Ahad, Disember 13, 2015

You're My Doctor, Forevermore! (end)



SELESAI sudah akad nikah itu. Secara resminya kini aku sudah menyandang status isteri. Fuhh! Berat tanggungjawab tu.

Peluh berlumba-lumba turun ke dahi. Macam ni rupanya perasaan orang nak bernikah. Nervous gila padahal pengantin perempuan relaks aje duduk kat bantal pengantin, yang nak bercakapnya tu pengantin lelaki aje. Tapi kira fair and square lah kan? Dua-dua bantai nervous. Eh, teori mana pulak aku pakai ni?

***

AKU sengaja masuk bilik awal. Ambil angin. Lagi-lagi bila tingkap bilik aku tu berdepan dengan sawah padi. Pemandangan sawah padi dengan bulan di langit. Heaven tak?

"Syoknya berangan. Orang masuk pun tak sedar." Gulp! Badan terus keras menegak. Bila masa dia masuk ni?

"Awak tengok apa tu?" Dia semakin mendekati. Aduhhh, jantung awak jangan nak berkonsert eh kat dalam.

"Haih, isteri abang ni dah bisu ke nak menjawab." Mataku terpejam erat. Deruan nafasnya jelas terasa di telinga.

"Fiz." Meleret suaranya. Dia memalingkan tubuhku yang tadi membelakanginya kini berdepan dengannya pula.

Aku menunduk. Malu.

"Kenapa ni?" Soalnya sambil menyelitkan rambutku di celah telinga.

Aku pantas menggeleng.

"Kalau tak ada apa-apa, kenapa diam?" Dia mengangkat daguku dengan jemarinya. Anak matanya menikam mataku. Auch!

Bibirnya singgah di dahiku. Lama. Dan semakin menurun di batang hidung. Nafasnya cukup hangat terasa di pipi.

"Saya nak pergi tandas." Ujarku terus menolak badannya. Sorry, aku masih tak dapat nak adaptasi suasana romantik macam tu dengan dia.

Kaki di bawa meninggalkan bilik itu. Hailah, Dayang. Kau pehal lari-lari macam ni? Tapi aku tak dapat. Aku masih tak dapat terima kenyataan yang aku dah sah jadi isteri dia.

Langkah kaki ku hanya mampu dipandang oleh seorang lagi penghuni bilik itu.

'Tak apa Am. Yang penting kau dah dapat dia, sekarang kau cuma perlu dapatkan balik keyakinannya. Kau pasti boleh.' Ilham memberi semangat pada dirinya.

***

"ABANG Am, kak Fiz, korang nak honeymoon kat mana?" Uhukkk! Tersedak terus aku dibuatnya. Soalan Adhriana ni menempah maut betullah sampai berair mata aku dibuatnya.

Mama dan papa sudah ketawa. Umi, malunya. Tanpa sedar, tanganku dibawah digenggam erat.

"Dhia ni kan. Tak payah nak jaga tepi kain orang dah kahwinlah." Ujar mama. Bibir Adhriana sudah memuncung habis. Gadis yang dulunya aku sangka teman istimewa Ilham sebab selalu aje lawat si Ilham tu dulu kat hospital. Tanpa sedar, bibir mengukir senyum.

"Sayang, kenapa senyum-senyum?" Bisik orang sebelah. Erk? Aku senyum? Aku terus angkat muka. Adhriana, papa dan mama juga melihat aku. Alamak, malu kuasa dua dah.

Aku geleng kepala sambil tersengih. Ish! Bibir ni pun satu, nak malukan tuan dia pun agak-agaklah.

"Pa, lepas sanding nanti. Am ingat nak cuti lama sikit. Papa bagi Fiz cuti lama sikit eh." Ucap orang sebelah.

"Eh, kenapa tanya papa. Papa ingat nak bagi Am handle hospital tu, lagipun papa dengan Mi urus syarikat ajelah. So apa-apa berkaitan dengan hospital, semua dibawah kuasa Am." Aku hanya memasang telinga. Yang aku tau, hospital swasta tempat aku kerja sekarang ni milik papa. Pasal tu lah, Dr Arash mati-mati tak kasi aku cari pasal dengan orang sebelah ni. Tapi eh, alih-alih aku pula yang terkahwin dengan dia.

"Kalau macam tu, Fiz tak payahlah kerja. Duduk rumah jadi housewife. Kan sayang?" Dia memandangku. Mataku kalihkan padanya. Biar betik? Wey, sia-sia kut aku belajar medik dulu.

Papa dan mama sudah ketawa melihat aku dan Ilham.

"Ha'ah Fiz, tak rasa nak berhenti ke? Cukuplah seorang aje doktor. Fahmi pun dah letak jawatan jadi doktor tu." Ucap mama.

Eh kejap, cukup seorang doktor? Cukup. Seorang. Doktor. Maksud mama?

Aku pandang lagi orang sebelah. Mata aku kecilkan. Dia hanya tersenyum melihat ku sambil membuat gerak mulut 'later' tanpa suara.

***

AKU pandang dia sekilas. Ingatkan tak nak naik bilik dah. Berjam kut aku tunggu dia.

"Awak." Panggilku. Dia tekun dengan pembacaannya. Jarinya rancak berlari di setiap helaian buku The Maze Runner Trilogy : The Kill Order itu. Kutu buku betullah dia ni.

"Hmmmm." Sahutnya.

"Apa maksud mama masa makan tadi tu?" Aku cuba membuka bicara. Aku lihat dia di balik biasan cermin meja solek itu dengan harapan dia tengok aku juga tapi hampeh.

"Apa mama cakap?" Hish! Dia ni kan, saja nak tarik tali.

"Pasal doktor-doktor tu semua." Aku sudah memuncungkan mulut.

Lantas dia ketawa. Pelik.

"Kenapa?" Soalnya lagi.

Aku yang tadi duduk di meja solek terus beralih ke balkoni bilik sambil berpeluk tubuh.

Aku tak sedar bila dia bangun. Sedar-sedar aje dia dah memelukku dari belakang. Dia menyangkutkan dagunya di bahuku. Ceh! Nak pujuklah tu. Basi!

"Apa yang sayang nak tahu sangat?" Soalnya dengan kedudukan yang rapat.

Diam.

"Okay, I'm admit it. Abang dengan abang Mi sama, kami sama-sama doktor." Baru nak mengaku. Kalau tak sampai ke sudah aku tak tahu, suami aku ni doktor. So perlukan aku tulis novel bertajuk 'Laaa.. Rupanya Suamiku Doktor'. Hehh!

"Napa tak bagitau?" Soalku.

"Sebab sayang tak tanya." Heh! Hampeh punya jawapan.

Aku segera melepaskan diri dari pelukannya.

"Awak jahat. Awak tak jujur." Aku tolak dadanya.

Baru setapak aku menjauhinya, lenganku diraih. Dia pandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Okay. I tell you everything tonight. No more secret between us." Pandangan matanya sungguh bersih.

Dan malam pun bermula...

Bak kata Hlovate, the rest is history.

***

MAJLIS persandingan belah pihak lelaki akhirnya selesai.

Kakitangan hospital yang dijemput banyak yang terkejut, tak sangka yang aku dan Ilham akhirnya bersatu juga. Siapa sangka, pesakitku kini jadi suamiku. Hailah.

"Sayang..." Panggilnya meleret.

"Apa?" Aku hanya memandang siling. Badan sudah terletak elok di katil. Tak terdaya den nak bangun. Penat.

"Sebelum honeymoon, kita pindah rumah dulu eh." Ucapnya. Gulp! Honeymoon? Erk? Pindah?

"Bila?"

"Lusa kut." Jawabnya dan kelibatnya menghilang masuk di bilik air.

Pindah? Bolehkah aku duduk berdua dengan dia? Dahlah aku masih panggil dia saya-awak. Hurmmmm.

***

"TADAAAA!" Ucapnya sebaik kami sampai di rumah teres 2 tingkat itu.

"Nah." Dia menghulurkan segugus kunci.

"Huh?" Aku terkebil-kebil memandangnya.

"Bukalah." Ucapnya.

"Oh. Oh. Okay." Aku hanya menurut.

Pintu terbuka luas. Wow. Agaknya kalau aku nak beli rumah macam ni, entah berapa puluh tahun agaknya baru terbeli.

Kaki laju menuju ke satu ruangan di rumah itu.

Permukaan itu aku sentuh kasar. Tak berhabuk.

"Awak pandai main piano?" Soalku padanya yang sudah melabuhkan duduk di sofa.

"Sort of. Kalau bosan, abang mainlah." Okay. New information, selain pandai main gitar, suami aku pandai main piano juga.

"Alat musik apa lagi awak pandai main?" Aku sudah duduk di hadapan piano itu. Penutupnya aku buka.

"Tak banyak sangatlah. Gitar, piano, violin, flute, drum." Jawabnya. Mangai. Banyak tu.

"Sayang ni duduk di situ, sayang pandai main piano ke?" Soalnya. Ceh! Pandang aku sebelah matalah tu.

"Kalau setakat main Rivers Flow In You, Kiss The Rain tu. Kacang aje." Aku petikkan jari.

Dia sudah mengangguk-angguk. Mesti puji akulah tu.

Tidak sampai seminit, aku bantai gelak.

"Tak adalah. Saya mana pandai main piano. Setakat lagu happy birthday to you tu retilah."

Dia pun ikut ketawa juga. Jari sudah bersedia untuk memainkan chord happy birthday to you. Ceh! Jangan-jangan budak tadika pun lagi hebat dari aku.

***

USAI mengelap meja, aku ke dapur untuk menbasuh piring bekas makan malam kami. Dari dapur, aku dengar alunan piano.

Baru kaki naik ke tangga. Tiba-tiba aku berhenti. Aku menyandar di kaki tangga. Tiada niat untuk mendekati.

Aku lihat dia yang membelakangiku itu. Khusyuk dan fokusnya terarah ke piano ketika memainkan Kiss The Rain itu.

"I know you're watching me over there, sayang." Tak tahu bila dia menoleh melihatku. Erk? Kantoi berangan.

"Meh lah. Duk sini." Dia menepuk-nepuk ruang kosong di sebelah.

Aku menurut tanpa bantahan. Selamat punggungku mendarat di sebelahnya.

"Sayang nak request tak apa-apa lagu?" Soalnya memandangku. Aku geleng.

"This song if for my lovely beautiful wife, Dayang Nur Fizrani." Dia cuit hidungku sambil mengenyitkan mata. Aku masih dengan muka 'I don't care'.

Dia sudah masuk mood dalam dunia musiknya. Aku hanya memerhati. Jemarinya kembali menari di papan hitam putih piano itu.

Eh, lagu ni aku taulah. Lagu zaman remaja gitu.

"I'm not a perfect person,
There's many things I wish I didn't do,
But I continue learning,
I never meant to do those things to you,
And so I have to say before I go,
That I just want you to know."

"I've found a reason for me,
To change who I used to be,
A reason to start over new,
And the reason is you."

"I'm sorry that I hurt you,
It's something I must live with everyday,
And all the pain I put you through,
I wish that I could take it all away,
And be the one who catches all your tears,
That's why I need you to hear."

Dia pandang aku sekilas. Tubir mata sudah panas. Kenapalah tiap kali dia menyanyi mesti aku rasa nak nangis?

"I've found a reason for me,
To change who I used to be,
A reason to start over new,
And the reason is you."

"And the reason is you
And the reason is you
And the reason is you..."

Dia tamatkan nyanyiannya. Sebak di dada usah cakaplah. Pandangan mata kami bertaut.

Dia capai jemariku dan dibawa ke bibir.

"I'm sorry if I'm hurt you before. Let me heal your wound, let my love be your medicine. I'm truly sorry for what had happened between us before." Titik jernih sudah menuruni pipi.

"Maafkan saya kalau saya tak mampu jadi isteri sebaik yang awak sangka. Tapi izinkan Fiz menjadi isteri abang sampai syurga. Terima kasih sebab sabar dengan Fiz selama ni." Giliran aku pula capai tangannya dan kucup lama. Rasanya sudah tiba masa untuk aku buka helaian baru dalam kisah kami.

"Tak sayang, abang yang patut berterima kasih pada sayang sebab sanggup terima abang jadi suami sayang." Dia usap kepalaku dan bawa aku ke dakapannya.

"Kenapa abang romantik sangat malam ni?" Soalku sebak.

"Abang romantik untuk isteri abang aje." Jawabnya beserta senyuman manisnya.

Dia merenggangkan dakapannya.Dia kucup dahiku. Lama. Kemudian mata kiri ku pula dikucupnya dan mata kanan. Pipi kiri. Pipi kanan. Batang hidung. Deruan nafasnya jelas terasa. Aku sudah menutup mata erat. Debaran di dada makin terasa.

"Sayang, kenapa tutup mata?" Deruan nafas yang terasa dekat di telinga serta-merta mencelikkan mataku kembali. Cis! Saja bagi aku perasan rupanya.

"You look cute with those closed eyes." Ish! Perlilah tu. Aku cubit pinggangnya geram.

"And you look cute with those blusher too." Nak cakap pipi aku merahlah tu. Aku pegang pipiku. Panas.

"But you look more cute if you're shocked." Tanpa amaran, bibirnya singgah di bibirku. Seperti yang diduga, memang aku terkejut sampai nak terkeluar biji mata.

Dia sudah berlari naik ke atas sambil gelakkan aku. Cis! Tak guna punya laki. Dia kenakan aku. Arghhhhh! Inikah rasanya bahagia? Kak Nina, Fiz rasa bahagia sangat-sangat.

***

AKU menapak masuk ke dalam wad sambil menyanyi kecil. Bahagia. Dan rindu. Rindu dengan hospital ni.

"Morning nurse." Ucapku ketika berada di depan kaunter.

"Wahh, berserinya muka doktor." Ucap Diane. Aku hanya tersenyum membalas kata-katanya.

"Mestilah berseri, honeymoon dengan inche suamilah katakan." Janice menambah perisa.

"Mesti lepas ni ada doctor junior." Usik Diane lagi. Hailah, budak-budak ni.

"Eh korang ni, sibuk aje nak ada junior-junior. Kalau nak ada junior, kahwinlah. Apa lagi?" Kak Aisyah yang tiba-tiba bersuara itu buatkan aku tergelak.

"Alaa, kalau ada doktor handsome macam husband Dr Dayang. Kitorang nak la Kak Eca, kan Dr?" Janice tiba-tiba menyoal aku pula. Eh, apakehenya aku pula?

"Jane, aku dengar ada doktor praktikal baru. Handsome. Muka dia ala-ala pelakon. Alaa, sapa la nama dia itu. Izzul Islam ke?" Diane sudah buka mulut. Amboi, bab lelaki no 1.

"Izzue Islamlah." Janice membetulkan. Dia yang cina pun, dia lagi tau.

"Eh, Dr datang seorang ke? Yang lagi satu mana?" Soal Kak Aisyah. Hah, tau sangatlah siapa.

"2 hari lagi baru dia masuk kak." Usai menjawab aku terus berlalu. Si Janice dan Diane pula sudah rancak bercerita dengan Dr Izzue Islamnya.

***

"NURSE, kalau nampak Dr Dayang. Suruh dia masuk bilik saya nanti." Arah doktor lelaki itu ketika berselisih dengan seorang nurse yang baru keluar dari Wad Gynae.

Nurse itu hanya mengangguk seraya tersenyum.

***

TOK! Tok! Tok!

"Come in." Arah si pemilik bilik.

"Duduk." Arahnya lagi. Aku terus menghempas punggung di kerusi itu.

"Lunch nanti doktor ke mana?" Soalnya sambil bergerak keluar dan duduk di atas meja supaya berdepan dengan doktor wanita itu.

"Tak pergi mana-mana." Aku balas renungannya.

"Jom lunch."

"Tak boleh. Husband saya tak kasi saya keluar."

"Alaa, husband awak tu small matter. Saya dah minta izin dengan dia dah. Dia bagi saya bawa awak keluar."

Aku jongketkan kening.

"Awak tak percaya saya ke?" Tangannya singgah di pipi.

Aku segera menepis. Hish!

"Janganlah doktor. Kang husband saya debik doktor. Doktor lupa ke doktor tu ada isteri." Tangannya tadi yang aku tepis tetap setia mendarat di pipi. Hailah, dia ni.

"Alaa, kat sini ada ramai nurse yang cantik comel cute boleh tolong rawat kalau saya kena debik." Jawabnya selamba. Amboi, amboi.

"Gatalnya doktor ni." Usikku.

"Dah awak tak nak jadi scandal saya." Dia memuncungkan bibir. Eleh, ingat kau comel?

"Ewah, husband saya nak letak mana?" Aku sudah berdiri bercekak pinggang.

"Buang aje kat Laut China Selatan tu." Dia sudah mengekek ketawa.

"Ish! Abang ni kenapa? Gila eh? Fiz ingat apalah penting sangat panggil Fiz ke sini. Fiz nak keluar." Hailah, laki aku mereng. Kau pun satu bo layan sangat Dayang. Kesian pesakit-pesakit kat luar tu, tak ada yang rawat dia orang pasal doktor sibuk bermadu kasih kat sini.

"Abang nak ajak pergi lunch aje." Dia sudah menggenggam jemariku.

"Sekarang waktu kerjalah abang." Dadanya aku pukul. Mentang-mentang hospital ni bapak dia punya, suka suki aje nak ponteng.

"Dr Dayang Nur Fizrani, I'm deeply madly truly in love with you." Ucapnya sambil mengucup jemariku.

Aku pantas melepaskan tanganku dan ingin berlalu keluar.

"Dr Ilham Azzamudin, you're angau overboard." Aku menggeleng melihat tingkah suamiku itu.

"Angau dengan wife sendiri." Jeritnya seoktaf. Hish! Memalukan ajelah dia ni. Nasib kaulah Dayang, sebumbung tempat kerja dengan suami.

***

"MANA Dr Dayang?" Soal doktor itu tegas. Nurse muda itu sudah menunduk menikus disergah begitu.

"Tuuu... Tuuuu.." Nurse itu menunjuk ke suatu arah tetapi wajahnya setia menunduk ke lantai.

Doktor lelaki itu menoleh ke belakang. Kelihatan seorang doktor wanita berjalan ceria sambil memegang cawan kertas berisi minuman dari vending machine.

"Dr Dayang!!!" Teriak Ilham dari jauh.

Cawan yang tadinya elok di tangan terus terjatuh mencium lantai.

Gulp!

***

"DAH berapa kali abang cakap, jangan." Tegas suara Ilham.

Nasiblah tadi dia nampak isterinya di depan vending machine dari jejantas hospital yang memisahkan blok A ke blok B. Kalau tak sampai ke sudah, dia tak tau yang isterinya curi-curi beli minuman itu.

Aku sudah terhinjut-hinjut menahan tangis.

Sensitif betullah disergah macam tu.

"Taa.. Ta.. Tapi..." Aku seolah tersekat untuk bersuara.

"No tapi-tapi." Dia mengeluh. Tangannya pantas mendarat di perut isterinya.

"No coffee please sayang. At least for this 4 months. Caffeine is not good for the baby." Suaranya sudah mengendur.

Aku rasa macam dah nak menangis. Eh tak, bukan lagi macam. Ni memang dah menangis. Aku dan coffee tak boleh dipisahkan.

Salah satu sebab aku tak suka makan supplement yang nak mencerahkan ke nak menggebukan sekalipun ke, sebab pantang dia tak boleh minum minuman yang ada caffeine.

Memang diakui overdose of caffeine is not good for a health yet for a body but a week without a coffee makes me weak. Huhh! Weirdo Dayang.

Walaupun hati memberontak, tapi kepala tetap dianggukkan. Gila nak bantah cakap suami. Tak pasal-pasal sebab coffee, tak tercium bau syurga aku dibuatnya.

"Good. That my girl." Dia usap kepala ku yang berlapik tudung itu.

"Tapi.. Nak rasa seteguk aje. The baby is craving." Alasan. Ye ke baby craving ke kau yang craving?

"Nanti kesian baby, air liur meleleh." Pujukku. Aku buat-buat muka macam The Pussy Cat in Boot.

"Hmmmm." Dia mendengus perlahan.

"Okay. Okay." Putusnya.

Aku segera berlalu tapi tangannya pantas memaut lenganku.

"Nak ke mana?" Soalnya dengan kening yang terjongket.

"Beli coffee. Vending machine." Jawabku dengan sengihan.

"Amboi, lajunya. Nope, I didn't allow you to buy it alone. Dari seteguk jadi segelas, dari segelas jadi bergelas-gelas pula." Ish! Dia ni membebel macam mak nenek betullah.

Aku muncung kembali. Dia menarik aku untuk mendekatinya.

"Muncung. Muncung. Cium kang." Aku sudah berada dalam pelukannya.

"Abang rimas." Aku menolaknya perlahan.

Tadi aku yang muncung sekarang dia pula muncung. Tapi betullah aku rimas, dahlah perut aku ni besar, dia pula nak peluk-peluk.

"Tak payah nak muncung sangat." Pantas bibir aku mendarat di bibirnya. Sekali-sekala biar aku pula yang nakal.

"Nakal eh Fiz sekarang."

"Nakal dengan husband aje." Jawabku.

"Thanks sayang sebab sudi jadi the part of my life. And big thanks sebab sudi mengandungkan anak abang." Ucapnya.

Jeda.

Dia mendaratkan tangannya di perutku lagi.

"I can feel your love thru this stethoscope." Laki aku merepek apa lagi ni.

"Abang ni merepek apa, tu tangan bukan stethoscope." Bidasku. Dia gelak kecil.

"Inilah stetescope abang. Stetescope cinta abang." Hehhh! Dia ni ayat romeo betullah.

Dan dia memang romeo aku. Dan akulah julietnya. Lantaklah stethoscope ke tangan ke, tak kisahlah.

Sebab Dr Ilham Azzamudin, you'see. my doctor, forevermore! And I will be your patient, forevermore!

--------------------------------------

Tiada ulasan: