Jumaat, Disember 18, 2015

Dia Pemilik Hati



DIA mengumpulkan kekuatan sebelum meneruskan kata-kata.

"Jom kahwin." Serta-merta memerah wajah lelaki itu dihadapannya kerana tersedak.

Tapi dia tahu, dia sudah tiada jalan lain. Dan lelaki itu satu-satunya jalan yang dia ada.

"What?" Terbeliak mata Furqan melihat gadis itu.

"Jom kahwin." Ulangku sekali lagi.

"Like seriously, Dian Adara?" Bagai terkeluar anak mata lelaki itu ketika menyoal gadis di hadapannya itu.

"Seriuslah. Kau nampak aku macam main-main ke?" Tenang. Dan memang serius.

"Tengku Furqan Hadari, jom kahwin."

"Tapi kenapa Ian? You know right, we are best friend." Lelaki itu menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah aku dan dia.

"I know that we are best friend. Dan sebab best friendlah aku nak kita kahwin." Dan sebab best friendlah aku pilih kau, Qan. Tak mungkin aku pilih lelaki lain. Sambungku dalam hati.

"No, you must be kidding." Lelaki itu masih menggeleng-geleng kepala tanda tidak percaya.

"Tak, aku serius Qan. And I'm really really serious." Furqan dapat melihat sinar keseriusan di mata gadis itu. Ya, dia nampak gadis itu tak main-main.

Aku mengeluh kecil.

"Kau nampak serabut Ian. Ceritalah kat aku." Pujuk Furqan.

Nampak sangat gadis itu penuh dengan rahsia hati, cuma dia tak tahu rahsia apa yang disimpan oleh gadis itu. Sejak 2-3 bulan ini, gadis itu menjadi seorang yang pendiam.

Gadis itu bukan lagi Dian Adara yang dia kenal sejak 12 tahun lalu.

"Aku tak boleh, Qan. Aku tak nak lepaskan dia." Dan aku mula mengalirkan air mata. Kini aku tampak sangat lemah.

"Kau maksudkan siapa ni Ian?" Soal Furqan kebingungan.

Aku menggeleng. Dan mula menyapu air mata yang turun tadi. Malunya menangis depan Furqan. Mesti lelaki tu ingat aku cengeng.

"Jom ikut aku. Maybe you should know this." Dan aku terus berdiri.

Kami mula menapak meninggalkan cafe dan menuju ke tempat yang menjadi penyebab aku nak kahwin dengan Furqan. Furqan pula hanya membuntuti aku dari belakang.

***

"TUNAS Cahaya?" Furqan membaca papan tanda itu berulang kali dengan kerutan di dahi.

Kenapa Dian bawa aku ke sini? Siapa yang ada kat sini?

"Kita buat apa kat sini?" Soal Furqan.

Aku tak menjawab terus sebaliknya kaki laju melangkah memasuki rumah anak yatim itu.

"Eh Dian." Tegur seorang wanita tua. Tangannya segera ku salam. Furqan masih lagi kebingungan.

"Dian nak jumpa Sofea ke?" Soalnya. Aku mengangguk dan tersenyum nipis. Ada sebab lain lagi ke selain aku nak jumpa Sofea?

"Dia ada kat taman. Masuklah. Ni siapa Dian?" Soal wanita itu memandang Furqan atas bawah. Aku mengerling sebentar lelaki di sebelahku itu.

"Furqan." Furqan menundukkan kepala tanda hormat.

"Saya Azizah. Tapi panggil aje umi Izah. Budak-budak kat sini semua panggil umi macam tu." Ramah wanita tua itu memperkenalkan diri. Tak lekang dirinya dari senyuman.

"Umi, kami jumpa Sofea dulu eh." Aku pantas meminta diri. Umi hanya mengangguk.

Langkah kami atur menuju ke taman.

"Fea." Panggilku pada seorang kanak-kanak perempuan.

Terkedek-kedek budak itu berlari sebaik dipanggil.

"Mama." Ceria saja wajah kanak-kanak itu.

Berkerut dahi Furqan. Mama? Dian? Sejak bila Dian ada anak? Dian kahwin?

"Mama rindu Fea." Aku peluk tubuh si kecil yang berusia setahun lebih itu. Rindunya aku pada dia.

"Indu mama." Balas Sofea dengan pelat kanak-kanaknya.

Tak semena-mena aku tersenyum. Si kecil itu punya aura yang kuat untuk membuatkan aku ceria biarpun kala dilanda kesedihan.

Aku bawa Sofea dan Furqan ke tempat yang agak tersembunyi. Untuk mencari ruang privasi dari diganggu oleh penghuni yang lain.

"Papa?" Ujar Sofea tiba-tiba. Dia khusyuk merenung Furqan disebelahku. Mungkin tertanya-tanya dengan kehadiran orang asing itu.

"Tak sayang, dia bukan papa." Aku usap lembut kepalanya.

Kesian aku lihat Sofea. Aku tahu si kecil itu juga mengharapkan kasih sayang seorang ayah. Tapi apakan daya, ayah dia pun aku tak kenal.

"Bak sinilah. Aku pun nak dukung juga." Furqan menghulurkan kedua tangannya. Sofea yang tadinya berada di pangkuanku telah beralih pada Furqan.

"So, explain it all." Pinta Furqan. Aku tahu dia pasti kebingungan sejak tadi.

Aku mengumpul nafas sebelum menghembuskannya kembali.

"Aku jaga Fea ni dari umur dia kecik lagi, masa tu dia baru 2 bulan." Aku mula bercerita.

"Jadi secara tak langsung, aku jadi mama Fea sejak aku mula jaga dia."

"Aku jumpa Fea masa aku balik dari OT. Aku jumpa Fea dalam kotak masa tu, kat persimpangan jalan nak masuk taman perumahan aku. Mula tu, aku kalut juga tiba-tiba dengar bunyi baby nangis. Dahlah sunyi, nak-nak pula jam tu dah 11.30 malam."

"Aku perasan kotak tu bergerak. Aku pun beranikan dirilah pergi dekat kotak tu, dan nampak Fea kat dalam. So, aku assume Fea ni termasuk dalam kes pembuangan bayi. Aku pun tak tahulah apa nak jadi dengan orang zaman sekarang ni. Buang bayi macam buang sampah. Dia orang ni tak ada perikemanusiaan ke?"

Aku pun hairan, orang jenis apa mak bapak Sofea tu. Sedangkan binatang pun sayangkan anak dia orang. Dahlah zina tu satu hal, ni buang bayi pula. Tak malu dengan Allah ke?

Itulah sebabnya kenapa Islam menggalakkan pernikahan dengan segera kerana untuk mengelakkan zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan satu jalan yang buruk."
QS. Al-Israa' : 32

"Nasib baiklah aku jumpa Fea masa tu masih dalam keadaan baik. Kalau tak, tak tahulah." Sambungku lagi. Furqan hanya diam memberi aku peluang untuk bercakap.

"Mula-mula, aku ingat nak jaga Fea sekejap aje lepas tu ingat baru pi lapor polis. Tapi terlajak jaga Fea sampailah 6 bulan. Aku pula dah terlanjur sayangkan Fea, aku tak nak lepaskan dia. Aku dah anggap Fea betul-betul macam anak aku." Aku cuba mengawal perasaan. Sebak.

"Tapi aku tak tahu macam mana, tiba-tiba polis datang rumah aku dan tanya pasal Fea. Aku cakap jujur kat polis yang aku terjumpa Fea, bukan aku culik Fea. Aku minta pelepasan supaya dapat jaga Fea, tapi dia orang tak kasi kalau tak ada dokumen sah yang benarkan Fea di bawah penjagaan aku. Dan ni dah bulan ketiga Fea kat sini. 3 bulan tu jugalah aku ulang-alik ke sini semata-mata nak jumpa Fea."

"So inilah sebabnya kau jadi pendiam sejak 3 bulan lepas? Selama ni bila aku ajak kau keluar, kau kata kau busy kiranya kau jumpa Fealah?" Soal Furqan sekadar memastikan.

Aku mengangguk lemah.

"Kenapa kau tak cerita dengan aku?" Furqan memandang aku dengan pandangan redup. Kecil hatikah dia?

"Aku tak tau macam mana nak explain. Even ayah dan ibu pun tak tahu."

Aku diam. Dan Furqan ikut berdiam.

"Umi ada bagitau aku, katanya ada orang nak jadikan Sofea anak angkat dia orang. Mula-mula umi ada tangguhkan juga sebab umi ingat kat aku. Mungkin sebab dia sendiri nampak Fea rapat dengan aku, dia rasa berat hati nak bagi. Umi kata, peluang aku nak jadi kan Fea anak angkat tu susah sikit sebab status aku tu..." Aku mengumpul nafas secukupnya.

"Bujang."

"Mesti peluang aku nak menang tu nipis, sebab mahkamah mesti kasi Fea dekat pasangan tu. Sebabnya dia orang dah berkeluarga."

Aku dengar Furqan mengeluh perlahan.

"Inilah sebabnya kau nak kahwin dengan aku?" Tebak Furqan. Terbit senyuman nipis dibibir tapi senyuman itu sukar dibaca.

Aku hanya menundukkan kepala menekur lantai. Sekali lagi, Furqan mengeluh.

"Aku minta maaf Qan kalau kau rasa aku gunakan kau tapi aku buntu." Aku sembunyikan sebak di dada. Pentingkan diri sangatkah aku?

"Aku harap kau pertimbangkan lamaran aku tu." Lamaran? Lamarankah begitu?

"Aku pilih kau bukan kerana aku nak gunakan kau. Tapi sebab aku percayakan kau. Kau satu-satunya lelaki yang boleh aku harapkan. Dari masa kita sekolah menengah, kau selalu muncul sebagai abang aku kat sekolah. Dan aku rasa kau lelaki yang paling layak. Aku tahu bila aku cakap macam ni, aku rasa macam aku ni pentingkan diri. Tapi aku sendiri dah buntu. Aku minta maaf."

"Aku harap kau fikirkanlah benda ni masak-masak." Aku renung dia tepat hingga ke dasar anak matanya.

"Sayang mama, jom main. Jangan kacau uncle." Aku segera mengambil Sofea dari pangkuan Furqan.

Dari tempat tadi, Furqan melihat Dian dan Sofea saling ketawa.

Dian Adara bukan lagi gadis brutal yang kasar dan lasak. Bukan lagi gadis yang berpewatakan tomboy. Dian Adara sekarang dah jadi gadis yang ayu dan sopan. Gadis yang penuh dengan sifat keibuan. Dan dia dah jatuh cinta dengan Dian Adara yang baru ini.

***

"JOM kahwin." Dulu ucapan itu diucapkan oleh Dian tapi kini diucapkan oleh Furqan.

"Kau serius? Kau tak main-main kan?" Soalku ingin memastikan.

"Sangat serius." Tekan Furqan. Ya, dia memang serius.

"Nayla macam mana?" Soalku tentang kekasih hati Furqan itu.

"Dia tak payah tahu kut." Tenang dia bersuara. Aku pula yang naik cuak.

What? Lelaki ni tak gila ke? Dia tak fikir risiko ke? Nanti tak pasal-pasal Nayla datang serang aku pula. Matilah aku.

"Tapi..." Aku sudah serba-salah. Aku terasa macam seorang perampas pula. Betulkah aku perampas? Tapi aku yang wujud terlebih dahulu dalam hidup Furqan sebelum Nayla. Ah! Lantaklah!

"Tak ada tapi-tapi Dian." Buat kali pertamanya Furqan panggil aku Dian, selama ni asyik Ian aje.

"Take it or leave it?" Tegas dia bersuara.

"Okay. Okay. Take it." Kalut aku menjawab.

"Tapi kita kena kahwin senyap-senyap." Putus Furqan.

Mulanya aku agak kecil hati juga tapi bila difikirkan, mungkin ada sebab Furqan buat begitu. Lagi-lagi, sekarang namanya baru nak naik dalam dunia korporat. Jadi wajarlah, CEO muda macam dia tak nak orang tahu tentang perkahwinannya. Dia bersetuju aje pun, aku dah berterima kasih sangat.

"Terima kasih Qan. Aku memang tak dapat balas jasa kau."

"Tak. Aku yang patut berterima kasih." Sebab dah selamatkan hati aku. Furqan hanya menyambung dalam hati.

***

"AKU terima nikahnya Dian Adara binti Sulaiman..."

Kedengaran sah dari bibir para saksi. Kini aku sudah sah menjadi isteri sahabat baikku sendiri.

Furqan datang menghampiriku untuk membatalkan air sembayang.

Tangannya aku sambut dan aku kucup.

"Terima kasih Qan." Ucapku sebak.

Tapi aku lagi sebak bila memikirkan hidup aku. Tak sangka cara aku bersatu dengan Furqan begini. Tak pernah terlintas, bernikah di sempadan seolah-olah tidak punya keluarga.

'Maafkan Dian, ayah ibu.' Gumamku dalam hati.

Furqan mendaratkan bibirnya di dahiku. Lama.

"Terima kasih juga sebab sudi tunaikan permintaan abang." Permintaan hati abang.

Otak mencerna maksud Furqan. Permintaan dia? Bukankah pernikahan ini atas permintaan aku?

***

SETELAH 2 bulan aku bernikah dengan Furqan, akhirnya Sofea Daniya menjadi anak angkat kami yang sah di sisi undang-undang. Atau sekarang, Tengku Sofea Daniya.

Aku pun tak tahu macam mana Furqan boleh letak nama 'Tengku' depan Sofea. Dan aku tak kisah dan tak nak tahu. Ala Furqankan bukan calang-calang orang, mesti dia ada saluran tertentu. Orang kayalah kata kan.

"Mama, mama. Nak ackim." Pinta Sofea ketika kami melintasi Baskin Robbin. Hesh, budak ni.

Sofea ceria berada di dukungan Furqan manakal tanganku pula erat digenggam oleh Furqan. Betul-betul macam happy family. Eh tapi bukankah selama ni pun kami happy aje.

"Eh, tak boleh. Fea kan batuk. Mana boleh makan aiskrim." Larangku.

"Papa. Papa." Aik? Tak dapat pujuk aku, si kecil beralih pada Furqan pula. Aku hanya menggelengkan kepala. Hailah, budak kecik ni.

"Abang, dia kan tengah batuk tu. Janganlah diikutkan sangat." Aku pandang lelaki itu. Boleh pula dia tunjuk muka toya dia.

"Jom. Papa pun nak makan aiskrim." Cis! Satu orang pun tak nak dengar cakap aku.

Aku sudah geram melihat dua orang itu. Mentang-mentanglah kamceng.

"Sayang ni, janganlah nampakkan sangat keturunan itik sayang tu." What? Dia nak cakap aku ni itiklah?

"Karang free aje orang dalam mall ni nampak wayang free." Usiknya.

"Wayang apa?" Soalku sebal. Dulu masa masih berkawan, tak adalah dia merepek tahap kronik macam ni.

"Wayang sayang kena cium dengan abang." Dia sudah mendekatkan wajahnya lagak nak cium. Dan level gatalnya pun ikut sama kronik.

"Jangan nak jadi keladi eh kat sini." Aku tolak mukanya. Huh! Padan muka.

Otak aku tiba-tiba terfikir agenda jahat.

Tanpa dia sedar, aku cucuk pinggangnya dengan jari telunjukku.

"Eh mak kau hijau." Dan aku sudah terkekek-kekek ketawa melihat Furqan yang melatah. Mentang-mentanglah dia makan aiskrim warna hijau, habis keluar perkataan hijau.

Aku cucuk lagi sampai aku puas dan dia mengalah. Nasiblah kami duduk kat meja, kalau tak mesti dah terjatuh agaknya Sofea dari dukungan.

Sofea? Tak payah cakap, sikit pun dia tak layan drama mama dan papanya. Sibuk  dengan aiskrim.

"Nakalnya sayang ni." Habis aje aiskrimnya terus dia mencuit hidungku.

Dia ni kan asal nak membalas mesti tarik hidung aku. Taulah, hidung aku tak semancung hidung dia.

Aku suka Furqan yang ini. Yang lebih terserlah sikap penyayangnya dan sikap romantiknya yang tak kena tempat.

Furqan edisi kawan dan edisi suami memang berbeza. Cukup berbeza sampaikan aku hanyut dalam layanannya tapi aku tak boleh cepat melatah.

Aku kena bangun dari mimpi yang perkahwinan kami bukanlah atas dasar cinta.

Dari dulu aku kena sedar, Furqan itu ada Nayla. Dan tunggu sikit masa aje, dia dan Nayla akan bersatu. Tak apalah, aku terima kedudukan aku dalam hati Furqan biarpun hanya sebagai best friendnya dan hanya sebagai 'sayang'nya yang bukan sayang.

***

"OH, ini rupanya kerja kau. Patutlah aku ajak, kemain kau tak nak. Tak guna punya jantan!" Nayla mendengus geram.

Dari kejauhan dia melihat lelaki itu sedang bergelak ketawa dengan seorang wanita bertudung bersama seorang kanak-kanak perempuan. Siap cucuk-cucuk pinggang lagi.

Cis! Sakit mata!

Kalau dia tau, ini yang dia nampak. Baik tak payah jejakkan kaki kat sini. Konon nak release tension, tambah tension adalah!

"Tak guna punya jantan!" Api amarah sudah mendidih di dada.

Wajah gadis itu menjadi tatapan tajam matanya. Muka bajet polos!

Nama aje bertudung, tapi perangai serupa perempuan murahan. Pegang-pegang tangan lagi.

Nayla meninggalkan pusat membeli-belah itu dengan perasaan sebal yang membuak-buak.

***

"HELLO sayang." Nayla mula membuat suara gediknya.

"Bila kita nak jumpa, sayang? I rindu youlah. I miss you like crazy." Rengek Nayla. Furqan pula sudah mula cemas di dalam bilik.

"I.. I tak boleh. Sekarang ni, I busy." Sengaja Furqan mencari alasan. Kalau boleh dia nak kurangkan waktu berjumpa dengan Nayla, dia kan dah pegang status sebagai suami. Tak eloklah kalau asyik berkepit dengan perempuan lain. Anak bini pula ditinggalkan di rumah.

"You ni busy apa?" Tempelak Nayla tidak puas hati.

"You ni busy kerja ke? Busy dengan perempuan lain?" Nayla menyerang lain.

"You jangan nak merepeklah." Furqan segera mematikan tuduhan Nayla itu. Dia sudah serupa macam cacing kepanasan.

Dan ketika itulah terdengar ketukan di pintu bilik, terjengul kepala Dian di balik pintu. Tanpa suara, Dian menggerakkan bibirnya menyebut 'makan'. Dan Furqan hanya mengangguk-angguk.

"Eh dahlah, daripada you nak tuduh-tuduh I. Baik you tak payah call." Tet! Talian dimatikan.

Nayla sudah mendengus geram. Tak pernah-pernah Furqan putuskan talian macam tu. Ni mesti pasal perempuan perampas tu. Tak guna!

"Abang cakap dengan Nayla ke tadi?" Soalku ketika berada di meja makan. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa ringan mulutku bertanya. Cemburukah aku?

Dia hanya mengangguk.

"Kalau abang nak keluar dengan dia, abang keluar aje. Dian tak kisah. Dian okay." Aku cuba menuturkan kata itu biarpun hatiku merasakan benda yang sebaliknya.

"Sayang." Dia meraih jemariku.

"Janganlah bawa-bawa nama Nayla kat rumah ni. Kat rumah ni, cuma nama abang, sayang dengan Sofea aje boleh disebut. Nama lain dilarang okay." Furqan mengusap jemariku. Mungkin nak menyedapkan hati.

"Tak abang, Dian tahu abang sayangkan Nayla. Serius bang, Dian tak apa-apa. Lagipun lambat-laun abang dengan Nayla kan... akan kahwin." Aku cuba mengukir senyum tapi perit. Nampak sangat aku tak ikhlas.

"Kan abang dah cakap. Jangan sebut nama dia." Kerasnya. Kesabaran hampir hilang.

"Tapi Nayla..." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata.

Furqan terlebih dahulu menghentakkan tangan di meja. Bukan aku aje yang tersentak, Sofea yang tengah makan turut tersentak.

"Kan aku dah cakap, tak payah sebut! Kau pekak ke hah!? Susah sangat ke nak ikut cakap aku!?" Lelaki itu pantas naik meninggalkan isteri dan anaknya di meja. Tak sampai 5 minit, Furqan turun kembali.

"Abang nak ke mana?" Aku segera berlari mengikutnya ke muka pintu.

"Keluar." Tegang suaranya. Setegang wajahnya. Buat kali pertama, dalam tempoh 5 bulan kami bernikah, inilah kali pertama dia naik angin.

"Dian minta maaf kalau Dian dah sakitkan hati abang." Aku segera mencapai tangannya dan menunduk ingin mengucup tangannya. Tapi belum lagi bibirku mendarat, dia sudah menarik tangannya.

Aku hanya menghantar kelibatnya dengan perasaan yang bercampur-baur.

"Mama, kenapa papa marah mama?" Soal Sofea yang tiba-tiba muncul disebelahku dan mencapai tanganku. Eh, sejak bila Sofea siap makan? Kesian Sofea, tak pasal-pasal nampak aku dan Furqan bergaduh.

"Mana ada papa marah. Papa penat kerja, sayang." Tipuku sambil mengusap lembut kepala Sofea. Aku terus memeluk erat si kecil.

Salahkah aku? Aku cuma nak Furqan bahagia aje. Aku nak yang terbaik buat Furqan, aku nak dia rasa bahagia biarpun bukan dengan aku.

Aku tahu dia impikan perkahwinan yang bahagia tapi sayangnya terma itu tiada dalam perkahwinan kami.

Hanya Nayla yang mampu bahagiakan dia. Bukan aku.

***

"ARRRRGHHHHHHHHHHH!!!!!!" Teriak Furqan sekuat hati. Dia tertekan.

Tertekan dengan Nayla yang tak habis-habis dengan kahwin. Tertekan dengan cerita Eddy. Tertekan dengan Dian.

Kenapa mesti Dian bahaskan dia dengan Nayla? Dian tak sedar ke dengan perasaan dia selama ni? Dian tak sedar ke selama ni dia sayangkan Dian atau Dian sebenarnya hanya anggap dia sekadar best friend?

Dia cuma nakkan Dian dalam hidupnya. Tiada wanita lain bertaktha di hatinya selama ini, bukan Nayla tapi hanya Dian Adara.

Tapi, mungkin salahnya juga tak berterus-terang. Lagi-lagi bila dia dan Dian masih tidur asing-asing, dia cuma tak nak wanita itu merasakan yang dia terlalu memaksa dalam soal itu. Dia tak nak wanita itu rasa terpaksa.

Tiba-tiba dia teringat wajah sendu Dian tadi sebelum dia keluar rumah.

Bodohlah! Apa kau dah buat? Kau kata kau sayangkan Dian, tapi kau sakitkan hati Dian.

Dia menilik jam di tangan.

Sudah jam 2 pagi.

Engine kereta segera dihidupkan dan kereta laju meluncur menuju rumah.

***

Eh, lampu ruang tamu masih hidup? Jangan-jangan? Segera kaki melangkah laju memasuki rumah.

'Maafkan abang, Dian.' Dia menatap wajah lembut isterinya yang tertidur di sofa.

Dia mengusap pipi isterinya dan mengucup dahi wanita itu. Lama. Kali kedua dia mengucup dahi isterinya selepas akad nikah dulu.

Mungkin kerana terasa ada gerakan, Dian tersedar dari lena.

"Eh, abang. Bila abang balik?" Soalku. Tangan memisat kedua mata. Aku renung jam di dinding ruang tamu.

"Baru aje balik." Lembut suara Furqan menjawab sambil tersenyum.

"Kenapa tidur sini sayang?" Soal Furqan.

"Tunggu abang." Jawabku pendek.

Lantas tubuhku diraih dalam pelukannya. Lagi buat aku rasa pelik.

"Kenapa ni bang?" Soalku dalam pelukannya. Dia merenggangkan pelukannya. Saat mata kami bertemu, aku lihat ada cecair jernih di kolam matanya. Menangiskan dia?

"Abang, kenapa ni?" Aku pegang kedua pipinya.

"Abang sayangkan Dian. Abang tak boleh kalau Dian tak ada dengan abang. Please don't leave me." Ya, aku pun sayangkan dia. Tapi aku tak tahu, sayang dia macam mana?

"Dian pun sayang abang." Balasku. Aku memang dah lama sayangkan dia. Sejak 12 tahun lalu lagi, hati aku memang dah lama dicuri oleh dia.

"I heart you. Only you and forever you." Furqan sedar dia perlu akui perasaannya kalau tak hubungan dia dan Dian tak akan kemana.

Aku telan air liur. Tawar.

Adakah ini bermaksud aku dan Furqan punya rasa yang sama?

"Do you love me?" Soal Furqan sambil menatap ke dalam mata aku. Bersinar. Alamak, perlu jawab ke?

Dalam malu-malu, aku anggukan kepala.

"Apa punya jawapan tu? Orang tanya, dia angguk pula." Usik Furqan. Dia ni kan, pagi buta macam ni pun galak nak usik aku.

"Cakaplah." Dia menatap dengan penuh pengharapan.

"Cakap apa?" Soalku. Saja main tarik tali. Malulah nak mengaku ni.

"Yelah, orang ni ajelah yang cintakan orang tu diam-diam. Orang tu tak cintakan kita pun. Siapalah kita ni kan. Dahlah tak handsome, tak kena suka lagi." Dia sudah memuncungkan mulutnya. Wah, tak pernah pula aku tau selama ni anak Tengku sorang ni pandai merajuk.

Aku cubit pipinya geram.

"I heart you infinity. No one else but you." Wah, manis juga eh mulut aku ni.

"Sweet talker juga isteri abang ni." Dia tarik hidung. Kan aku dah kata, dia ni asyik tarik aje hidung aku yang tak berapa mancung ni.

"Promise me, sayang. Don't ever ever leave me. And don't ever mention Nayla's name here." Pinta Furqan.

Aku hanya mengangguk. Dan sekali lagi tubuhku diraih dalam pelukannya. Bahagia rasanya berada dalam timbunan kasih sayangnya.

"Jom." Dia mencapai tanganku.

"Eh, nak pergi mana? Mana ada kedai buka pagi buta macam ni. Abang nak beli apa?" Aku sudah kalut.

"Siapa kata kita pergi kedai?" Keningnya sudah bertaut.

"Habis tu nak pergi mana?" Soalku masih duduk di sofa.

"Sayang tak kesian dengan Tengku Sofea ke?" Bijak punya suami. Aku soal, dia soal aku balik.

"Apa tiba-tiba masuk Fea ni?" Betul ke suami aku ni? Macam tak betul aje.

"Yelah. Kesian Fea tak ada kawan main. Apa kata mama Fea yang comel dan papa Fea yang handsome ni bagi dia adik." Dia sudah tersenyum gatal. Cis! Gatal punya laki. Aku tersenyum bahagia.

"Siapa suruh gatal pagi buta macam ni? Siapa ajar?" Aku sudah bercekak pinggang di depannya.

"Abang gatal dengan sayang aje. Abang nak jadi keladi dengan sayang aje." Kemudian dia mencempungku. Terteriak kecil aku dibuatnya. Hailah suami aku ni nakal sangat.

Sempat lagi Furqan mengenyitkan matanya ketika kaki melangkah naik mendaki tangga.

Dan hati aku sudah dipenuhi dengan bunga sakura, bunga tulip, bunga lavender dan segala jenis bunga yang ada kat dunia ni. Dalam hati ada tamanlah katakan. Bunga raffelesia aje tak ada sebab bunga tu besar gedabak, tak muat kat hati aku.

***

"Hello Nayla. I nak jumpa you." Tenang aje suara Furqan.

"Okay sayang. Kat mana?" Ceria suara Nayla.

"Tempat biasa. 7 o'clock sharp." Jawab Furqan. Dia tahu dia tak boleh tangguhkan lagi.

"Okay sayang. Meet you there." Dan Nayla  segera mematikan talian. Dia perlu kelihatan cantik di depan kekasih hatiya itu.

Selesai aje bercakap di telefon, Furqan segera turun.

"Anak papa tengok apa ni?" Furqan mendekati Sofea yang berada di ruang tamu.

"Seponbob." Jawab Sofea. Alahai, comelnya dia. Cepat jari Furqan mencubit pipi tembam Sofea. Geram dia dibuatnya.

"Minum tuanku." Saja Dian nak usik suaminya.

Dulang yang berisi kopi dan beberapa cup cakes diletakkan di meja berdepan televisyen di ruang tamu itu.

"Baiknya pemaisuri beta ni." Furqan bo layan.

Tapi yang dapat hanya jelingan dari Dian. Tapi jelingan manja okay.

"Asal tak makan cup cakes tu, penat Dian buat." Mulalah tanda-tanda nak memuncung bila melihat Furqan hanya menghirup kopi sahaja.

"Abang nak makan sayang aje, boleh?" Dia sudah mengenyitkan matanya. Cis! Depan Sofea pun nak menggatal.

"Abang jangan nak mengada eh." Aku jeling dia tajam.

"Mana ada abang mengada. Betullah abang nak makan sayang. Malam karang. Sayang jangan lari pula." Nampak sangat sengihan miang dia tu. Eih, gatalnya. Suami siapalah ni agaknya.

"Keladi." Furqan ni kadang-kadang gatal tak bertempat, nasib bukan jenis gatal tak mengira orang kalau tak dah lama makan selipar agaknya.

"Sayang." Panggilnya.

"Abang tak dinner tau kat sini malam ni. Abang nak jumpa Nayla jam 7 nanti." Aku terus memandang jam di dinding itu. Sekarang dah jam 5.45 petang dah.

"Oh. Okay." Aku menjawab lemah cuba memujuk hati sendiri.

"Hey sayang. Abang jumpa Nayla sebab nak tamatkan semua ni. Jangan sedih macam ni." Furqan cuba memujuk.

"Sayang, trust me. Abang tak pernah pun ada perasaan dengan dia." Jelas Furqan. Ye ke tak ada perasaan? Kalau tak ada perasaan, habis apa makna hubungan dia orang selama 4 tahun ni? Argh! Kau tak patut cemburu Dian! Tak patut!

"Dian percayakan abang." Aku yakinkan dia. Sekaligus hati aku sendiri.

Dan aku lihat menyebut perkataan 'I love you' tanpa suara lantas aku lentokkan kepala aku didadanya.

***

"Sayang, say something." Nayla cuba mencapai tangan lelaki itu. Tapi cepat sahaja Furqan menepis.

Dalam hati Nayla sudah menyumpah-nyumpah. Beraninya lelaki itu tolak dia macam tu.

"Sayang." Meleret suara gedik Nayla.

"Sayang, you jumpa ni mesti nak cakap pasal wedding kita kan?" Tebak gadis itu bersama senyuman manisnya.

"Sorry." Ucap Furqan tiba-tiba.

"Sorry for what sayang?" Nayla masih dengan senyuman manisnya.

"Sorry. I can't. I tak boleh teruskan relationship kita." Putus Furqan. Dia sudah tidak boleh menipu hatinya.

"Hehh!!" Nayla sudah tersenyum sinis. Dia bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh.

"Ini semua pasal best friend you tu kan? You curang dengan dia kan?" Serang Nayla. Furqan hanya diam.

"You curang dengan dia! Cakap kawan tapi penipu. Nampak aje bertudung, tapi pegang-pegang lelaki. Macam pelacur aje." Nayla melampiaskan amarahnya.

"You jangan nak hina dia eh. At least, dia tutup aurat. Tak macam you, tayang sana sini. At least, dia pandai jaga maruah dia sebagai perempuan. You apa? You jaga ke maruah you sebagai perempuan?" Tempelak Furqan. Kalau dia dihina, dia boleh terima tapi jangan isterinya.

Tak guna! Disebabkan perempuan tu, Furqan sanggup hina aku! Tak guna! Sial! Takat didih Nayla naik mendadak.

"Eleh, tak gunalah tutup aurat kalau menggatal dengan hak orang. Perampas!" Nayla bengang bila terang-terangan Furqan tidal memihak padanya.

"Hak apa? Apa you merepek ni? Hak apa? I bukannya suami you pun, yang you nak berhak-hak bagai."

"Habis you ni suami dialah?"

Jelas kedengaran dengusan kasar Furqan.

"Suka hati youlah Nayla. Yang pening I dah cakap. I memang tak boleh teruskan hubungan ni." Putus Furqan. Baru dia nak berdiri.

"I hate you!! And Dian Adara!!" Nayla ikut sama berdiri.

Air di depannya dicurahkan ke wajah kekasihnya, atau mungkin bekas kekasihnya.

Semua mata turut memandang drama swasta yang baru terjadi. Furqan meraup wajahnya yang baru disimbah air. Kalau dengan cara dimalukan begini, dia tak perlu sakitkan hati Dian. Dia rela.

Nayla menghentakkan kaki laju keluar dari restoran itu. Tak guna punya jantan! Sia-sia dia bersiap selama berjam-jam, kalau ini pengakhirannya. I hate that guy!! And that slut!!

***

"Cik Dian, ada orang nak jumpa Cik Dian kat ruang menunggu." Setiausaha Dian, Ameena bercakap di balik interkom.

"Siapa tu Meen?" Soalku. Siapa pula nak jumpa aku ni? Pening hampir bergabung.

"Tak tahu Cik Dian. Saya dah cuba tanya, tapi dia kata urgent. Katanya dia kawan satu sekolah Cik Dian." Jawab Ameena. Bengang juga dia, elok dia bertanya tapi dia pula kena marah. Gila agaknya orang tu.

"Okay. Cakap kat dia, kejap lagi saya datang."

"Baik Cik Dian."

Aku segera memerah otak. Takkan pula Furqan datang? Habis dia aje kawan sekolah aku tapi kalau Furqan yang datang, dia main serbu office aku aje. Siapa eh?

Dalam ligat otaknya berfikir, akhirnya kakinya sampai juga ke ruang menunggu itu. Perlahan pintu ditolak setelah basmallah dibaca.

Eh? Macam Nayla? Nayla ke?

"Oh, muncul pun kau. Perampas!" Sebaik sahaja aku masuk, dia terus menyerang. Sengaja perkataan perampas ditekan.

"Nak ap..." Belum sempat aku berkata terlebih dahulu pipi aku menerima tamparan padunya.

"Oh sebab kaulah, Furqan putuskan hubungan dengan aku?" Nayla memandang gadis dihadapannya dengan penuh amarah di dada.

"Kau ing..."

"Manusia macam kau ni, nampak aje bertutup tapi hati busuk!" Belum sempat aku berkata, sekali lagi tangannya hinggap di pipi. Peritnya.

"Manusia macam kau ni, layak mati." Badanku ditolak kasar dengan kuat.

Tanpa sengaja, aku terpijak kain sendiri menyebabkan aku tak dapat imbangkan badan. Dan tak sengaja melanggar meja besar yang ada di ruangan itu dengan kuat.

Aku terduduk di lantai. Kenapa lain macam aje sakit dia ni padahal terlanggar meja aje pun.

Dan aku rasa ada cecair hangat mengalir di sebalik celahan kaki. Ya Allah, makin lama rasa sakit itu makin terasa.

"I... I tak buat apa-apa. I tak buat..." Kerana cemas, Nayla terus berlari meninggalkan aku bersendirian.

Ya Allah, selamatkanlah hambaMu. Hanya itu doa yang aku titipkan kala itu.

"Meeennnnnnn!!" Teriakku sekuat hati sebelum dunia bertukar gelap.

***

Aku sedar dari lena bila terdengar banyak suara di celorong telinga.

Aku buka mata perlahan-lahan.

"Dian." Dan orang pertama yang aku nampak ialah Furqan.

Tetapi selain Furqan, ada 4 figura lain.

Ayah. Ibu. Mama. Papa.

Kerana aku dan Furqan memang bersahabat dari zaman sekolah, aku dah biasa panggil Tengku Zahira, mama dan Tengku Ismail, papa.

Gulp! Aku telan air liur.

Ayah dah pandang aku lain macam.

"Macam ni ke cara Dian balas budi ayah? Dengan malukan ayah? Dengan mengandungkan anak luar nikah?" Keras suara ayah. Tapi aku tahu disebalik suara keras ayah, terselit kekecewaan.

Eh? Kejap. Mengandung anak luar nikah? Aku mengandung?

Tangan pantas hinggap di perut. Perut yang masih kempis.

"Anak? Dian mengandung? Anak Dian macam mana?" Aku tatap wajah Furqan. Dia menggeleng hambar.

Aku rasa gelap. Aku mengandung? Dan gugur?

Tanpa semena-mena, aku menangis. Anak mama. Terdengar esakan tangisku disebalik kesunyian bilik itu.

"Kenapa Dian nak nangis? Dian nak nangis sebab anak haram tu? Jadi bila dia keluar, Dian boleh malukan ayah lagi?" Papa sudah mengusap belakang ayah.

"Jangan diserang Dian tu, Man. Dia baru sedar, bagilah dia rehat dulu." Papa menenangkan ayah. Papa lebih tenang dalam mengendalikan emosi berbanding ayah.

Tak. Ini bukan anak haram. Ini anak halal. Dia bukan anak luar nikah. Kesian anak mama dituduh macam-macam.

"Aku malu tau tak Mail. Anak yang aku bangga-banggakan, ini rupanya kerja dia kat sini. Agaknya kalau dia tak keguguran,  sampai ke sudah aku tak tahu dia buat benda terkutuk tu. Aku bagi dia cukup didikan agama Mail. Ini ke balasan dia?" Ayah sudah tenggelam dalam emosi.

Mulut bagai dikunci untuk bersuara. Furqan juga begitu. Hanya menunduk melihat lantai.

"Mama bagi kamu belajar tinggi-tinggi bukan untuk kamu rosakkan anak dara orang Qan." Giliran mama pula bersuara.

"Kalau kamu dah tak tahan sangat nafsu tu, mama papa boleh kahwinkan kamu dengan Dian. Tapi bukan dengan cara rosakkan Dian." Sambung mama lagi.

"Ayah tak kira, Dian dengan Furqan kena kahwin." Putus ayah dengan penuh ketegasan.

"Qan putuskan ajelah hubungan Qan dengan Nayla." Giliran papa memberi kata putus. Dia pun bukannya suka dengan perempuan tu. Asyik nak menggendeng menggedik aje dengan anak dia.

"Tak perlu ayah." Furqan bersuara walau kepala menunduk ke bawah.

"Apa kamu merepek ni Qan? Kamu nak cakap kamu tak nak bertanggungjawab pula?" Bentak papa. Reaksi tenang di wajah papa sudah hilang.

"Tak perlu kahwinkan kami, sebab kami dah lama kahwin. Dah nak setengah tahun. Qan dengan Nayla pun dah putus." Pengakuan jujur dari Furqan buatkan 4 figura itu terkejut.

"Hahhh?" 4 suara itu juga bergabung.

Aku telan air liur. Pekat tapi tak berperisa.

***

"Kenapa kamu tak terus-terang aje?" Soal papa lembut.

"Sebab... Sebab... Ini semua salah Dian." Kali ini biarlah aku yang jawab. Kesianlah Furqan kalau asyik dia aje yang menjawab.

"Maafkan ayah sebab tuduh cucu ayah tadi anak haram." Lemah ayah berkata. Aku tau ayah rasa bersalah tapi kami pun rasa bersalah juga sebab rahsiakan perkara ni.

"Habis Dian dengan Qan nikah kat mana?" Baru terdengar suara ibu.

"Kat Lombok." Furqan hanya menjawab sambil tersengih.

"Hailah budak-budak ni. Tapi tercapai juga kan hajat kita nak berbesan Man." Gelak besar papa. Suka sangat dengan berita pernikahan aku dengan Furqan.

"Habis dulu papa letak syarat kalau Qan jadi CEO nanti,  kena tunggu 3 tahun baru boleh kahwin. Tak sanggup Qan nak tunggu lagi 2 tahun." Furqan menggenggam erat jemariku. Ini rupanya sebab Furqan nak kahwin senyap-senyap.

"Masa tu papa buat syarat sebab tak nak Qan kahwin dengan budak tak cukup kain tu. Kalau papa tau jodoh Qan dengan Dian, lepas Dian habis SPM juga papa nikahkan korang." Amboi, expressnya papa nak cepatkan jodoh kami.

"Eh, mana budak yang Dian dengan Qan jadikan anak angkat tu?" Soal mama tiba-tiba.

Eh, yalah. Sofea mana? Aku kerling jam yang memang tersedia di dalam wad itu.

"Abang, Fea. Abang lupa ambil Fea." Aku sudah cemas. Boleh pula aku terlupa pasal Sofea. Dah jam 5.15 petang. Kesian Sofea terpaksa tercongok di nursery sendiri.

Furqan segera keluar. Dia pun ikut cemas macam aku.

Mama, papa, ayah dan ibu hanya ketawa melihat aku dan Furqan yang cemas itu.

***

Malam itu Furqan datang semula, tanpa Sofea.

"Fea mana?" Soalku padanya.

"Fea kat rumah. Bermanja dengan atuk nenek dia." Terus jawapan Furqan buatkan aku muncung sedepa.

"Ala, sekali-sekala bagilah peluang kat mama dengan papa Fea ni nak dating. Biarpun kat hospital aje." Dia mencuit hidungku.

Aku segera memeluknya dan teresak menangis.

"Abang, Dian minta maaf. Dian tak dapat jaga baby." Basah bajunya dek air mata.

"Bukan rezeki sayang." Dia memujuk.

"Tapi... Dian cuai." Aku terus-menerus menyalahkan diri.

"Tak apa sayang. Ada hikmah atas semua ni. Mungkin dengan kejadian ni, kebenaran terbongkar. Lepas ni tak payahlah kita sorok-sorok status kita." Furqan berhati-hati dalam mengatur ayat. Emosi orang baru keguguran ni perlu dijaga. Kadang mereka terlalu sensitif.

"Tapi baby..." Kata-kataku terhenti.

"Shhhhhhhh." Dia melekapkan jarinya dibibirku.

"Baby tunggu mama dan papa kat syurga." Lantas dia bawa aku ke dalam pelukannya.

"Abang dah tahu semua." Dia mengelus lembut kepala isterinya. Teringat dia pertemuannya dengan Nayla tadi.

"Apa you tak puas hati dengan I?" Soal Furqan geram.

"Disebabkan you, Dian keguguran." Nayla tersenyum mengejek.

"Perempuan tu keguguran? Memang patut pun I panggil dia perempuan murahan. Mengandung luar nikah." Selamba Nayla berkata.

"What you said just now actually reflected to yourself. Jangan ingat I tak tau Nayla." Keras suaranya.

"Ap... Ap... Apa you cakap ni?" Nayla mula gelabah.

"You ingat I tak tahu antara you dengan Eddy. Dian's better than you. Dia tak sengaja gugurkan tapi you sengaja gugurkan kandungan you."

"Dian bukan perempuan murahan. Sebab dia isteri I." Furqan segera meninggalkan Nayla yang sudah melopong tetapi kemudian dia berundur balik.

"You ingat Nayla, sekali you ganggu family I. I tak akan teragak-agak hapuskan you dari muka bumi ni. I boleh upah gangster untuk tamatkan riwayat you." Ini saja yang Furqan ada. Hanya dengan mengugut Nayla. Biarpun caranya salah, dia tiada jalan lain. Dia tak nak benda yang sama berulang.

Dia menghembus nafas perlahan. Dia menatap wajah gadis itu.

"Nayla.."

"I minta maaf kalau I pernah sakitkan hati you. I bukan orang yang baik juga, tapi atas dasar nasihat sebagai kawan. Berubahlah Nayla. Berubah sepenuh. Tinggalkan yang hitam dan kelabu dibelakang. Changing for good ain't a crime." Dan langkah laju meninggalkan Nayla. Meninggalkan memori dibelakang tanpa menoleh lagi.

Semua kejadian itu bersebab. Dan disebalik kepahitannya dugaan, terselindung manisnya hikmah. Kita siapa untuk menidakkan takdir Allah?

"Dan ketahuilah harta benda kamu itu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
Surah al-Anfal, ayat 28.

***

Malam itu, aku dan Furqan mengambil udara malam bertemankan bulan dan bintang di balkoni.

Dia baring di ribaanku sambil mengusap perut aku yang memboyot 7 bulan itu.

"Thank you baby boo." Kali ini dia mencium perutku pula.

Aku hanya tersenyum.

"Abang." Panggilku.

"Yes my baby boo." Sahutnya tapi tak lama.

"You're my honeybunch, sugar plum. Pumpy-umpy-umpkin. You're my sweetie pie. You're my cuppycake, gumdrop. Snoogums, boogums, you're the apple of my eye. And I love you so, and I want you to know. That I'm always be right here, and I wan to sing sweet songs to you because you are so dear." Dengan selamba dia sambung menyanyi lagu cuppycake. Aku renung dia tajam.

"Abang ni nak menyahut ke menyanyi?" Soalku.

"2 in 1. Tapi lagu tadi untuk baby twins okay, bukan untuk baby boo." Usiknya.

"Yelah, yelah. Ambiklah baby twins awak ni. Ambik." Balasku. Main-main aje. Macam mana nak kasi dia? Takkan nak belah perut aku pula? Ish! Itu macam siang ikanlah pula.

"Alolo, baby boo merajuk." Dia lekapkan kedua tangannya di pipiku.

Sejak aku disahkan mengandung kembar, dia pula yang terlebih manja. 'Sayang' aku dah dilucut, yang ada 'baby boo' aje. Entahlah, pembawaan bayi kut tapi overdose kena pula kat Furqan.

"Abang nak dengar pengakuan tak?" Aku lihat keningnya sudah terjongket.

"Apa tu baby boo?" Dia renung mataku dalam.

"Sebenarnya kan..." Aku saja berhenti.

"Sayang dari form 2 tu lagi dah suka abang tau." Sambungku. Malu juga sebenarnya nak selak buku lama.

"Ye ke baby boo?" Dia soal aku dengan mata yang bersinar.

"Iyelah. Dulukan abang hot stuff kat sekolah. Jadi susah nak rapat dengan abang. Jadi sayang ingat, bila jadi samseng sekolah mesti prefect yang perfect macam abang ni akan kenal sayang, akan sedar dengan kewujudan sayang kat sekolah."

"Oh jadi kiranya baby boo ni jadi samseng sebab abanglah."

Aku mengangguk.

"Baby boo nak tau tak?" Giliran dia pula berteka-teki. Aku merenung wajahnya dalam.

"Abang pun mula sukakan baby boo masa kat sekolah. Masa abang selamatkan baby boo dari hampir kena belasah dengan geng Azrey dulu. Baby boo ada aura masa tu, mungkin sebab baby boo berani kut. Baby boo ni pun gangster sangatlah, dengan dia orang pun nak cari gaduh. Nasiblah hero baby boo ni sampai tepat pada masanya." Dia mencapai jemariku dan mengucupnya lembut.

Aku hanya tergelak mengingat kejadian di sekolah. Tak sangka, disebabkan peristiwa tu sorang budak form 2 dan form 4 bertahan menjadi sahabat baik sampai sekarang. Gangster dan pengawas boleh jadi best friend. Heh! Kelakarlah pula.

"Yelah tu suka. End up couple dengan Nayla juga. Sayang ni jugalah yang jadi forever alone." Ucapku tak puas hati.

Sampai nak meroyan aku dibuatnya bila Furqan dulu tiba-tiba confess yang dia dan Nayla dah official couple. Siapa tak sakit hati weh.

"Abang salah faham masa tu."

"Salah faham?" Soalku tidak mengerti. Rambutnya aku elus perlahan.

"Sehari sebelum abang couple dengan Nayla tu, abang tak sengaja terdengar Kamil confess dengan baby boo masa reunion dulu. Rupanya dia sukakan baby boo, dan nak baby boo jadi girlfriend dia. Baby boo pula jawab, baby boo pun suka kat dia. Apa lagi, meroyanlah abang. Abang couple dengan Nayla. Lepas abang couple pula baru abang tau yang baby boo reject Kamil. Nak tak nak, teruskan ajelah. Dan tak sangka bertahan sampai 4 tahun."

"Tulah abang, mesti abang dengar part yang sayang dia aje pastu lari. Kalau abang dengar jawapan sayang masa tu simple, sebab Kamil bukan pemilik hati sayang sebab tu sayang tak dapat terima dia. Don't easily jump into conclusion my honey boo without knowing the whole story."

"Tapi abang tak pernah rasa  apa-apa dekat Nayla? 4 tahun tu." Aku cuba menggorek rahsia.

"Tak. Rasa cinta, suka tu zero. Rasa bangga tu adalah sikit sebab dia kan pandai berfesyen, make up."

"Yelah, orang tu kan sexy, hot. Tak macam orang ni." Hish! Kenapalah laki dia bagi jawapan menyakitkan hati.

"Lelaki, baby boo. Normallah tu. Walaupun mata lelaki ni nakal sikit but once their got their apple of their own eye, lelaki tu takkan pandang perempuan lain dah. Macam abang ni." Keju cheese cake! Masuk lif, tekan sendiri dah Tengku Furqan ni.

"Bukan senang tau nak dapat baby boo ni. Penantian 12 tahun rasa macam berbaloi akhirnya." Dia mengurut dadanya konon-konon nak bagi gimik lega.

"Nasib baik sayang ajak abang kahwin dulu kan. Kalau tak kesian abang, nak tunggu berapa puluh tahun lagi." Usikku. Teringat kenangan lalu, jarang kes perempuan lamar lelaki ni.

"Melampaulah tu kalau sampai berpuluh tahun. Tak kira, abang dah nekad. Kalau baby boo ajak orang lain kahwin, memang abang bawa lari baby boo kahwin kat sempadan." Dia tarik hidungku.

"Masalahnya tak kahwin dengan orang lain pun, kahwin kat sempadan juga."

"Baby boo menyesal kahwin kat sempadan?" Tiba-tiba topik kami menjadi serius.

"Tak. Langsung tak, sebab Dian Adara dah jumpa pemilik hati dia. Tak kiralah kat mana, yang penting dengan Tengku Furqan Hadari."

"Dian Adara, each day I love you more, today more than yesterday and less than tomorrow."

"Sweet talker. Nanti semut gigit badan abang sebab ingat abang ni gula, manis sangat." Aku cuit hidungnya.

Dan kami gelak bahagia. Bahagia ditemukan dalam takdir terindah yang telah ditulis oleh Allah.

Dia dah tuliskan perjalanan yang indah bagi kami. Biarpun laluan kami berlainan, tapi destinasi dan tujuan kami sama. Kami sama-sama menuju ke hati masing-masing atas izinNya.

Berpaksikan dengan petunjuk dari Dia, dari Dia jugalah kami menemukan manisnya rasa cinta yang halal, yang diredhai Allah.

Tengku Furqan Hadari pemilik hatiku tetapi sesungguhnya Allah-lah yang menjadi pemilik hati kami yang sebenar-benarnya. Tanpa Dia, kami pasti sesat melangkah. Tanpa Dia, kami kalah dalam percaturan hidup. Jadikanlah kami hamba yang sebenar-benarnya hatinya dimilik oleh Dia.

Hati kami milik Dia, cinta kami milik Dia. In sha Allah, cinta itu milik kami.

_____________________

Inilah jadiknya kalau ada idea tapi tarak tenet. Sampai nak jadi basi kut idea ni

Sorry kalau tak best dan terlalu panjang. Saya tak pandai buat cerita pendek2 T_T *saya sendiri rasa citer ni mcm xbest*

Melepaskan cinta tidak bermaksud melepaskan jodoh. Bertahanlah.
-Kiki Grindiwangsa

Tiada ulasan: