Suka sangat. Sebab dah tak ada pesakit gila macam awak." Dan pesakit gila tu dah curi hati saya. Aku hanya mampu sambung dalam hati.

Dia tersenyum melihat aku yang kaku.

"Nah, take this." Tangannya pantas menghulurkan kotak kecik dan 7 tangkai bunga. Bunga? Alaa, aku faillah nama-nama bunga ni. Dahlah bunga ni kecik! Tapi bunga ni? Erk?

"Bunga apa ni? Bukan ni bunga kampung ke? Opah saya pun ada tanamlah." Bidasku. Eih, tak romantiknya. Orang bagilah bunga rose ke bunga matahari ke. Apa jadahnya bagi bunga kampung ni?

"Don't judge the flower before you know the meaning young lady. Itu assignment untuk awak . Solve it by yourself. And find the answer by yourself." Tenang dia menjawab. Ish! Ingat aku ni student dia ke, bagi-bagi assignment bagai.

"And I'm waiting for your answer." Dia mengenyitkan matanya. Oksigen. Oksigen. Buat malu aje kau pengsan depan si gila ni.

Alahai, habis aku. Macam mana nak selesaikan ni? Aku bukan minah bunga. Aku buta pasal bunga.

Kotak dibuka. Oh, rantai leher. Buah rantai tu kaca tapi di dalamnya ada daun. Erk? Daun? Misterinya si gila ni. Bunga itu aku kerling sekejap.

"Dahlah kecik kementot, bunga kampung pula tu." Geram Dayang. Macam mana nak search Google kalau nama pun tak tahu.

Setelah bersusah-payah, akhirnya aku tau juga. Nasib aku ingat kawan masa kat kolej dulu, Aimi. Aimi si gadis bunga sebab dia obses gila dengan bunga.

Clover four leaf. 7 Rose moss atau Portulaca Grandiflora. Apakah berbelit namanya.

Oh My Allah. Maksud bunga ni? Aku telan air liur. Tawar. Tak sangka pula.

***

"SO, did you solved it?" Soal Ilham sambil menghirup minumannya. Haih, huntonglah dah keluar hospital.

"Are you proposing me?" Aku soal dia dengan muka tak boleh blah.

"Currently yes."

Sejujurnya aku gembira, tapi ada sesuatu yang mengganggu di minda.

"Girlfriend awak?" Akhirnya.

"Girlfriend?" Ulangnya.

"Yalah. Yang lawat awak hari-hari. Yang mesra habis sampai kiss pipi tu." Sengaja aku tekankan kiss pipi. Don't tell me that she is just your friend. Orang gila pun taulah kau ada something dengan dia kalau dah tahap darling-sayang siap kiss-kiss pipi lagi.

Dia ketawa. Erk?

"Awak jealous eh?" Tebaknya.

"Excuse me. Jealous? Not in a million years." Dalihku. Mata dijulingkan ke atas. Gila tak jealous. Okay aku mengaku, aku tak tahu sejak bila dia bertapak di hati aku. Tapi takkan pula aku nak mengaku aku jealous.

"Sayang, you shouldn't feel jealous with your own sister-in-law." Ketawanya masih bersisa.

Sayang? Adik ipar? Hehhh! Buat penat aje aku jealous. Tanpa sedar aku pun ikut tertawa.

"So will you?" Soalnya lagi. Alaaaa, hati janganlah cair.

"In sha Allah. Jumpa family saya. Semua keputusan bergantung pada Abi dan Umi. Saya hanya turutkan keputusan dari mereka." Aku lihat dia tersenyum manis mendengarkan jawapanku.

Siapa sangka, clover four leaf bermaksud 'Good Luck, Be mine', 7 kuntum bunga secara general ialah mencintai dan bunga kampung yang kecik kemontot tu maksudnya 'Confession of Love'. Okaylah aku mengaku, ciri-ciri romantik tu ada pada dia.

***

TAK tahulah macam mana si gila tu boleh pikat hati Abi yang garang dan Umi yang tegas. Boleh tahan juga eh si gila tu.

Si gila yang dulu suka buat aku sakit hati dah bertukar karakter kepada si gila yang membahagiakan aku.

Ilham memang drastik. Suka buat benda yang unpredictable. Tahu-tahu aje dia dah jumpa Abi dan Umi. Dan alhamdullilah, akhirnya tali pertunangan antara kami terikat juga.

'Aku nak bagi surpriselah. Mesti dia happy gilerrr.' Gumam hati Ilham. Dia sudah membayangkan reaksi tunangnya itu. Dia membelek lagi jambangan bunga rose di tangannya. Senyum terukir di bibir. Dia sengaja datang ke hospital tanpa pengetahuan Dayang.

"Nurse, cinta saya mana?" Soal Ilham di kaunter. Nurse itu hanya tersenyum sambil menggeleng. Hailah, bakal pengantin ni.

"Oh, Tuan Ilham. Dr Dayang ada tadi dengan Dr Fahmi." Nurse itu memberitahu. Dayang dengan Fahmi? Macam tak sedap hati aje. Macamlah dia tak tahu Fahmi pun ada simpan perasaan pada tunangnya itu. Dia buang andaian itu jauh-jauh, dia percayakan tunangnya itu.

Makin dekat dia melangkah, makin dia berdebar. Dia sudah terdengar suara Dayang dan Fahmi. Bertengkar? Dia berhenti disebalik dinding yang memisahkan koridor B.

"Let me go! Doktor, tak berhak pegang tangan saya." Marahku. Asap sudah berkepul-kepul keluar dari telinga. Tanganku yang diretapnya kasar itu aku usap.

"Okay, I'm sorry. But please Dayang. I love you. I really do love you." Wajah Dr Fahmi sudah separuh merayu.

"Apa doktor merepek ni? Doktor dah bertunang. Saya pun dah bertunang." Tempikku.

"Saya dah putus tunang. Saya tak sayangkan tunang saya. Dia bukan pilihan saya pun. Kami bertunang atas pilihan keluarga." Ya Allah, dugaan apa lagi ni. Kenapa masa-masa macam ni baru Dr Fahmi datang?

"Stop it doctor. Face the fact. Saya tunang kepada Ilham Azzamudin. And soon I will get married with him. Saya hormatkan doktor sebagai senior aje." Aku tunjukkan jariku yang tersemat cincin itu di hadapan wajahnya.

"No. I know you love me too. Awak pernah cintakan saya kan?" Dr Fahmi masih giat memprovokasi.

"You still love me right?" Desak doktor itu lagi. Makin buat gadis itu sesak dada.

"Yes! I do. I do love you!" Keras suara gadis itu. Menahan panahan anak mata lelaki di hadapannya.

Tanpa disedari, bukan telinga mereka sahaja yang mendengar tapi ada sepasang telinga juga mendengar.

Hatinya bagai ditusuk bila mendengar pengakuan tunang sendiri mencintai lelaki lain.

Awak kalah Ilham. You're a loser. Orang yang kau sayang pun kau dah hilang. She's never  loved you.

Air mata lelaki yang ditahan akhirnya tumpah jua. Peritnya mengalami kekecewaan. Dari dulu hinggalah sekarang, kecewa sentiasa ada dalam kamus hidupnya. Kaki mengorak langkah agar menjauhi mereka. Jambangan bunga rose tadi sudah lama mencium lantai.

'Kalau dia pilihan awak, saya rela mengundur diri.' Hati kecil Ilham sudah menangis.

Perit rasanya nak telan kenyataan. Reality always hurt, huh?

---------------------------------------------
Finally, siap part 1. Hahahaha

Sorry kalau terlebih dan tersangatlah panjang. Since cerita ni I've decided to elaborate it. Inilah jadinya. Hahahaha

Agak-agak Dayang pilih sapa eh? Fahmi ke lIham? Ermmmm. Pilih Afgan je lah. Afgan lagi handsome. Dahlah handsome, suara pun best. Tapi Shawn Mendes pun handsome gak. Eh, eh stop melalut. Hahaha

Kalau ada ayat eng yang salah, harap dimaafkanlah ye sebab saya pun tak hebat sangat eng ni. Kalau setakat yes, no, alright tu. Tau leerr 😂😂

Tiada ulasan: