Khamis, Disember 10, 2015

You're My Doctor, Forevermore! (part 2)



MATA cuba dikatupkan. Mencari sinar kedamaian dalam keheningan alam. Mengusir segala kenangan lalu pergi jauh dari minda. Tapi sungguh, dia hanya manusia biasa.

Dia tak mampu.

'Yes! I do. I do love you!' Kata-kata itu sentiasa terperuk di minda. Seribu kali diusir, sejuta kali juga ia datang. Pengakuan dari sang tunang kepada lelaki lain. Ataupun lebih spesifik, kepada abangnya sendiri.

"Hey bro. What's wrong? Do you have a problem?" Tiba-tiba satu suara garau mencela di udara. Tanpa membuka mata, dia tahu siapa.

Bibir mengukir senyum.

"Nothing bro. Finding some peace." Mulut menjawab ketika mata tertutup rapat. Menafikan perasaan. Apa lagi bila 3 jam yang lalu, dia dikhabarkan yang abangnya sudah mendapat cahaya mata pertama. Cahaya mata bersama Dayang. Satu perkataan yang tergambar, kecewa.

"If you're finding the truly peace, shalat Azzam. Seek for a peace from Him. He know our problem more than we know it. Share our story with Him, He never judge us like others." Tutur lelaki berkulit hitam itu. Matthew Andrew. Siapa sangka, di bumi asing Islam ini dia berkenalan dengan saudara baru Islamnya.

Matthew ataupun nama Islamnya, Muhammad Anwar. Yang terpuji dan yang bercahaya. Katanya dia jumpa cahaya kehidupan dalam Islam sedangkan dia berada di negara bukan Islam. Agama yang selama ini dicanangkan pada seluruh dunia sebagai agama terrorist, itulah agama yang sebenar-benarnya. Kita terlalu dibutakan dengan dunia sehingga kita tidak pernah melihat betapa indahnya Islam itu. Islam is the way of life of Muslim.

Subhanallah. Besarnya hidayahMu ya Allah.

Dia yang baru mengenal Islam bahkan lebih tahu dari aku yang dilahirkan sebagai Islam. Malunya aku pada dia. Jika kita mencari sinar, Allah akan bantu hadirkan sinar kepada kita.

"Thanks bro." Aku lantas mengangkat punggung. Ingin berjumpa dengan kekasih sebenar.

Manusia, bila mana mereka kecewa. Mereka lebih banyak menghabiskan masa memikirkan masalah dengan bersendirian tanpa meminta solusi dengan Sang Pencipta. Seolah-olah manusia itu sudah punya kuasa besar, yang bisa menyelesaikan masalah tanpa campur tangan dariNya.

***

TANGAN diangkat memohon doa.

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas segala yang terjadi. Hamba memohon kepadaMu, berikanlah kekuatan kepada hamba untuk menjadi seorang hamba yang sentiasa redha dalam menerima dugaanMu."

"Jika ini yang terbaik, jauhkanlah dia daripadaku ya Allah. Sesungguhnya aku tidak mahu menyimpan lagi sebarang perasaan terhadap kakak iparku sendiri. Hamba redha kiranya dia ternyata bukan untukku. Berikanlah cahaya kebahagiaan kepadanya dan abangku dalam melayari bahtera rumah tangga. Jauhkan hamba dari sifat dengki dan terkeji ya Allah. Hanya kepadaMu hamba memohon. Aamiin aamiin, ya Rabbal al aamiin."

Sungguhlah ketika kita memohon padaNya. Hampir seluruh kegusaran kita dapat dihilangkan.

Maa Qadarullah Khair.

Semua ketetapan Allah itu baik.

***

"COMELNYA baby ni." Datin Marina tidak habis-habis memuji.

"Tengok papa dialah, Ma." Fahmi sudah dalam mood masuk lif tekan sendiri.

"Elehhh, perasan." Adik bongusnya mencebik.

"Dhia, jealouslah tu." Fahmi tidak habis-habisan mengusik Adhriana. Biarpun masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa tapi perangai kebudak-budakan sangat.

"Hello excuse me, not in million years okay Dhia nak jealous." Adhriana membalas kata-kata abangnya.

Suasana usik-mengusik itu menguntum senyum seseorang yang tadinya jemarinya erat digenggam oleh sang suami.

"Terima kasih sayang hadirkan Zahra dalam hidup abang." Dia mengucup dahi wanita kesayangannya.

Wanita itu hanya mengangguk, tersenyum.

"Abang. Abang tak nak bagitau Am ke?" Soal wanita itu tiba-tiba.

"Dhia dah skype Am kat sana. Bagitau yang sayang dah selamat melahirkan, dia pun dah jadi uncle." Ucap Fahmi tenang.

"Tapi bang... Kesian Am." Wanita itu sudah kerisauan.

"Listen to me, Dayang. Nothing to worry bout him lah. Am tu dah besar, belajar pun tinggi-tinggi, dia takkan buat benda yang tak elok." Fahmi bersuara.

"Tak payahlah kesiankan dia, sedangkan dia tak kesiankan diri dia sendiri." Automatic mulut wanita itu terkunci seolah kehilangan kata.

***

MASA lalu

"Pa, Am nak putus tunang." Selamba sahaja Ilham menuturkannya. Kata-katanya ternyata mengundang empat figure lagi yang ada di meja untuk terus berhenti menyuap.

"Tapi kenapa Am?" Suara Datin Marina sudah kerisauan.

"I just don't think she's for me." And she never loved me too. He loved abang, ma. Tapi itu semua hanya dapat didengari oleh dirinya sendiri.

"Am jangan nak malukan papa. Majlis Am dengan Fiz berbaki 2 minggu lagi." Keras suara Dato' Iskandar. Jelas dia tidak senang dengan keputusan Ilham.

"Am won't papa. Lagipun Am cadang nak further studies kat Edinburgh. And I don't want to be bound by marriage. Majlis tu akan tetap berjalan, suruh aje abang ganti. And I'm sure he will be doing it willingly. Right abang?" Sinis suaranya lalu terus meninggalkan meja makan itu.

"Apa maksud Am tu Mi?" Soal Datin Marina pada Fahmi, anak sulungnya itu.

Fahmi sudah terkaku. Diam tidak berkutik. Peratusan perasaannya lebih banyak bersalah daripada gembira.

***

KLIA

Ruang menunggu itu dirasakan seperti sunyi walaupun terdapat banyak kumpulan manusia di sana.

Hati seperti berat ingin meninggalkan tanah Malaysia tapi nekad sudah ditanam. Dia tidak ingin menoleh ke belakang lagi.

"Yo, lil brother." Sapa suara garau itu. Tanpa menoleh dia sudah tahu siapa gerangan.

"Bagi salamlah. Waalaikumsalam. Nak apa?" Dalam memberi soalan, sempat lagi dia memberi tazkirah. Sebabkan dulu dia selalu kantoi dengan Dr Dayang, yang mana kebiasaannya dia selalu lupa untuk ucapkan salam sehinggakan terbiasa. Dr Dayang, bekas tunangnya atau bakal kakak iparnya. Sakit.

"Assalamualaikum." Salam dijawab. Jeda.

"Am ingat lari macam ni, bagus sangat ke? Am tak bagitau Dr Dayang pun yang Am nak ke Edinburgh. Jangan seksa hati orang Am." Fahmi sudah memulakan bicara.

Ilham masih diam tanpa bicara.

"Buat apa Am nak teruskan perkahwinan ni kalau Dayang tak cintakan Am?" Soalnya sengaja.

"Kenapa Am yakin sangat yang dia tak cintakan Am?" Fahmi berbalas soalan.

"Kenapa abang yakin yang dia cintakan Am?" Soalan berbalas soalan, tanpa jawapan.

"I've heard it that he loved you. Dan telinga ni tak pernah menipu. Daripada Am ikat dia dengan perkahwinan sedangkan dia tak cintakan Am, baik Am lepaskan dia. Am bukan selfish abang." Papp! Fahmi seperti ditampar dengan kuat. Bukan selfish! Bukan selfish! Selama ni, dia pentingkan diri sangatkah sehingga kebahagiaan adiknya pun ingin dirampas.

Fahmi nekad. Dia harus perbetulkan mana yang silap.

"Tak. Am salah faham. Dr Dayang tak..." Belum sempat Fahmi meneruskan kata-kata. Pengumuman untuk berlepas sudah kedengaran di segenap ruang.

"I've got to go abang. Take care of her. And I know you will. Mungkin dah tertulis bukan jodoh Am dengan dia. Am doakan kebahagiaan abang dengan Dayang." Tanpa sempat memberi penjelasan, Ilham terus bergerak pantas meninggalkannya. Meninggalkan semua yang ada di bumi Malaysia. Meninggalkan semua kenangan yang ada.

Hanya keluhan lemah terbit dari mulut Fahmi. Ilham betul-betul degil. Ilham sudah pergi.

***

KEMBALI

Akhirnya pejam celik pejam celik, pengajian Ilham sudah tamat. Di bumi Edinburgh ini, dia banyak mengenali erti kehidupan.

Siapa sangka, di bumi inilah, dia mulai mendekatkan diri dengan Tuhan. Mungkin dulu dia alpa dengan cinta manusia hingga dia lupa agungnya cinta Allah itu melebihi manusia.

Mungkin ini hikmah penghijrahannya ke bumi ini. Hikmah perpisahan tidak relanya dengan Dayang dahulu membuatkan dia kenal lebih dekat apa itu Islam. Mungkin dulu dia hanya Islam pada kertas. Itu pun solat masih compang-camping. Ternyata setiap apa yang terjadi itu ada hikmah termanis. Terima kasih ya Allah kerana menemukan hidayahMu padaku.

Dalam menghitung saat menjejak kaki ke bumi Malaysia, dia masih bimbang. Bolehkah dia menerima kenyataan bekas tunangnya kini menjadi isteri abangnya? Bahkan mereka bahagia, mereka sudah punya Zahra. Anak kepada wanita yang pernah bertakhta di hatinya itulah anak saudaranya. Anak saudara kandungnya.

***

MALAYSIA

"Assalamualaikum." Sudah berpuluh kali memberi salam sampai anak tekak pun dah nak keluar. Mana pula orang kat rumah ni?

Ahhh, lantaklah masuk aje. Bukan rumah orang lain juga, rumah keluarga aku juga. Kaki terus melangkah.

'Wuish, sunyinya rumah.' Gumam hati Ilham. Baru aku nak buat surprise tapi aku pula yang surprise. Padan muka kau Ilham. Siapa suruh tak bagitau kau nak balik.

Kaki menapak laju. Terdengar bunyi bayi bergelak ketawa di ruang tamu.

Seorang bayi perempuan ceria bermain bersama seorang wanita bertudung yang membelakanginya. Dalam fikirannya, mungkin itulah kut anak abang, si Zahra tu. Tapi siapa pula perempuan ni?

"Assalamualaikum. Excuse me?" Ilham memecah sunyi di rumah agam itu.

"Waalaikumsalam." Salam dijawab lantas badan menoleh.

Gulp!

Nasib baik dia bertudung tadi. Kalau tak free-free aje aurat tertayang depan lelaki itu.

Lelaki itu?

"Ilham?" Soal gadis itu.

"Da... Dayang?" Tergagap Ilham seketika. Dia tidak pernah menyangka bahawa orang pertama dia akan tegur sekembalinya dia ke Malaysia ialah...

Dayang Nur Fizrani.

Bekas tunangnya sendiri.

Patutlah baby tu ceria semacam aje, main dengan ibu sendiri rupanya. Tebak hati Ilham. Dalam senyum ada pahitnya.

"Eh, Am. Bila sampai?" Dan kemunculan Fahmi tiba-tiba dari tingkat atas turut sama mengejutkannya.

Mata tidak berkalih dari memandang Dayang. Dia semakin cantik, semakin manis.

Astagfirullah al azim. Ilham beristigfar. Mana mungkin dia memuji kakak iparnya sendiri? Dia belum bolehkan melepaskan wanita itu dari penjara hatinya? Ya Allah, kuatkan hati ini.

"Saya naik dulu. Am, abang." Dia meminta diri dari Ilham dan Fahmi. Dia mengendong Zahra dengan hati-hati ketika menaiki tangga.

Ilham hanya tegak berdiri melihat kelibat Dayang yang semakin hilang dari anak mata.

"Janganlah ditenung Dayang tu macam nak makan." Fahmi buat lawak. Lawak tak berapa nak lawak. Sakitnya melihat wanita kesayangan yang ternyata sudah bahagia.

"Sorry... Sorry abang. I didn't mean to do that. Sorry sebab tenung wife abang lama-lama." Ilham terus meminta maaf atas kekhilafannya.

Fahmi hanya menggeleng. Hailah, adik dia ni.

Dia tersenyum memandang Ilham. Tak apa, belum tiba masanya untuk Ilham tahu kebenarannya. Biarkan dia leka bersama permainan dunia sebentar.

"Kalau dah namanya jodoh tak akan ke mana jugalah Am." Ucapan Fahmi mengundang kerutan di dahi Ilham. Jodoh?

"Maksud abang?" Ilham sudah bingung. Sudahlah Fahmi senyum lain macam. Oh, creepynya abang dia ni.

"Am dah makan? Jom makan dulu isi perut." Tanpa memberi jawapan, Fahmi terus bergerak ke meja makan meninggalkan Ilham di belakang.

Pelik. O...kay. Is there something he's hiding from me?

----------------------------------

Tiada ulasan: